Memaparkan catatan dengan label OurkizunaStore. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label OurkizunaStore. Papar semua catatan

Jumaat

Himpunan SEJUTA BELIA & Puding Caramel


Salam hari Jumaat. Happy nya esok nak cuti. Tapi cuti aku tak bermakna aku boleh rehat. Hujung minggu ni sempena dengan himpunan sejuta belia 2011 yang diadakan di Shah Alam, aku dapat menumpang booth seorang kenalan untuk jual puding caramel aku tu. Kali ni ada kelainan sikit sebab aku rasa cam nak bagi option untuk tambah topping whipped cream dan juga coklat cair..haaa. terliur tak.. lap lap..meleleh dah ayaq lioq tu..Hehehe..

Pada sesiapa yang berminat nak merasa puding aku tu boleh emailkan pada ourkizunastore@gmail.com untuk dapatkan nombor telefon aku pada hari kejadian. Aku tak dapat nombor booth lagi. Dah dapat nanti aku update. So weekend ni aku busy lah di Putrajaya. Harap jualan kali ni pun memberangsangkan. Maklumlah. Tak lama lagi nak beraya. Kalau ada rezeki lebih, lebih la rezeki untuk anak-anak.. sakan la mereka beraya. Hehe.

Kepada sesiapa yang nak menikmati puding caramel aku yang lemak berkrim tu jomlah ke Putrajaya esok! Insya allah aku bagi secret recipenya.

------------------------------------------
Berblog sambil cari duit poket di SAYS.MY
Nak kereta Mazda 3 FREE tak? klik SINI

Rabu

Hadiah Pemenang GA - Mode susah ati

Hari ni dapat email dari salah seorang pemenang GA OurkizunaStore yang lalu. Katanya hadiah tak sampai lagi!! Adeh..aku pos 10hb aritu..tapi guna pos biasa je. Husband yang tolong poskan. Tak sangka pulak tak sampai. Shah Alam ke Central Region je..takkan sampai sebulan POS Malaysia oii..Susah atinya...

Selasa

Puding Cream Caramel

Cream Caramel Pudding
Haa..inilah rupa cream caramel pudding yang aku buat tu setelah ditelangkupkan ke dalam piring. Harganya? Cuma RM1.30/cups. Kalau dimakan sejuk2 memang boleh gian..anak-anak suka betul bila hidangkan puding ni.

Ahad

Pemenang GA OurkizunaStore telah dikenalpasti

Selamat Hari Pekerja kepada semua pekerja di Malaysia. Juga kepada surirumah yang tak henti-henti bekerja memastikan rumah sentiasa kemas dan bersih. Tamatlah sudah GA OurkizunaStore yang bermula pada 1hb April 2011. Saya dengan ini ingin mengumumkan pemenangnya.

Jeng jeng jeng...

Sorry saya tak pandai gimik..hehehe..

Pemenang 3 hadiah utama yang berupa Animal Children Cloth Book adalah....

Sila hantarkan alamat lengkap dan nombor telefon ke ourkizunastore@gmail.com secepat mungkin. Penghantaran hadiah pemenang akan dilakukan sebelum 10hb May 2011. 

Pemenang 2 hadiah saguhati yang berupa Voucher 20% untuk belian dia OurkizunaStore
(1) Salma
(2) Chara

Kepada semua peserta yang menyertai GA kali ini saya ucapkan ribuan terima kasih. Diharap tak serik menyertai GA OurkizunaStore lain kali. Insya allah dilain masa saya buat lagi. Kalau ada rezeki. :D

Sabtu

GA Final Day

Hari ni adalah final day untuk GA ourkizunastore!! Penyertaan terakhir adalah sebelum pukul 8 malam ni. Terima Kasih kepada sesiapa yang sudi menyertai GA ourkizunastore kali ini. Cabutan akan dibuat malam ni dan pengumuman pemenang adalah pada esok malam :D

Good luck semua!!

Isnin

Alhamdulillah :D

Jualan masa bukak booth kat Bangi tu aku kira menggalakkan walaupun aku sampai lambat. Acara bermula pukul 9. Peniaga lain katanya sampai dari seawal pukul 8 lagi nak setup booth. Aku sampai pukul 10.30. Siap bawak bebudak berdua tu lagi..haha..tapi alhamdulillah puding cups semuanya habis dijual. Tak banyak pun aku bawak  masa tu. Sebab tujuan aku bukanlah semata-mata pasal untung. Aku nak memperkenalkan akan kesedapan puding  caramel aku tu kepada warga bangi :D. Alhamdulillah. Ramai yang teruja dan ada yang call aku semalam dan pagi tadi nak buat tempahan puding.

Walau pun meniaga ni penat. Tapi seronok bila orang suka dengan apa yang kita jual kan..Open day tu officially habis pukul 5 petang. Tapi aku takut kalau lambat sangat nanti jem kat Puchong. So aku pun wrap booth pukul  4.30 petang. Dapat ramai kenalan yang meniaga pada hari tu dan dapat ramai pelanggan yang sukakan puding aku. Insya allah kalau UniKL buat open day lagi aku join lagi.

Berminat dengan puding caramel OurkizunaStore? Emailkan pada ourkizunastore@gmail.com

Khamis

OurKizunaStore New products


Antara product baru OukizunaStore
Bagi belian sepanjang bulan April, anda mungkin berpeluang menerima hadiah MISTERI dari OurKizunaStore. Setiap belian bernilai RM10, anda layak mendapat satu penyertaan. Bermakna, RM30=3 penyertaan. Tingkatkan peluang anda. Sementara stok masih ada.

Sebarang pertanyaan hubungi ourkizunastore@gmail.com.

**tidak termasuk shipping fee :D

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com