Memaparkan catatan dengan label Bersalin normal. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bersalin normal. Papar semua catatan

Khamis

Pengalaman bersalin normal kali ketiga

Assalamualaikum

Pengalaman bersalin secara normal untuk kali ketiga. Ada orang kata, lagi banyak bersalin lagi mudah. Lagi mudah bukan makin kurang sakit tau.

Kali pertama bersalin normal, aku kena induce. Dua kali induce, sakitnya dari pukul 12tengah hari sampai pukul 2:35pagi. Kali kedua, aku start sakit bila masuk labour room dalam pukul 5 lebih dan bersalin pada pukul 6:35.

Kali ni.. Aku da start sakit contraction dari pukul 1:40pagi. Pada mulanya, aku bajet pagi baru nak ke hospital sebab sejam sekali contractionnya.. Tapi pukul 3 lebih, contraction makin kerap. Aku pun ajak shujin bersiap. Aku mandi siap siap sekali. Anak anak kami tumpangkan kat rumah adik ipar yang tinggal kat tingkat lima.

Sampai di Pusat Bersalin Barakah lebih kurang pukul 4:15. Masa sampai bukaan dah 7cm. Nurse bagi enema. Sementara tunggu doktor sampai aku dah rasa macam nak meneran. Tapi ketuban belum dipecahkan lagi.

Masa tu aku dah nak menangis sebab tak tahan nak meneran. Macam orang dah nak berak sangat disuruh tahan dulu. Sejurus sebelum doktor sampai, nurse pecahkan ketuban. Sampai je doktor, aku terus push. Agak 3-4 kali jugak aku putus nafas masa tu.

Akhirnya. Dengan sepenuh tenaga, keluar jugak si baby girl yang ditunggu tunggu kami semua pada pukul 4:45pagi. Doktor letak atas perut aku sementara nurse sedut cecair dari hidung dan mulut baby. Lepas agak beberapa minit barulah tali pusat dipotong.

Alhamdulillah. Walau pun sakitnya cuma Allah yang tahu, tapi prosesnya dipermudahkan. Aku cuma sakit menahan kontraksi selama 3jam. Itu pun bukan berterusan. Sejam terakhir baru kontraksi 10-5minit sekali. Alhamdulillah juga, kali ni buat kali kedua aku bersalin normal takde koyak, jadi tak perlukan sebarang jahitan.

Aku mengaku, aku memang tak berapa tahan sakit. Masa dah nak cukup bukaan tu aku genggam tangan shujin kuat kuat. Sempat lagi shujin melawak yang aku genggam tak cukup kuat. Kalau aku kena bersalin sorang sorang shujin tak teman mesti aku dah nangis dah. Huhu.

Still.. Proses mengandung dan bersalin adalah sangat consume tenaga. So, jangan la ada yang komen doa doa untuk nombor lima ke apa ya. Doa bagi aku rehat pulak lah.

Daa

Rabu

Pengalaman bersalin


Assalamualaikum


Kali ketiga bersalin. Macam pregnant jugak la. Pengalamannya takkan sama. Iras iras tu ada la.

Kali ni dah book nak bersalin kat Pusat Bersalin al-Barakah. Walau pun agak serba salah disebabkan oleh rate dan jugak khidmatnya yang cuma terima kes bersalin normal. Kalau jadi czer ke apa, kena hantar GH. Shujin especially agak tak setuju. Tapi pasrah gak sebab agak dekat berbanding yang lain dan semua staffnya wanita muslim.

Ok. Hari Sabtu tetiba bangun pagi ada turun darah. Sakit contraction tak consistent. So, aku just inform shujin dan suruh dia jangan risau sebab kemungkinan besar aku tak payah ke hospital lagi.

Menjelang malam aku rilek je, siap sempat pergi hantar order cheese powder dengan singgah Aeon Bukit Tinggi beli donut big apple. Shujin dua tiga kali tanya betul ke aku taknak pegi hospital. Mula mula aku nak. Lepas tu pikir balik esok je lah. Malam tu dia tido dekat pukul 4 pagi kot. Takut aku kejut dia tak jaga. Hehe.

Paginya sekali lagi dia tanya nak pegi hospital tak. Aku kata jom kemas rumah dulu, pastu kita pegi. Da siap kemas rumah. Ingatnya nak pergi. Pikir 3-4 kali. Kira-kira masa semua. Hish. Esok je la.

Senin baru aku gi hospital. Itu pun akak ipar da bising. Sampai kat sana, diorang check apa dah yang jantung baby tu dengan check jalan. Tudia. Sakit kemain dia seluk. Tetiba dia kata jalan da bukak 6cm. Mak aih. Bila masa..?

Tapi dalam hati syukur sangat sebab takde rasa sakit contraction kena induce macam Damia dulu.

Terus admit.

Diorang bagi enema. Lepas sejam suh masuk labour room. Dalam labour room aku siap sempat gelak gelak lagi gurau ngan shujin. Tetiba diorang nak pecahkan air ketuban pulak. Ok. Aku da start seriau. Still ok lagi lepas tu. Bila doktor datang, dia suggest suh bagi pitocin untuk cepatkan jalan. Adess. Lepas tu, tiap kali sakit aku memang rasa cam nak nangis. Napas pun da terabur. Dalam hati tak putus baca doa nabi yunus. Dalam labour room, gas entanoks takde, diorang pun tak offer any method nak kurangkan sakit. Obviously sebab aku da lebih 6cm la masa tu kan. Hehe.

Actually tak lama aku dalam labour room tu. Lebih kurang sejam lebih je. Tapi masa da sakit tu rasa cam lambatnya nak bukak full. Bila da nak rasa nak terberak tu aku push sekuat hati. Entah berapa kali push sampai aku rasa tak cukup tenaga. Apparently aku tak pandai control pernafasan. Thats why jadi camtu.

Memula doktor nak potong perinum (kot panggilnya). Tapi sebab sayang, kepala baby da nak keluar, dia cancel. Dapat gak keluar.

Alhamdulillah..

Tak payah jahit. Lepas tu shujin azankan sikecik. For the next hour, aku rasa tak larat gila. Nak gerak jari pun tak mampu. Akak dengan adik ipar datang melawat kejap.

Lepas da ok tu shujin pun balik. Nak uruskan Aqil dengan Damia pulak.

Aku tinggal ngan baby kat wad. Huhu..

Daa

Jumaat

Bersalin normal VS pembedahan

Assalamualaikum

Orang kata lain orang lain pengalamannya. Ada banyak pandangan berbeza tentang bersalin normal dengan pembedahan ni.

Ramai yang kata, bersalin normal sakitnya masa nak bersalin tu. Bila da dalam pantang tu ok je.

Kalau operate pulak, masa nak bersalin tak sakit tapi seksanya tuhan je tahu sakitnya da lepas habis bius tu.

Anak pertama aku, Aqil Mubarak lahir secara pembedahan di hospital swasta (Pusat Bersalin UMRA). Emergency cesarean sebab air ketuban kurang + doppler drop. Panggilnya fetal distress kot.

Damia pulak bersalin normal dengan induce kat Hospital Serdang. Bersalin awal sebab kes air ketuban kurang jugak.

Jujurnya.. Bila membandingkan kedua dua pengalaman bersalin ni, aku rasa pengalaman bersalin czer sangat smooth. Sangat mudah dan tak sakit. Even lepas keluar hospital. Mungkin sebab masa bersalin normal tu aku induce. Maklumlah, contraction secara paksa.

Tapi syukur sebab dari segi layanan doktor dan nurse masa dua dua kali bersalin tu baik. Takde la kata kena herdik ke kena perli ke apa. 
Aqil the dragon - 6 bulan
Kes czer
Pagi pergi hospital untuk ambik MC sebab cherry berry. Doktor scan dan nampak air ketuban kurang. Dia suruh bebudak praktikal ambik bacaan doppler. Entah macam mana diorang tak jumpa jantung baby. Kalut kemain. Panggil staff nurse baru jumpa. Tetiba bacaan doppler drop.

Kalut panggil doktor pulak. Masa tu doktor Ummul Wahiy tu. Diorang bincang sama diorang. Panggil aku dengan shujin dan cakap baby (Aqil) mungkin ada masalah. Diorang bagi option suruh decide nak bersalin secara czer kat situ hari tu atau refer ke Hospital Klang kalau nak normal. Risikonya, aku mungkin kena tahan sampai due yang lambat lagi.

Call kakak ipar (kakak shujin) untuk mintak pendapat. Kitorang pilih untuk czer je bagi mengurangkan risiko yang lebih lagi. Shujin da mula risau. Masa tu pukul 11 pagi. Operation dijadualkan pukul 2 petang.

Dalam pukul 1:30 aku dibagi enema dan kemudian disorong masuk ke operation theater. Kakak shujin sampai. Aku diberi bius, diorang buat cathedral (.orang kata sakit, alhamdulillah aku kena tak sakit). Pakar bius duk sebelah kanan, Dr Ummul sebelah kiri borak ngan aku. Doktor tanya rasa sakit tak. Dia cuit apa tah kat perut aku. Aku kata tak. Lepas tu diorang start.

Halfway aku tertidur. Dengan kata lain. Aku tak dengar Aqil keluar melalak dengar satu bangunan. Sampai bila nak ambik dia, nurse semua kata "ooo..yang nangis suaranya kuat tu ya" hahaha..

Habis operation dalam pukul 3. Aku cuma sedar lebih kurang 2 jam lepas tu. Kejap kejap tertidur. Nak mintak nak breastfeed Aqil pun aku tak teringat. Da esoknya baru aku breastfeed Aqil untuk pertama kali. Nyesal gak masa ni. Tapi aku memang mamai gila. Alhamdulillah Aqil sihat.

Lepas keluar hospital, aku disuruh datang balik 5 hari kemudian untuk buka benang.

Seriau ngeri ngeri. Tapi takde apa. Sepanjang kat rumah tu, alhamdulillah takde sakit apa.

Kan..pengalaman bersalin aku baik-baik aje..

Kes bersalin normal kena induce tu nanti pulak aku cite ya.

Daa

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com