Isnin

Resepi Cream Croquette - kurimu Korokke

Assalamualaikum

Aritu aku share gambar korokke, ramai yang kata tak pernah makan. Sebenarnya korokke atau nama sebenarnya croquette ni adalah makanan yang berasal dari France (kalau tak silap aku) hahaha.. Aku pun kenal masa zaman belajar dulu. Biasanya buat dari kentang.

Cream croquette ni lebih kurang macam bergedil je sebenarnya, tapi lebih creamy dan salutannya tu gunakan serbuk roti instead of telur saja. Kalau resepi makanan ala ala jepun ni biasanya aku belajar dari cookpad. Ada banyak resepi bergambar yang diorang tunjuk. Nak buat yang lain dari yang lain pun ada resepinya dalam tu. Untuk resepi cream croquette ni aku baca banyak banyak resepi lepas tu aku alter sendiri sikit sikit. Tau je lah kan. Orang perempuan ni memang suka belek resepi. Tapi tak reti nak ikut resepi.

Aku buat last week, hari bekerja. Siap pun dah dekat pukul 9 malam, nak bengkok pinggang aku mengerjakannya. Tak kuasa aku nak bergambo gambo. Pefenatfat.

Resepi Cream Croquette atau kurimu korokke
Bahan bahan
4-5 biji Kentang direbus hingga empuk (Ada juga yang potong bentuk wedges dan digoreng. Ikut suka- Aku rebus)
1 biji Bawang besar - cincang dan ditumis
Daging cincang - Digoreng (nak guna daging burger boleh jugak)
Susu nak guna cream pun boleh
Garam dan lada sulah
Daun bawang - cincang (optional)
Minyak untuk menggoreng


Bahan untuk menyalut
Tepung gandum
Telur - pukul sikit
Serbuk roti - Kalau nak jimat, buat sendiri. Bakar roti kalau boleh sedang sedang garing. Jangan sampai hitam pulak.
Lepas tu masuk dalam food processor)


Kaedah membuatnya
Lenyek kentang dan campur dengan bawang besar dan daging. Letak atas frying pan, dengan api kecil. Tambah susu. Kacau rata. Susu tu agak agak je. Jangan sampai terlalu cair. Tambah garam dan lada sulah secukup rasa. Akhir sekali tambah daun bawang. Kalau terlebih susu, didihkan sampai pekat. Biarkan sampai sejuk. Lepas tu bentukkan sesuka hati. Kalau terlalu cair. Kena sejukkan dalam peti sejuk kejap. Bagi senang bentuk.


Panaskan minyak. Golekkan adunan kentang yang dah dikepal ke dalam tepung gandum. Kemudian telur dan serbuk roti. Ikut turutan. Goreng deep fry sehingga serbuk roti kekuningan.

Angkat dan hidangkan. Sedap dimakan begitu saja atau dengan salad.

Fungsi letak susu adalah untuk buat tekstur jadi creamy. Jangan terlalu lembik takut masa goreng hancur pulak. Jangan terlalu keras sebab nanti tak jadi la kurimu korokke. Hehehe.

Tricky sikit. Tapi sedapp.. Selamat mencuba.

Anak-anak aku suka makan dengan mayonese cupid (mayonese jepun. Rasanya tak manis macam mayonese lady's choice. Lebih masam dan lemak)

Daa

14 comments:

Kakzakie Purvit berkata... [Reply]

Nama dia tu yg unik Rai... kalau tahu ala-ala bergedil taklah kakak curious:)

PinKy MoMMa berkata... [Reply]

betul betul nama tu canggih hehehehe..rajinnyer smua org masak..kite jg kebuntuan idea nak masak per huhuhu

Unknown berkata... [Reply]

@Kakzakie, hehe..dulu saya makan dulu baru tau namanya kak..

Unknown berkata... [Reply]

@PinKy MoMMa, cengkonon je canggih tu..sesekali tukar selera anak-anak. Kalau ikut mak bapak dia ikan rebus goreng cicah budu pun jalan..Hehehe...

Prettywrite berkata... [Reply]

itu lah pasal..kita ni tak pernah dgr pun makanan2 tuh..rupanya prancis mari..hehehe..

wahida berkata... [Reply]

ala2 begedil rupanya...huhu...

faraherda.razalan berkata... [Reply]

Klu dicampu cheese tu kan, agak2 lagi ngam tak rs die? Mulelah nak berangan je nie...

Irfa berkata... [Reply]

plan tak jadi tu ari ko duk ngadap buat mende ni la yer ;)
nama resepi tu mcm pelik je.hehe

Hanis MY berkata... [Reply]

perancis mari ke layan jugak kat sini kdg2 hehe tapi bukan buat sendiri la huhu...

Unknown berkata... [Reply]

@Prettywrite, ngeja nya pun dah terbelit lidah..hehehe..

Unknown berkata... [Reply]

@wahida, aah..cuma yang ni rangup sbb salut dengan serbuk roti..

Unknown berkata... [Reply]

@Pok Amai-Amai, tepat sekali..ada jugak resepi yg saya tengok letak cheese..tapi tak pernah cuba lagi..fara da cuba bagi report naaa..hehehe..

Unknown berkata... [Reply]

@Irfa, tak lah..aku buat ni weekdays..weekend tu ngemas dgn membongkang je lebeh..hehehe..

Unknown berkata... [Reply]

@Hanis MY, kat nihon dulu tak berani sangat makan korokke.. takut bahannya tu..tapi ni pun buat sendiri..kadang2 je la nak pegi makan kat kedai pun..hehe..

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com