Rabu

Review Pusat Bersalin Barakah Bandar Puteri Klang

Assalamualaikum

Kali keempat bersalin, kami memilih untuk sekali lagi bersalin di Pusat Bersalin Barakah Bandar Puteri Klang. Antara faktor pemilihannya adalah jarak dan kosnya. Walau pun masa bersalin Aisy aritu aku agak kurang berpuas hati dengan mutu perkhidmatan mereka, tapi aku percaya yang mereka patut diberi peluang kedua memandangkan aku sangat puas hati dengan bidan dan doktor di bilik bersalin.

So, aku start check up di Poliklinik Barakah since 35 minggu. Alhamdulillah selamat bersalin pada 4:45 pagi hari Isnin 8 September. Sepanjang berada di sana, dari saat aku daftar sampai lah ke discharge, semua jururawat dan doktor memberikan layanan yang sangat baik. Serius. Bukan bodek tau. Hehe.

Keputusan aku untuk tidak vaksin si kecil dihormati. Doktor Khairiah juga bersedia melayan permintaan aku untuk lambat potong tali pusat baby (delayed cord clamping) selepas aku bersalin.

Dari segi hospitality, jururawat yang bertugas sangat prihatin. Setiap kali si kecik menangis dia datang jengah. Malah, ada 6 kali makan sepanjang hari. Hehe. Salah seorang nurse bertugas, seorang makcik yang hampir sebaya mak aku siap tolong urut belakang yang lenguh menyusukan si kecik. Serius tip top makcik tu urut.

Masa nak discharge pulak, diorang hantar aku dengan kerusi roda sampai lah ke kereta. Semua nurse yang bertugas sepanjang aku kat sana sangat murah dengan senyuman dan mesra alam. Walau pun aku tau masing masing kepenatan. Especially yang bertugas malam tu. Punya lah mengantuk kan. Si kecik tu pulak, lepas berak, berak.. Berak lagi. Bila dah berak bukan pandai nak duk diam. Menangis macam kena pukul selagi tak basuh. Sabo je semua orang.

Thumbs up bagi semua yang berkhidmat di Pusat Bersalin Barakah. Aku tak jangka, tapi kali ni aku sangat puas hati dengan khidmat dan layanan mereka sepanjang dua hari satu malam kat hospital.

Lepas ni, sapa yang berdekatan boleh la pilih Pusat Bersalin Barakah. Kosnya masih murah berbanding tempat lain. Kalau korang tak kisah sangat pasal menu bubur segera dan biskut cicah milo, dan nakkan doktor wanita muslim, Pusat Bersalin Barakah ni adalah salah satu pilihan yang baik.

Next, aku cerita pasal pengalaman bersalin anak no empat pulak ya.

Daa

25 comments:

makchaq berkata... [Reply]

Kejap sangat dah nak bersalin kan... mesti tak sabaq nak tunggu...seronoknya... bila ingat jaga baby kecik...

Dr K berkata... [Reply]

aik...mana review nya?
ke saya aja yg tak nampak? :)

saniahibrahim berkata... [Reply]

tahniah dengan kehadiran ahli keluarga baru...

Mulan berkata... [Reply]

Baru lagi rasa tgk baby #3 tu.. Alhamdulillah best nya nak dapat baby baru lagi..

Yaya Azura berkata... [Reply]

tahniah rai
mesti nanti no.5 nak deliverd situ lagi..hihi..

Unknown berkata... [Reply]

Haipp.. Harap2 ni last kot.. Haha

Unknown berkata... [Reply]

Anak dara saya terpost entry sebelum siap.. Sbb ttu tak kkeluar apa.. Haha

aizamia3 berkata... [Reply]

Tahniah buat Rai dan keluarga atas kehadiran orang baru itu.
Moga ibu dan anak sihat dan kuat hendakNYA.

Dr K berkata... [Reply]

Ok..ok...dah boleh baca dah :)

So, utk yg ke - 5 pun, akan ke sini pastinya kan :)

ZieMarziah berkata... [Reply]

tahniah kak rai...wah dah ada 4 orang bodyguard hehehe

Eye_nee berkata... [Reply]

Tahniah lah lagi sekali Rai...Akk Ralat sgt...anak pertama dibidankan seorg DOc lelaki Melayu...Yg kedua dan ketiga akk cari tmpt bersalin yg lain...Alhamdulillah...jumudnya pemikiran waktu anak pertama tu...

AtieYusof berkata... [Reply]

Tahniah atas kehadiran org baru & selamat berpantang...
terbaik lah pusat bersalin ni kan.. pusat bersalin mcm ni lah yg kita cari2..

maszull berkata... [Reply]

assalamualaikum rai..tahniah2 dah ada baby baru yer...:)

Mar Mansor berkata... [Reply]

alhamdulillah selesa di situ ye..

Irfa berkata... [Reply]

ko punya citer mcm nak suh aku mengandung lagi tau
btw TAHNIAH rai

Nieda Ramly berkata... [Reply]

tahniah dapat baby baru dan selamat berpantang

anyss berkata... [Reply]

Assalamualaikum,
Tahniah Rai
moga cepat sihat untuk uruskan orang baru

matahati-aishahazhar berkata... [Reply]

tahniah rai..

nad berkata... [Reply]

tahniah! alaaa pendek sgt..review la panjang sket hehe...

Aisyah berkata... [Reply]

berapa kos kalo bersalin normal kt ctu ya?

Aisyah berkata... [Reply]

berapa kos kalo bersalin normal kt ctu ya?

Unknown berkata... [Reply]

@Aisyah Latip, dari rm1600-1900.. bersalin normal, tanpa ada sebarang intervation (takde vakum ke forcep)

Unknown berkata... [Reply]

Knp xnk ambik vaksin.....boleh share tak......

Unknown berkata... [Reply]

Knp xnk ambik vaksin.....boleh share tak......

Unknown berkata... [Reply]

Saya banyak share dlm entry.. Nanti belek ya..

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com