Khamis

Pengalaman bersalin normal kali ketiga

Assalamualaikum

Pengalaman bersalin secara normal untuk kali ketiga. Ada orang kata, lagi banyak bersalin lagi mudah. Lagi mudah bukan makin kurang sakit tau.

Kali pertama bersalin normal, aku kena induce. Dua kali induce, sakitnya dari pukul 12tengah hari sampai pukul 2:35pagi. Kali kedua, aku start sakit bila masuk labour room dalam pukul 5 lebih dan bersalin pada pukul 6:35.

Kali ni.. Aku da start sakit contraction dari pukul 1:40pagi. Pada mulanya, aku bajet pagi baru nak ke hospital sebab sejam sekali contractionnya.. Tapi pukul 3 lebih, contraction makin kerap. Aku pun ajak shujin bersiap. Aku mandi siap siap sekali. Anak anak kami tumpangkan kat rumah adik ipar yang tinggal kat tingkat lima.

Sampai di Pusat Bersalin Barakah lebih kurang pukul 4:15. Masa sampai bukaan dah 7cm. Nurse bagi enema. Sementara tunggu doktor sampai aku dah rasa macam nak meneran. Tapi ketuban belum dipecahkan lagi.

Masa tu aku dah nak menangis sebab tak tahan nak meneran. Macam orang dah nak berak sangat disuruh tahan dulu. Sejurus sebelum doktor sampai, nurse pecahkan ketuban. Sampai je doktor, aku terus push. Agak 3-4 kali jugak aku putus nafas masa tu.

Akhirnya. Dengan sepenuh tenaga, keluar jugak si baby girl yang ditunggu tunggu kami semua pada pukul 4:45pagi. Doktor letak atas perut aku sementara nurse sedut cecair dari hidung dan mulut baby. Lepas agak beberapa minit barulah tali pusat dipotong.

Alhamdulillah. Walau pun sakitnya cuma Allah yang tahu, tapi prosesnya dipermudahkan. Aku cuma sakit menahan kontraksi selama 3jam. Itu pun bukan berterusan. Sejam terakhir baru kontraksi 10-5minit sekali. Alhamdulillah juga, kali ni buat kali kedua aku bersalin normal takde koyak, jadi tak perlukan sebarang jahitan.

Aku mengaku, aku memang tak berapa tahan sakit. Masa dah nak cukup bukaan tu aku genggam tangan shujin kuat kuat. Sempat lagi shujin melawak yang aku genggam tak cukup kuat. Kalau aku kena bersalin sorang sorang shujin tak teman mesti aku dah nangis dah. Huhu.

Still.. Proses mengandung dan bersalin adalah sangat consume tenaga. So, jangan la ada yang komen doa doa untuk nombor lima ke apa ya. Doa bagi aku rehat pulak lah.

Daa

21 comments:

asyifamustaffa berkata... [Reply]

Dah bersalin...tahniah...alhamdulillah....comelnya ahli syurga ni....terbau bau smpi sini..:)

Ann Ishak berkata... [Reply]

sangat adorable sang puteri ini, tahniah rai :)

SalbiahM berkata... [Reply]

alhamdulillah..tahniah rai dan family.comelnya...have a godd rest ye :)

Unknown berkata... [Reply]

tahniah..bestnya dapat baby girl..
pantang sepenuhnya tau..

sitiezahim berkata... [Reply]

Tahniaaahhh comel sangaaatt.. Moga baby n mama baby sihat ye

Mak Wardah berkata... [Reply]

Alhamdulillah, comelnya. Tahniah Rai...sakit yg pahalanya byk.

Unknown berkata... [Reply]

ngeri bila ingatkan time bersalin..huhu..

tahniah makcik!! tak sabar nak tengok bunga dua kuntum ni..dah letak nama blom?

Kakzakie Purvit berkata... [Reply]

Alhamdulillah... Damia dah ada kawan main masak-masak:)

Pipi tembam betul - banyak makan takoyaki ni hihi...

Tahniah Rai!

Zai Zamree berkata... [Reply]

Alhamdulillah....waaa....sngnya bsalin ^^

PetakBunga berkata... [Reply]

aloh comel..
rest betul2, pantang betul2, kembalikan aura sihat cepat2.
selmt berpantng.
peluk cium anak ko

emarieys berkata... [Reply]

InshaALLAh next year akan rasa pengalaman ketiga.... geram tengok pipi baby...nak cubit jer...apapun tahniah.

Eye_nee berkata... [Reply]

Comelnya dia..kiut miut...Bila ingat2 balik 2-3 jam waktu sakit sebelum bersalin tu...Ngeri sgttt rasanya....

imm berkata... [Reply]

alalala comeinye baby..dah ade name ke akak?

imm dua2 normal, n dua2 mudah Alhamdulillah.(tu yg rase mcm eiiyy rindunye nak ngandong hahaha boleh tak?)

ZieMarziah berkata... [Reply]

comelnya....pipi macam di pam2 hehehe..ok2 selamat berpantang dan berehat k.rai

Siti Sharini berkata... [Reply]

alhamdulillahh congratss

Aziela berkata... [Reply]

Alhamdulillah....agak mudah juga berbanding yang pertama tu yer Rai. Syukurr. Amboi...bukan main lagi sikenit tu yer. Macam dah nampak segala2 dah dia.

Fiza Rahman berkata... [Reply]

Comelnya. Alhamdulillah, proses bersalin di permudahkan olehNYA.

nad berkata... [Reply]

alhamdulillah... tahniah!!!!! syukur! comelnya sgt tgk baby tu.. welcome sayang!

Syamimi Saad berkata... [Reply]

asslmkm kak.. dah bersalin rupanya ya.. tahniah.. selamat berpantang.. saya ni baby bila la nak kuar2.. T___T

Unknown berkata... [Reply]

sya yg bc ni pun sampai terasa putus nafas kejap..hehe..teringin nak rasa bersalin normal. huhu..btw, comel baby..sama bday dgn adik sya.. :)

fatimah berkata... [Reply]

Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Perkara Yang Perlu Di Jangka Ketika Masuk Bilik Bersalin. Penting untuk ibu yang mengandung anak sulung, supaya nanti taklah gelabah sangat. :)

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com