Isnin

Teknik SEO terhebat 2015

Assalamualaikum

Bagi yang pertama kali dengar SEO, ia adalah kependekan bagi Search Engine Optimization. Senang kata adalah satu cara untuk buatkan blog seseorang tu muncul di enjin carian macam Google, Bing atau Yahoo.

Teknik SEO ni sangat banyak dikongsi di blog dan website dalam pelbagai bahasa. Kena rajin cari dan membaca lah. Aku pun apply pelbagai jenis teknik SEO untuk blogspot kat blog ni. Ada pelbagai aspek boleh dioptimumkan. Dari pelbagai segi. Layout blog - Banyak SEO friendly layout percuma kat internet. Tinggal search dan adjust sikit supaya ikut style kita. Kalau ada modal. Just upah orang yang bijak pandai. Senang kerja.

Selain dari layout, isi kandungan blog dan kata kunci (keywords) juga memainkan peranan yang besar dalam usaha nak menjadikan blog kita muncul di muka pertama enjin carian seperti Google. Bayangkan.. Dalam beratus laman web yang menulis tentang resepi takoyaki dan resepi kimchi. Aku telah berjaya menjadikan resepi yang ditulis dalam blog Ourkizuna ni muncul dalam mukasurat pertama di Google search.

Macam mana nak buat..?

Actually dah lama aku membaca pasal SEO ni. Macam macam dah cara yang aku cuba. Dari situ aku tau, rupa-rupanya muncul di page pertama Google bukan sekadar "tuah" atau luck. Tapi adalah teknik. Dengan teknik yang betul. Sesiapa saja pun mampu lakukannya. 

Dengan teknik SEO ni lah ramai blogger yang otai buat duit. Melalui affiliate marketing.

Wah.. Macam bagus bagus je kan aku nak share pasal "teknik SEO" la, Affiliate marketing la..

Takde maknanya aku nak share. Bab sharing TIPS DAN TEKNIK SEO ni aku serahkan pada yang lebih pakar. Hahaha..

Actually, baru baru ni aku beli kitab SEO Merah Jambu yang ditulis oleh Encik Titan, affiliate marketer yang tersohor sekali di Malaysia ni. Honestly, awal-awal aku agak hesitate nak beli ebook ni. Sebab harganya tak murah dan aku tak pasti adakah ianya membantu ke tidak. Adakah berbaloi nak beli..?. Tapi aku kuatkan hati. Kalau nak jadi the best, we must learn from the best. Betul tak..? So, aku pun pejam mata dan bayar. Hasilnya... Memang bagai dikata.. Ebook tu takde fancy fancy. Simple, straight to the point. Ayatnya mudah difahami.

Banyak tips dan teknik SEO yang sangat berguna dikongsikan. Berserta dengan contoh senario yang benar benar berlaku dan screenshot lagi. Kitab SEO Merah Jambu ni sangat bagus dijadikan panduan bagi blogger yang serius nak menjana pendapatan dalam berblogging dan buat duit melalui affiliate marketing seperti Ashadee.

Kalau nak tahu bagaimana untuk menjana pendapatan RM6000/sebulan melalui affiliate marketing rujuk sini -  Kitab SEO Merah Jambu

8 comments:

Fiza Rahman berkata... [Reply]

Banyak nak kena study pasal SEO nih.

Kakzakie Purvit berkata... [Reply]

Kalau dah bersungguh memang boleh berjaya Rai.

Unknown berkata... [Reply]

Good luck Rai..InsyaAllah,usaha dan tawakal..tak mustahil Rai pulak nanti akan dapat income 6000 sebulan..siapa tau..kan?/

saniahibrahim berkata... [Reply]

Terimakasih bagi banyak info apatah lagi pd kakak yg kurang cerdik psl it ni.

Ann Ishak berkata... [Reply]

kena buat homework ni, chaiyok :p

Unknown berkata... [Reply]

ok..nanti pinjam buku..hahaha..

Unknown berkata... [Reply]

Baru je pagi TD Sya dok fikir apa Benda SEO tu.. sekali akk dah bg tau..hehe..bagus².. tp mesti Mahal giler kan harga buku tu..

Suria Amanda berkata... [Reply]

SA baru nak study.....

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com