Memaparkan catatan dengan label Macam Lego. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Macam Lego. Papar semua catatan

Jumaat

(Macam) LEGO Brick Mampu Milik : Enlighten 130

Assalamualaikum,
Jumaat.. Cerita lego tiruan lagi..


Minggu ni cerita pasal Enlighten 130 : Special Duties Speedboat. Ada 95pcs, sesuai untuk pengguna berumur 6 tahun ke atas.

Harganya ialah RM8.50. Kat kotak ada tunjukkan gambar rudder boat tu boleh pusing pada paksi mendatar.

Bukak kotak, ada 3 beg dan satu manual jenis fold-over dengan dua muka surat bercetak. Lepas asingkan elemennya, ini lah yang ada kat dalam. Sikit bangat. Well, rega pun bajet kan? hahahaha..

Kanak-kanak 6 tahun, ready.. go!!
Minifig yang dengan segaknya iaitu dua orang anggota polis maritim (sorang tua berjambang & sorang muka senyum standard) bergaya dengan teropong, sepucuk pistol disalut warna chrome silver dan sepucuk mesingan M16 berwarna hitam.

Bot pulak. Ambil masa 15 minit. Bahagian yang paling susah bagi Aqil nak pasang ialah cabin sebab round slope dia slalu goyang. Selain tu semua okay.

Pandangan aku, bot ni nampak hensem walaupun kecik. Ada spotlight biru kat depan dia, rudder kat belakang, ruangan kabin yang okay-okay, dan didatangkan dengan tiga boat stud kat bawah. Well done. A good buy.
 
Bahagian yang agak gelong ialah mesingan dia. Kalau ikutkan arahan manual dia, dia suruh cucukkan kat antara dua stud kat plate 2x4 bahagian belakan bot. Tapi tak tersepit. Akhirnya disebabkan bahagian bawah pemegang mesingan tu rata, jadi aku letak je. Tak melekat dengan design pun. Aku pernah beli set ni awal tahun lepas, masa tu boleh pasang mesingannya. Lagi satu, kualiti Enlighten dah makin teruk. Dulu aku review kualiti brick dia 9/10. Sekarang aku rasa 2/10. Totally plastic. Tauke mau untung lebih maa..

Orait.. that's it. Happy building..

::: Dicatatkan oleh goshujin-sama :::

Sabtu

(Macam) LEGO Brick Mampu Milik : Enlighten 904

Assalamualaikum..
Orait.. Cerita lego tiruan kita minggu ni adalah Enlighten 904 : Three Bridge Fire Engine.

Kotak dia saiz besar. Kat muka depan ada gambar model utama, kereta bomba. Kat belakang dia ada dua lagi ilustrasi yang boleh dibina dengan menggunakan element yang disediakan. Tapi untuk ilustrasi yang kat belakang kotak tu, takde dalam manual tau. Kena fikir-fikir sendiri.

Harganya RM29.90. Bila dah siap bina, saiz truck bomba ni ialah 23.5cm panjang dan 15cm tinggi. Besar? Boleh laa.. Apa yang menarik minat Aqil untuk beli set ni? Yang pertama, tangga dia yang boleh stack-stack. Yang kedua, ada banyak compartment. Yang ketiga, ada utensil yang LEGO tak pernah buat, so Aqil nak. Apa yang tarik minat aku ialah, tayar truck dia dari jenis LEGO Technic. Aku nak tengok apa bezanya berbanding buatan syarikat LEGO.

Jom bukak kotak. Ada 10 beg kat dalam. Biasa laa.. keluaran cetak rompak, so jangan harap beg dia ada nombor bagai. Ditulis kat kotak, ada 364pcs dan disertakan dengan 4 minifigs. Ya, skali lagi aku tak bother nak kira pcs dia.

Manual dia dalam bentuk buku. Ada 18 muka surat. 4 muka surat pertama dia ada komik berbentuk lego menceritakan macam mana nak menghadapi situasi kebakaran. Err.. komik tu dalam bahasa cina. Hahahahaha.. Muka surat belakang sekali ada ilustrasi set bomba lain keluaran syarikat yang sama. Di terangkan kat kotak dan manual yang set ni sesuai untuk budak yang berumur 6 tahun ke atas. 

Memula sebelum apa-apa hal, asingkan mengikut warna dulu. Ini nasihat dari syarikat LEGO. Jom suruh budak 6 tahun (to be) pasangkan. Start dengan minifigs dulu. 4 orang, SIAPP!! Printing baju minifig tu cantik, tapi muka kureng sket.

Lepas sejam setengah, siap. Kenapa lambat sangat? Kat bawah tu aku akan cerita. By roughly look, truck bomba ni nampak cun. Ciri-ciri "kebombaan" dia lengkap. Ada tangga untuk panjat, ada fire hose, compartment berserta utilities, lampu ni~nong ni~nong dan lelain lagi.

Bukan saja tangga dia boleh panjang pendek, boleh jugak ditegakkan, malah boleh pusing dengan menggunakan gear kat belakang truck. Bebudak, memang suka fungsi-fungsi camni.

Daahhh.. dah sampai part mana aku tak suka pulak. Huhuhu.. Memula sekali, set ni memang mudah nak pasang, which is good, tapi pada masa yang sama, sangat senang nak cabut dan tercabut. Pasang kat sini, sana tercabut. Pasang sana, sini tercabut. Kalau terjatuh kat lantai, berkecai. Sebelum ni, keluaran Enlighten ni okay je. Aku rasa diorang tukar mold atau tukar material. Wel, still, part dalam gambar kat atas tu adalah part yang paling mudah tercabut. Nak pasang balik, kena bukak bahagian bawah truck, yang pasti buatkan pemasangnya frust, terutamanya budak 6 tahun.

Masalah nombor dua. Kat dalam kepala truck ni takde kerusi. Bayangkan kalau korang seorang ahli bomba dengan semangatnya nak pegi padam kebakaran atau selamatkan orang, tetiba kena bawak lori takde kerusi! Tak ke susah nak tekan pedal minyak atau brek. Lagi pulak, lori punya laa besar, sidemirror kecik ketot je. Nak gostan pun susah. Last sekali, stearing dia duduk kat tengah. Ada ke pemanduan lori yang driver dia duduk kat tengah? Despite of kelebaran kepala lori yang boleh dikira sederhana (6 stud) dia tak patut letak stearing kat situ.

Masalah nombor tiga. Batang hidrolik (Technic Axle) ni tak berfungsi. Semua berat kat tangga dibebankan kat sendi (Hinge) pangkal tangga tu. Masa Aqil dan Damia main haritu, dia buat rumah terbakar dengan ada sorang kat tingkap mintak tolong. Aqil ahli bomba dan Damia orang yang mintak tolong tu. Bila Aqil panjangkan tangga dan letakkan minifig kat hujung tangga tu untuk selamatkan Damia, tangga tu dengan slow-mo turun. Dua tiga kali jadi camtu, Damia pun tanya "Awak ni nak selamatkan saya ke tak? Kalau tak, saya turun ikut tangga bangunan je laa".  Dooingg????

Masalah nombor empat. Beberapa bahagian tak muat dengan baik. Pintu compartment pun tak dapat ditutup dengan tertib. Terdapat banyak ruangan berongga pada model ni. Memang sangat rapuh.

Last sekali, aku takde masa nak bina ilustrasi kat belakang kotak tu. Apatah lagi nak cuba buat binaan sendiri dari elemen yang ada dalam kotak ni. Untuk yang nak tau review aku pasal tayar technic truck ni berbanding LEGO, satu bintang (just looks). Review untuk keseluruhan set, satu bintang jugak. The worst sets produced by Enlighten which i bought so far.

Terima kasih kerana membaca..
Selamat membina..
::: Dicatatkan oleh Goshujin-sama :::

Jumaat

(Macam) LEGO Brick Mampu Milik : Enlighten 901

Assalamualaikum..

Lama tak menulis. Actually ada banyak hal kat tangan so tak mampu "adakan masa". Haish..
Well, pada subject LEGO, sekarang tengah menguruskan 8 big order. Which leads to ketidak sempatan menulis. Tapi harini ku cuba jua..

Dalam carian "brick mampu milik" untuk semua, harini nak highlight brick dari China berjenama Enlighten  bernombor siri 901 iaitu pickup untuk bomba.

Kat kotak dia ada tulis yang set ni ada 62pcs dan sesuai untuk umur 6tahun ke atas. Maaf sebab aku tak bother nak kira sendiri. Harganya cuma RM3.90. Selain dari pickup, ia juga mengilustrasi dua lagi binaan lain. Jom tengok ada apa kat dalam..

Ada dua bag dan sekeping manual jenis fold-over dicetak pada muka depan dan belakang. Just nak tau betul ke sesuai dengan budak 6tahun ke atas, jom panggil anak pasangkan kejap.

Dah siap. Ambil lebih kurang 3minit. Binaan dia sangat mudah. Tapi hasil akhirnya memuaskan. Bentuk pickup pun menarik. Ditambah dengan paip bomba sebagai aksesori. 


Dalam pembinaan, ada 4 keping 2x2 plate berwarna hitam yang perlu diletakkan bertindih. Bila nak asingkan plate tu semula, agak susah. Jadi aku rekomen korang untuk bersedia dengan seperator. Cara guna seperator adalah sangat mudah. Letakkan pada stud dan tuil. Tak perlu tenaga yang banyak. Budak kecik pun mampu buat. Dengan mudah, plate tadi terpisah.

Ini beberapa bentuk lagi yang kami buat menggunakan part LEGO lebihan.

Selamat mencuba..

::: Dicatatkan oleh goshujinsama :::

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com