Memaparkan catatan dengan label Croquette. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Croquette. Papar semua catatan

Isnin

Resepi Kurimu Korokke - Rumit tapi berbaloi

Assalamualaikum

Haa.. Biasa la kan.. Hujung minggu lepas gian masak masak. Bukan masak apa pun.. Sekadar nak bagi suami ngan anak-anak makan special sikit. Hehehe..

Kalau orang lain sibuk gaduh bertumbuk kerana durian crepe. Aku pulak bergaduh (ngan kuali) buat kurimu korokke. Sebelum ni dah penah buat potato kurimu korokke, tapi kali ni aku buat kurimu korokke guna bechamel sauce je.

Kurimu korokke ni sebenarnya asalnya dari Perancis. Cream Croquette. Tapi tak tau la sejak bila dijepunkan. Aku mula mula kenal pun masa belajar kat Jepun. Kalau kita lebih kurang macam bergedel la.. Cuma salut ngan serbuk roti instead of just telur. 

kurimu korokke ni sedap dimakan dengan tartar sauce dan kobis yang diracik halus. Makan gitu je pun sedap.

Jom layan resepinya..

Bechamel sauce
Resepi kurimu korokke
Bahan bahan 
Bechamel sauce
50g butter
1/4 cawan tepung gandum (lebih sikit pun takpe)
2 cawan susu

Isi kandungan lain
1 biji bawang besar di potong dadu
Sedikit lada hitam
Serbuk perasa ayam / kiub ayam
1 biji telur rebus (lenyek)
Ketam/udang/jagung (optional)

Untuk coating
Tepung gandum
1 biji telur kacau
Breadcrumb/panko/serbuk roti secukupnya

Kaedah membuatnya :
Cairkan butter dalam kuali. Bila semua butter cair, masukkan bawang besar. Tumis sampai naik bau. Masukkan tepung gandum. Kacau rata. Jangan sampai hangus pulak. Kacau agak dalam seminit dua gitu. Masukkan susu sedikit demi sedikit. Nanti jadi likat..


Masukkan isi ketam/udang. Tak letak pun takpe. Sebab aku lupa nak beli. Aku skip je.

Masuk serbuk perasa, lada hitam dengan telur. Kacau sebati. Aku tak masuk garam sebab serbuk perasa ayam tu macam da masin jugak. So aku skip je. Kalau rasa perlu sila tambah ya.

Da agak agak pekat tu tutup api. Sejukkan. Nak cepat. Spread atas bekas yang lebar, lepas tu biarkan sejuk. Bila da agak-agak sejuk. Masuk dalam peti sejuk. Tak masuk pun takpe. Tapi kalau nak mudah baik masukkan. Sebab ianya tak solid. So susah sikit nak bentukkan nanti.

18 ketul kata shujin
Aku sejukkan dalam peti sejuk (paling kurang 20 minit ke sejam) Lepas tu baru start bentukkan. Bentuk tu ikut suka. Tapi aku buat bentuk silinder. Letak tepung dalam pinggan lepas tu ambik sesudu cream yang da sejuk tu bentukkan la ikut suka. Memang agak melekit dan susah nak bentukkan. Tepung gandum untuk coating tu letak banyak pun takpe.

Da habis bentukkan semua, celup dalam telur. Lepas tu guling dalam breadcrumb. Kalau nak selamat buat dua kali coating telur dengan breadcrumb tu. Kalau tak nanti masa goreng crumble pulak.

Lepas tu boleh goreng atau kalau nak simpan dalam freezer pun boleh. Kalau dah frozen kan tu, bila keluarkan tak payah tunggu aisnya cair ke apa. Terus masak. Lagi senang.
Yang da siap goreng

Creamy dalamnyaaa...
Nak goreng minyak tak boleh panas sangat, nanti coating cepat hangit. Tapi tak boleh tak panas. Nanti jadi serap minyak. Lepas tu hancur dalam kuali. Semalam shujin yang gorengkan, sebab dia kesian tengok aku sakit pinggang mengerjakan benda ni. Hehehe..

Hasilnya.. Ada yang meletup lepas tu minyak terpercik kat mata ngan badan. Sian shujin.. Tapi gorengan kali pertama tu, tak sempat habis batch satu lagi Aqil dengan Damia da sapu. 8 ketul untuk dia dua orang je.
Pepura tido lepas kenyang makan kurimu korokke.

Nak menggoreng pun sangat tricky. Kena hati hati. Kalau ada deep fryer tu lagi bagus. 

Memang sedap.. Lain kali boleh buat lagi (yang entah bila la tu kan :P)

Daa

Resepi Cream Croquette - kurimu Korokke

Assalamualaikum

Aritu aku share gambar korokke, ramai yang kata tak pernah makan. Sebenarnya korokke atau nama sebenarnya croquette ni adalah makanan yang berasal dari France (kalau tak silap aku) hahaha.. Aku pun kenal masa zaman belajar dulu. Biasanya buat dari kentang.

Cream croquette ni lebih kurang macam bergedil je sebenarnya, tapi lebih creamy dan salutannya tu gunakan serbuk roti instead of telur saja. Kalau resepi makanan ala ala jepun ni biasanya aku belajar dari cookpad. Ada banyak resepi bergambar yang diorang tunjuk. Nak buat yang lain dari yang lain pun ada resepinya dalam tu. Untuk resepi cream croquette ni aku baca banyak banyak resepi lepas tu aku alter sendiri sikit sikit. Tau je lah kan. Orang perempuan ni memang suka belek resepi. Tapi tak reti nak ikut resepi.

Aku buat last week, hari bekerja. Siap pun dah dekat pukul 9 malam, nak bengkok pinggang aku mengerjakannya. Tak kuasa aku nak bergambo gambo. Pefenatfat.

Resepi Cream Croquette atau kurimu korokke
Bahan bahan
4-5 biji Kentang direbus hingga empuk (Ada juga yang potong bentuk wedges dan digoreng. Ikut suka- Aku rebus)
1 biji Bawang besar - cincang dan ditumis
Daging cincang - Digoreng (nak guna daging burger boleh jugak)
Susu nak guna cream pun boleh
Garam dan lada sulah
Daun bawang - cincang (optional)
Minyak untuk menggoreng


Bahan untuk menyalut
Tepung gandum
Telur - pukul sikit
Serbuk roti - Kalau nak jimat, buat sendiri. Bakar roti kalau boleh sedang sedang garing. Jangan sampai hitam pulak.
Lepas tu masuk dalam food processor)


Kaedah membuatnya
Lenyek kentang dan campur dengan bawang besar dan daging. Letak atas frying pan, dengan api kecil. Tambah susu. Kacau rata. Susu tu agak agak je. Jangan sampai terlalu cair. Tambah garam dan lada sulah secukup rasa. Akhir sekali tambah daun bawang. Kalau terlebih susu, didihkan sampai pekat. Biarkan sampai sejuk. Lepas tu bentukkan sesuka hati. Kalau terlalu cair. Kena sejukkan dalam peti sejuk kejap. Bagi senang bentuk.


Panaskan minyak. Golekkan adunan kentang yang dah dikepal ke dalam tepung gandum. Kemudian telur dan serbuk roti. Ikut turutan. Goreng deep fry sehingga serbuk roti kekuningan.

Angkat dan hidangkan. Sedap dimakan begitu saja atau dengan salad.

Fungsi letak susu adalah untuk buat tekstur jadi creamy. Jangan terlalu lembik takut masa goreng hancur pulak. Jangan terlalu keras sebab nanti tak jadi la kurimu korokke. Hehehe.

Tricky sikit. Tapi sedapp.. Selamat mencuba.

Anak-anak aku suka makan dengan mayonese cupid (mayonese jepun. Rasanya tak manis macam mayonese lady's choice. Lebih masam dan lemak)

Daa

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com