Selasa

Cara cepat tanam semula kunyit

Assalamualaikum

Antara pokok yang aku tanam kat rumah dan hidup dengan jayanya adalah pokok kunyit. Pokok kunyit ni jaganya tak susah. Sebenarnya nak tanam pun takde la susah mana. Aku pernah kongsikan cara tanam pokok kunyit sebelum ni. Pokok kunyit sukakan medium tanah yang gembur dan bersaliran baik. Kalau air bertakung ke, isi kunyit busuk. Pokok pun mati.

Aku tanam kunyit untuk isi dan daunnya. Kalau masak rebus ke aku suka letak daun kunyit. Wangi. Isi kunyit tu aku ambik buat air atau pun buat garam kunyit untuk goreng ikan dan ayam. Guna kunyit hidup lebih sedap dan wangi daripada pakai kunyit hidup. Itu pun kalau rajin tu mari. Hehehe..

Kunyit ni aku dah ambil isinya, aku pecahkan dan tanam semula. Jadi, dah tak perlu tunggu isinya bertunas balik. Nak tunggu bertunas tu yang lambat sebenarnya.


Oleh sebab biasanya aku pun bukan pakai banyak sangat isi kunyit tu, aku ambil sebahagian besar dan tinggalkan separuh ibu. Lepas tu tanam semula. Setakat sekarang dah empat pasu dah pokok kunyit. Dah terlebih lebih dari keperluan pulak kan. Hehehe.

Kalau isi yang aku ambil tu dah habis, aku cuma korek sikit patahkan isi kunyit daripada akarnya untuk digunakan. Kaedah ni lebih praktikal untuk pekebun kecil-kecilan macam aku. Maklumlah, tanam  untuk kegunaan sendiri je kan.

Jom pakat tanam pokok kunyit.

8 comments:

Diana Rashid berkata... [Reply]

saya kalau tanam apa pun mesti tak jadi..mak saya pun malas dah nak bagi pokok apa pun..semua mati..padahal siram setiap petang..Tapi yang saya perasan laman rumah banyak siput babi..Rasa nya itu ke sebab tanam pokok tak menjad?

Petak Bunga berkata... [Reply]

nanti balik nak pecahkan jugaklah.. tp rumah aku ada masalah tanah.. tanah kena beli rasa mahal.. susahlah nak berkebun

Anis Azalea berkata... [Reply]

Pokok kunyit kita mati. Sedih.

HeNRieTTa JoSe berkata... [Reply]

suburnye pokok kunyit akk....rietta xpernah tanam kunyit...kt kg ada la...

LYAfrina berkata... [Reply]

Kat rmh pom ada pokok knyit... Tp guna daunnya jer.. Tu pom mama lya y semaikan..buat balik rmh y dh hidup subur.. Haha

Ucing Kadayan Fan Club berkata... [Reply]

hi ucing singgah sini (^_^).

Irfa berkata... [Reply]

Byk2 pokok yg aku tanam
Kunyit pling susah hidup

Encik X berkata... [Reply]

dah lama juga tak menanam benda nih.

memang liat nak hidup. haha..

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com