Isnin

Review drama : Eighteen Again

Olaa..

Hari ni cheq nak review drama 18 again ni pulak.

Asalnya salah satu sebab aku tengok sebab watak Hong Dae Young masa muda tu dibawa oleh pelakon dalam cerita Hotel De Luna.

Cerita ni banyak sangat moral of the story yang korang boleh ambik.

Kisah pasal Hong Dae Young dan Jung Da Jung yang tak dapat habiskan sekolah sebab Da Jung pregnant kembar. Oleh sebab diorang berdua tak habis sekolah menengah, dan terpaksa membesarkan anak kembar pulak, hidup diorang struggle. Dipandang rendah sebab taraf pendidikan rendah.

Lepas 18 tahun kahwin, Da Jung failkan perceraian. Dae Young tak setuju, tapi dia ada sedikit penyesalan sebab ambil keputusan kahwin dan tak habiskan sekolah masa ni. Sebab dia ni star main bola keranjang kat sekolah dia. Anak anak dah besar, macam memberontak. Kat tempat kerja pun ada masalah. 

Disebabkan masalah bertimpa timpa, Dae Young rasa serabut, sedih dan menyesal. Dia harap dia dapat balik pada 18 tahun lalu. Tapi, instead of balik ke 18 tahun lalu. Dae Young jadi muda balik. Tengok la lepaa tu jadi apa.. 

Moral paling utama dalam cerita ni kan.. Tak kira la apa keputusan yang kita ambil, setiap keputusan ada consequences. Dan bila kita dah decide, kita kena belajar untuk adapt dan hidup dengan kesan dari keputusan kita. Keduanya, suami isteri, belajar la berterus terang. Support each other. Dan yang bestnya, kawan kawan diorang pun membantu diorang tanpa menyibuk suruh buat itu ini. Cemana eh nak cakap. Ala. Tengok la. 

Aku suka cerita ni sebab sikap Dae Yong dengan Da Jung. Walau pun diorang ni ada masalah berdua, tak ada la dia nak libatkan orang lain pihak ketiga untuk bantu selesaikan masalah dia. Dia cuba selesaikan sendiri.

So, tontonlah ya.

0 comments:

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com