Memaparkan catatan dengan label Perkahwinan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Perkahwinan. Papar semua catatan

Jumaat

Apa yang lain?

Assalamualaikum

Ramai pulak yang komen kata entry Dilema lelaki tu lain macam. Nak jugak aku tanya..

Apa yang lainnya? Apa yang macamnya?

Hehehe..

Alhamdulillah tak pernah lagi aku mengalami masalah begitu dalam personal level. Kenapa aku confident sangat? Bukan confident. Kalau sesiapa kenal aku dengan shujin kat luar tau la kot. Kitorang, especially shujin belum ada masa dan ruang nak bergelumang dengan perkara begitu. Dia dah cukup sibuk dengan urusan keluarga dan perniagaan.

Itu lah bagusnya tentang perniagaan kami. Secara tak langsung ianya mengeratkan hubungan kami.

Tak tau la masa depan kan. Tapi kalau kewangan dah kukuh, shujin rasa dia mampu nak berlaku adil. Apa salahnya kalau nak menambah cawangan pun. Benda halal dalam Islam. Takkan aku nak menidakkan hukum Allah. Ye dak?

Buat masa sekarang ni dia masih lagi kata "Bini sorang pun tak larat nak bela..nak tambah lagi..? Botak kepala saya"

Bukan aku kata. Dia kata. :P
 
Tau la perangai aku. Sungguh pun tak mintak material, tapi kerenahnya mengalahkan budak dua orang tu. Minum susu protein pun kena shujin ingatkan paksa hari hari. Hehehe.. Katanya macam dia sorang je adult dalam rumah tu. Aku dengan anak anak tu kategori bebudak. Sabo je kan..


Abaikan background bersepah :P
Nota kaki : Eh kenapa dah aku kena susah payah explain benda ni kat entry. Hehehe..

Daa

Dilema lelaki

Assalamualaikum

Eh..bukan aku yang dilema.. Jauh sekali aku adalah lelaki. Walau pun ramai Anon dan pembaca senyap Ourkizuna yang rupa rupanya ingat aku laki. Kasar sangat ke bahasa aku eh. Hehehe..

Ni pemerhatian aku la kan. 

Banyak kisah rumahtangga yang aku baca dan dengar pasal lelaki main kayu tiga pasang lain dan berkahwin tanpa restu isteri pertama. Biasanya la kan. Sama ada lelaki tu berakhir dengan bercerai atau tidak dengan isteri pertamanya, dia memang akan hadapi macam macam masalah dalam hidup dia. Senang kata hidup tak senang lah.

Paling banyak.. Hadapi masalah kewangan. Ada yang ada pulak masalah dengan pasangan baru.

Madu ni je yang ada kat rumah, campur dengan lime juice dan air suam. Ubat batuk untuk Damia
Maklumlah kan.. sebelum kahwin janji bulan bintang. Bila dah kahwin, habuk pun tarak. Kalau isteri muda tu maunya nak bersusah payah bersama. Biasanya cuma kejar keduitannya je. Tapi keduitan pun sangap acane..?

Pesanan aku buat kaum lelaki.

Islam benarkan orang lelaki kahwin 2-3-4 dengan bersyarat. Bukan asal macam mampu duit je da boleh. Banyak lagi unsur lain. Dan kalau pun rasa mampu sangat pun, jangan la sampai menganiaya isteri yang pertama tu. Allah kalau dia nak balas kat dunia ni, cepat je. Tu baru balasan dunia. Balasan akhirat? Mampu ke?

Rasulullah kahwin lebih dari satu pun selepas kewafatan Saidatina Khadijah. :)

Nota kaki : Eh kenapa ek aku tetiba buat entry madu maduan ni.. Kikiki..

Daa

Sabtu

Cuti first day dan bahan bacaan 18 SX

Assalamualaikum

First day cuti..Lepas berkemas kemas lebih kurang aku pun sibuk la membelek majalah. Terjumpa majalah wanita yang lama lama. Antara kisahnya. Seorang lelaki dan suami yang tak puas dengan kehidupan seksual dengan isterinya. Boleh tak dia hantar surat kat majalah tu dia nak ceraikan isterinya sebab tak puas...

Sebenarnya kes macam ni bukan perkara baru. Tapi sangat menyedihkan apabila seorang lelaki hanya mementingkan seks semata mata. Agak agak dia pernah tak tanya isteri dia. Dia puas tak selama kehidupan rumahtangga mereka..

Ya. Penting. Aku tak nafikan. Tapi kalau nak cerai sebab tu je memang tak patut gila. At least bawak la berbincang. Tak puas bukan maksudnya end of world kan. Tapi jangan pulak pegi "makan luar"..

Tu belum kira masalah isteri yang tertipu. Suami yang dikahwini bertahun tahun rupa rupanya tak bernafsu pada perempuan. Walau pun mungkin yang sangka kes perceraian disebabkan oleh masalah perhubungan suami isteri ni cuma disebabkan oleh lelaki. Sebenarnya banyak jugak berlaku kes isteri tak mendapat kepuasan. Sampai melakukan kemungkaran. Kat tanah suci pulak tu.





Isteri buat hal di tanah suci


Macam macam kan.. Apa pun semoga perkahwinan aku sentiasa dilindungi dari musibah.. Aminnn..

Aku masih di rumah. Ada slight changing of plan.

Membuang masa dengan blogging. Hehe..Aku mungkin kurang sikit berblogwalking sebab masa nak online tu limited sikit.

Daa

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com