Jumaat

Isu GST - Peniaga ambil kesempatan patut disiasat

Assalamualaikum

Lebih kurang dua minggu selepas perlaksanaan GST. Baru lah aku betul-betul dapat melihat sendiri kesan cukai barang dan perkhidmatan yang baru diperkenalkan sejak 1 April lalu pada kami.

Nak cakap harga barang tak naik langsung tu memang tidak lah. Ye lah. Seposen dua posen pun orang kira. Lagikan seringgit dua. Beli masa harga promosi, insya allah murah sikit. Kenalpasti kedai atau pasaraya mana yang jual murah sikit. Share dengan kawan dan jiran jiran tentang kedai mana yang jual murah. Tapi consider jugak jarak dari rumah. Kalau semata-mata nak jimat 50sen, pergi dari Kota Kemuning sampai ke Batu Tiga tu tak berbaloi bagi aku.

Still, Giant mengurangkan sedikit beban dengan meletakkan harga dah siap GST pada label harga. Aku tak check lagi kat Econsave atau Hero. Harga siap GST bermaksud takde lah bila kita sampai masa nak bayar tu, kira-kira duit jadi tak cukup sebab rupanya nilai GST lebih banyak dari kita sangkakan. 


Tapi.. Yang menjadi masalah yang lebih besar selepas GST adalah peniaga makanan. Atas alasan GST, ramai yang ambil kesempatan untuk naikkan harga makanan yang dijual.

Contohnya nasi ayam. Sebelum ni RM4.50, jadi RM5.00. Melampau ok. Ayam takde GST, beras takde GST. Sayur-sayur mostly takde GST kan..? So kenapa naikkan harga..? Alasannya GST. Macam bangang tau. Memanglah menteri suruh masak kat rumah je. Tapi sesekali nak jugak bagi anak-anak makan kat kedai kan. Apa ingat menteri je layak makan kat kedai.
Tepung takoyaki sudah ada GST, tapi harga jualan masih sama
Apa pun. Yang pasti, kami belum rasa sepenuhnya penangan GST sebab kebanyakan gerai makanan yang selalu kami pergi masih mengekalkan harga lama. Alhamdulillah masih dapat rasa nasi lemak RM1 dengan telur separuh. Semoga makcik dikurniakan rezeki yang melimpah ruah. Jom boikot kedai makan yang naikkan harga tak tentu pasal. Huhu..

Daa

11 comments:

Unknown berkata... [Reply]

sana sini gst,kdg benda yg tak kena gst pun peniaga naik kan hrga jugak..alasan gst..huh..

Kakzakie Purvit berkata... [Reply]

Itulah penangan kenaikan harga yg melampau-lampau yg jelas di mata. Tapi yg menyakitkan tu Rai org atas cakap aje kata nak pantau tapi tak ada satu pun berita ada yg ditangkap/disaman. Mana tak semua sesuka hati letak harga katanya kerana GST.

♥♥azatiesayang ♥♥ berkata... [Reply]

Salam Rai..ramai peniaga ambil kesempatan harga brg..dgn alasan GST!!

Siti Sharini berkata... [Reply]

semalam pergi sunshine Bertam pun harga inclusive of GST..

kat Chicken rice shop pula,,SST 5% + GST 6%..so SST turun 5%..

Sya berkata... [Reply]

Akk.. ayam,beras semua mmg tak ada gst.. tp minyak and maintenance tu semua ada gst. Jd,nak x nak kena naik harga barang. .sbb nak cover benda ² yg x boleh claim ni.Benda ni mmg x boleh nak elak.sbb kalau selama ni diorang punya harga dah siap masuk semua tu,gst x masuk lg. Skrg dah terpaksa lah sbb beras x kena gst,tp harga beras beras dah naik.. kira mcm itulah..
saya tulis ni mcm pening² sikit.. sorry..hehe

Unknown berkata... [Reply]

@Sya Nadia, itu la masalahnya... tengok harga beras macam tak naik pun.. ke guane kira?

JunAina berkata... [Reply]

Econsave meletakkan harga yang sudah dimasukkan GST, semalam akak pergi Speed Mart harga barangan masih munasabah tapi yg pati untuk barangan dapur sebulan setiap kali gaji tu akak ke Mydin...

mummY daniSha berkata... [Reply]

masalahnye...patut harga makin turun then plus gst....ini harga naik...pastu campur 6 % lg haihhhh..melampau lampau....

aizamia3 berkata... [Reply]

eemm.. tak cuba lagi makan kat tmpt yang biasa kami makan.. nanti nak cuba then tgk ada perbezaan ketara tak.. sekarang pun dah kurang makan dkt luar.. beli dan masak di rumah..

Fiza Rahman berkata... [Reply]

Ayam bob pon dah naik rm6.50...Sumanya naik.

sarah berkata... [Reply]

hmmm bila nak buat aduan..tepon opis kpdnkk, tak berangkat pun..camna nak buat aduan..sekarang ni kalau nak beli barang rasa stress ja dgn gst..

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com