Khamis

Takoyaki goreng??

Assalamualaikum

Ramai yang tanya sama ada frozen takoyaki ni boleh di pos ke tidak.

Memang aku mintak sorry sangat sebab aku memang tak berani gunakan perkhidmatan poslaju atau mana mana pos untuk hantar takoyaki frozen ni.

Aku pernah query dengan Yamato Taqbin untuk cold courier service diorang, tapi surcharge untuk cold service tu pun dah sama harga dengan delivery charges poslaju. Bahkan delivery area mereka masih sangat limited. Setakat lembah klang, Pulau Pinang dan certain area of JB. So, negotiation failed.

Pernah jugak aku gunakan ejen. Masalahnya dengan ejen adalah, mostly tak serius nak menjual. Mungkin diorang harapkan aku promosi untuk diorang dan customer ready tanpa buat promosi sendiri. Bila masing-masing tak promote, barang habis lambat etc, masing-masing putus asa dan stop. Bila ada orang tanya ada ejen ke tidak. Aku nak jawab apa..? So, khidmat ejen memang fail.

Sekarang aku fokus pada penjualan barangan untuk buat takoyaki dan lain lainnya.

Frozen takoyaki banyak yang tinggal berdekatan order. Tak sempat nak buat. Dengan badan macam sekarang ni. Banyak pending order. Nak hire pekerja pun takde yang mau. 

Itu belum kira pasal kenaikan harga kos barang sebab nilai ringgit jatuh. Bedebuk debuk supplier naikkan harga. Frozen takoyaki aku ni harganya RM12/12 biji. Singgit je sebiji.. Bahan topping memang overload tau kalau ikut feedback customer aku. Complete pulak tu. Mayonis pun aku bukan letak mayonis murah 1kg RM7-8 tu.. Mayonis kewpie 1kg RM20 tau..Aku bukan guna ayam ke udang.. Aku guna octopus. Mahei tau~! Tako Tao korang beli je 3 biji RM5++.. Ngan aku siap nak mintak murah takat beli 2 set. Berapa lah untung aku sangat. Kira ngan penat lelah bagai..

Frust pun ada.

Eh!! EHHH!! jadi sesi luahan rasa pulak.. Wakaka.. Ampooonnn... Tol dah naik memang jadi simptom macam ni..Nak maju memang susah kan.. Hehehe..

Agaknya kalau aku dapat peluang nak dapat geran sampai RM250ribu macam 10 perniagaan ni mesti banyak benda boleh buat untuk majukan syarikat kan...

FB Page : Frozen Takoyaki
Whatsapp/SMS : 0126894317




Daa

16 comments:

lieyalatif berkata... [Reply]

itu lah dugaan meniaga ni rai.... yg mintak kurang lagi tu yg tak paham....melayu same melayu pun nak mintak gitu...belum lagi harga kawan2 lah....takpe rai, anggap jek tu asam garam berbisnes.....

Irfa berkata... [Reply]

sampai sekarang masih ada yg wsap n pm nak takoyaki
aku cakap terus terang mmg xde stok n terus bagi ctc number ko
customer yg berminat mmg ctc ko terus

Ann Ishak berkata... [Reply]

mujur kita ni jauh je rai, kalau dekat mau dah jadi pelanggan tetap kita ni

♥♥azatiesayang ♥♥ berkata... [Reply]

Kat tpt kak atie ni ada jual gak takoyaki...biasa jual RM3.50(4 bijik)...Klu teringin tu mmg kak tie beli tp anak2 & HB akak xminat.Mmg jarang la beli...

aizamia3 berkata... [Reply]

Entahlah Rai.. Nak puaskan hati semua orang bukan senang.. tapi customer pun kenalah faham.. kalau rasa mahal, carik je tempat lain.. ;)

Kakzakie Purvit berkata... [Reply]

Kakak baru habis meeting tapi bincang hal nilai RM yg merudum. Beli barang guna USD. Jual pulak guna SGD tapi bila duit dlm bank RM. Customer semua nak yg terbaik tapi nak murah.. inilah masalah org business sekarang sebenarnya. Apa lagi yg business baru nak bermula dan kecil-kecilan..

AtieYusof berkata... [Reply]

wahhh ada frozen takoyaki ke sis?? awat sy baru tau ni...heehe.
baru pagi tadi dok cakap2 dgn opis mate ni cravings nak mkn takoyaki.. huhu

Inani Hazwani berkata... [Reply]

Tak pernah try makan ni

Dr K berkata... [Reply]

Tengok kan bahan2 yg awak guna tu, mmg tak patot la customer nak mintak murah lagi...Betul tu,beli Tako Tao tu dah mahal...bangla / nepal pulak yg prepare! hahaha

Charging Yamato Taqbin mmg mahal...wife saya ada cuba nak pos kek/frozen foods..macam tak berbaloi customer bayar.

Boss berkata... [Reply]

Inilah dugaan berniaga. Kadang-kadang tak boleh nak ikutkan sangat kehendak pelanggan yang minta kurang harga. Kalau kurang harga bermakna kurang kualiti. Yang itu ke dorang mau?

Tiba-tiba timbul idea pulak untuk cik/puan. Buat dua jenis takoyaki, ada low class dan high class. Low class harga murah sebab bahan2 pun murah tapi yang high class memang betul2 class.

HeNRieTTa JoSe berkata... [Reply]

takoyaki boleh goreng erk?lgi senang klu mcm tu...hehehe....

ANIM berkata... [Reply]

rai..kak anim baru "pandai" makan..
nak menyebut pun tergeliat lidah..

adianiez AIDA berkata... [Reply]

wow yg frozen :)
apa yg x mahal zaman skang, rai :( sedih!

Unknown berkata... [Reply]

Salam. Ade suggestion tak kat mana nak beli okonomiyaki sauce utk topping takoyaki huhu

Unknown berkata... [Reply]

Salam. Ade suggestion tak kat mana nak beli okonomiyaki sauce utk topping takoyaki huhu

Unknown berkata... [Reply]

@Azra Hamiza, whatsapp ke 0126894617.. ada jual..

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com