Khamis

Set LEGO® Percuma

Assalamualaikum,

Orait, siapa nak set lego?


Meh laa bersama-sama join event "Donate n Play" kami.


Syarat dia mudah je.
1 - Sedekah kepada pesakit buah pinggang sebanyak RM5.
2 - Dalam masa 30minit, buat satu binaan dengan lego yang disediakan.
3 - Bila dah siap, wakil kami akan ambik gambar foto dan upload kat fb page "Custom Lego".
4 - Korang "like" page "Custom Lego" tu.
5 - Gambar yang dapat paling banyak "like" akan dapat set lego tu.

Sedikit tips n tricks, lepas gambar tu dah upload, korang suruh je kenalan korang like binaan korang. Tak kisah laa jadi cemana pun kan? Ada rupa ke takde rupa ke, asal banyak like. Cara kedua adalah, masuk entry banyak-banyak. Mana tau salah satu binaan tu jadi bentuk Master Builder Class ke kan?

Anyway, program ini diadakan dengan usahasama NKF (Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan) bertujuan untuk menolong pesakit-pesakit buah pinggang. Harini diorang yang sakit, esok lusa mungkin kita atau keluarga kita. Tak siapa yang tau. Selagi kita berdaya, jom laa membantu.


Selain lego yang kitorang sediakan, ada bermacam-macam acara lagi. Retis nyanyi-nyanyi pun ada, game lain pun ada, peraduan mewarna pun ada, photo booth pun ada, macam-macam laa. Ala-ala fun fair gitu. Yang paling grand sekali ialah cabutan bertuah untuk menang Perodua Axia yang serba baru, cuma dengan bersedekah RM10 directly kat NKF. Kat mana lagi nak dapat semua ni ye tak?

Sejak 28 Febuari, hujung minggu ni (28-29 Mac 2015) adalah event terakhir ya? Diadakan kat Encorp Strand Mall bermula sejak 8:00 pagi. Harap korang tak terlepas.

7 comments:

Kakzakie Purvit berkata... [Reply]

Rasa kakak kalau yg minat ni dia akan participate Rai. Syarat diberi pun tak susah..

Dr K berkata... [Reply]

terus nak google kat mana encorp strand mall tu...tak pernah dengar! hahaha..amcorp mall saya tau...:P

ANIM berkata... [Reply]

Menariknya rai. 2 Abdul kak dh besar pjg msh suka main lego. Syarat pun senang. Masalah tempat tu kena fikit

Unknown berkata... [Reply]

menarik ni..mana yang berdekatan boleh la join..

Unknown berkata... [Reply]

Adeh.. x dpt.nak join.. jauh tu..

QasehnyaRania berkata... [Reply]

dh terlepas.

betul tu.
smga dipermudahkan hendakNya

arysha_fayyadh berkata... [Reply]

Assalam rai
sonoknyaaaaaa
free he3

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com