Memaparkan catatan dengan label Media Sosial. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Media Sosial. Papar semua catatan

Rabu

5 cara jana pendapatan lumayan tanpa modal

Assalamualaikum

Macam macam benda dah naik harga dan macam macam lagi yang akan naik harga. Merungut tak menyelesaikan apa apa. Berjimat pun dah tak tau nak jimat kat mana kan..? So dah tiba masanya kita kena cari jalan untuk menjana pendapatan tambahan.

Apa? Nak berniaga..? Kesat peluh.. kesat peluh. Tak reti, takde modal.. Banyak lagi lah yang tak nya. Kat sini aku just nak share cara menjana pendapatan tambahan tanpa modal di media sosial. Kiranya login FB dapat duet lah. Hahaha. Bagi yang aktif di media sosial, sama ada di blog, FB, twitter, instagram, google plus dan banyak lagi lah. Wassap pun boleh. Dari saja saja borak kosong tu. Boleh sekali nak jana duit kopi kata orang..


Cara menjana pendapatan tanpa atau dengan modal yang rendah di media sosial

(1) 8Share
8share ni antara yang paling mudah. Promosikan link yang diberikan. Setiap satu unique visitor, akan dapat 20sen. Kalau kawan dekat FB ada 500 orang. Takkan tak boleh dapat 10 klik sehari. Minimum cashout adalah RM50. Kalau sehari dapat RM2. Kalau sebulan dah dapat RM60. Boleh cashout tetiap bulan. Sapa nak bagi extra RM60 tetiap bulan dengan klik dan share je? Make sure letak tagline yang betul dan menarik supaya orang berminat nak klik. 

(2) Amway
 Syarikat Jualan Langsung seperti Amway menawarkan peluang perniagaan dengan modal yang sangat rendah. Hanya perlu mendaftar sebagai ahli dan anda boleh menjual lebih daripada 450 jenis produk Amway. Yuran keahlian hanya RM90. Bina perhubungan dengan rakan-rakan dan ahli keluarga di samping mempromosikan kebaikan produk yang telah digunakan.



LOC yang sangat berkesan dan ekonomi

 
 

(3) Jobdirumah
Jobdirumah ni antara affiliate program yang menawarkan pendapatan lumayan. RM25 untuk satu referral dan paling best, bayaran hari hari kecuali hujung minggu! Dan duit masuk secara auto ke dalam akaun ejen affiliate bila dah cecah RM20~! Jangan risau. Benda ni legit. Nak join jadi affiliate pun percuma je. Apa yang penting kena rajin promosikan pada orang lain. Jobdirumah adalah satu portal bagi orang yang nak cari kerja part time yang boleh dibuat di rumah. So, dalam ekonomi macam sekarang ni, portal begini memang sangat sangat diperlukan oleh kita. Hey! Buat kerja di rumah. Siapa taknak kan? Dan yang paling menariknya kerja kerja yang ditawarkan tu dibayar dengan nilai USD. Lumayan doe~



(4) Jadi ejen dropship
Ada banyak program dropship ditawarkan di media sosial. Tak payah modal. Kita tolong market product orang lain. Tapi aku berpendapat. Dari kita tolong market product orang, lebih baik kita promote product sendiri betul tak..? So kalau tak ada modal. Start dengan jadi dropship agent, lepas tu bila dah cukup duit, baru lah dapatkan product sendiri.



(5) Ashadee.com (Telah ditutup pada 28Dec2015)
Yang ni promote untuk orang beli pelbagai jenis eBook. Macam-macam ada.. Dari cara nak buat bun sampailah ke pelaburan hartanah. Dari pendidikan awal anak anak sampailah ke tips rumahtangga. Pendek kata macam macam adaaa~~. Korang boleh promote link ke eBook yang kena dengan niche blog masing masing. Nak promote kat Facebook pun boleh tau. Flexible sangat. Aku dah dua kali cash out. Cash out akan diberi automatic bila duit dah cukup. Tetau je duit masuk. Yummeh~~.

Sekiranya dilakukan dengan serius. Spend masa sejam atau dua jam sehari untuk promosikan 5 benda ni. Insya allah. Takat seratus dua ratus sebulan tu tak ada masalah. 

Selamat mencuba.

Daa

Weeclicks - Platform baru jana pendapatan online

Assalamualaikum

Semalam dapat email tawaran untuk iklan Weeclicks di blog. Pengirimnya adalah K.C. Theng, Weeclicks Network Sdn Bhd.

Katanya..
Kami adalah sebuah advertising network. Bolehkah kami letak iklan di blog anda secara CPC, CPM dan CPE? Klien kami mungkin ingin letakkan iklan di blog anda.
Untuk maklumat anda, CPC kami adalah dari RM0.40-RM1.20, CPM kami adalah dari RM4(tambah bergantung kepada prestasi) dan CPE( dari RM7-8 to be confirmed).

Untuk panduan
CPC adalah cost per clicks
CPM adalah Cost Per Thousand Impressions, iaitu setiap kali seorang tengok iklan itu dikira satu impression.
CPE adalah Cost Per Engagement, iaitu setiap kali pengunjung anda berinteraksi dengan iklan online dikira satu engagement.

Tapi aku tak pasti sangat pasal apa beza interaksi (CPE) dengan klik atas iklan (CPC) tu.
Baru daftar. Apa yang menarik adalah..Sebagai promosi, sesiapa yang mendaftar automatically dapat kredit PERCUMA sebanyak RM10.

Bila godeh godeh semalam, aku dapati Weeclicks ni macam gabungan Nuffnang dan Churpchurp. Dapat iklan atau kita boleh promote. Maksudnya orang takde blog pun boleh register dan dapat income. Menarik kan..?

Antara kempen yang sedang berjalan adalah.. Weeclicks referral program
Weeclicks Referral CampaignWe would like you to share about Weeclicks to everyone. We will give you RM1.20 per active sign-up for the first 300 people you refer to us. After that, it is RM 1.60 per sign-up. Just share the unique link generated below. You can refer anyone to join us, as long as he or she is alive and active on any social media sites(facebook, twitter and etc)

Senang cerita, 1 referral = singgit dua kupang. Lepas 300 referral, singgit nam kupang untuk setiap satu referral. Lumayan jugak bunyinya tu kan..

Win iPad, iPad Mini and Cash prizesShare this campaign out to increase your chances of winning the iPad, iPad Mini and Cash Prize!

Nak tahu lebih lanjut pasal referral program? KLIK SINI
Nak dapat hadiah? KLIK SINI

PS : Nuffnanger yang setia maybe kena consider, sebab ada kemungkinan hilang status Geligeliati kalau letak kod Weeclicks ni. Tapi kalau setakat promote kempen insya allah ok je. Anyway.. Benda FREE, tak salah mencuba kan :D

Daa

Ensurvey - Buat duit dengan jawab survey

Assalamualaikum

Baru terbaca tat sat ni kat belog denaihati.com. Menjana pendapatan dengan menjawab survey yang mudah. Biasanya cuma ambik masa tak sampai 5 minit. Satu survey dia bagi paling sikit pun RM2. Mudah gila. Lepas register terus check email. Verify account. Lepas tu isi la profile detail bagai. Dah siap tu terus boleh jawab survey. Aku da jawab 3 survey mudah. Dah dapat RM6.40. Hahahaha.. Best gila kan..


Kalau lagi banyak jawab lagi banyak la pitihnya. Apa lagi! Jom join EnSurvey sekarang!! Dan lagi, kalau refer kengkawan pulak, kadar duit yang dapat untuk setiap survey yang dijawab akan bertambah. Soalannya senang je. Ada pilihan jawapan. Takde kes gagal punya lah. Hihi..

Minimum cashout adalah RM100. Kalau sehari dah dapat RM10. Dalam masa 10 hari dah boleh cash out. Kalau 30 hari, dah boleh dapat RM300. wahh.. Makcik kayooo!!!

Hahaha. Nampak macam scam tak? Actually aku pun tatau scam ke tidak. Tapi since menda ni FREE je, tak salah coba coba kan.

Nak join klik SINI

Good luck

Daa

Selasa

Kemanusiaan yang hilang

Assalamualaikum

Aku selalu kurang jelas dan kurang faham orang orang yang suka share gambar gambar ngeri kejadian kemalangan atau mangsa perang. Sungguh aku tak faham.

Apa yang mereka cuba capai melalui perkongsian gambar yang begitu?

Simpati? Populariti?

Paling tak boleh blah yang jenis tulis "1 doa untuk 1 like".

Semalam aku tertengok satu video orang kampung kejar dan belasah mamat pencuri motor. Video 7 minit memaparkan bagaimana mamat tu lari ke sana sini cuba menyelamatkan diri. Orang ramai merejam dan pukul mamat ni. Dari lincah berlari sampai terkulai berlumuran darah tak bergerak. Ramai yang berlari mengejar. Menjadi pemerhati dan tukang rakam video. Bahan bukti kekejaman manusia.

Aku pernah tengok kat National Geographic. Seekor anak kerbau ke bison, diserang oleh sekumpulan 3 ekor singa. Ibu bapa kerbau tu panggil kumpulan diorang untuk selamatkan anak kerbau. Akhirnya anak kerbau dapat diselamatkan dengan sedikit kecederaan.

Apa beza kita dengan binatang? 

Kes ni berlaku di Indonesia. Tapi kejadian hampir serupa berlaku di Malaysia. Di mana seorang pelajar bergaduh dengan sekumpulan pelajar lain sambil diperhatikan oleh lebih dari 20 bystander. Akhirnya pelajar tersebut mati. Bystander tak buat apa. Cuma tengok.

Kat mana perikemanusiaan kita?

Serius aku menangis meleleh leleh air mata tengok video tu. Memula aku stop halfway sebab tak sanggup tengok. Tapi lepas tu aku kuatkan semangat. Tak tau la pencuri tu mati ke tidak. Tapi in the end, dia dah tak gerak. Diorang pijak lempar baru pukul dengan kayu. Muka berlumuran darah. Aku doakan semoga dia aman di tempatnya sekarang.

Daa

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com