Memaparkan catatan dengan label Mengandung. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Mengandung. Papar semua catatan

Jumaat

Merancang dengan IUCD?

Assalamualaikum

Bagi yang belum tahu kisah aku pregnant kali ni sebenarnya agak misteri. Aku memilih kaedah perancangan keluarga menggunakan IUCD selepas melihat dari pelbagai sudut.

Ramai yang takut dengan idea memasukkan sesuatu alat asing ke dalam tubuh macam ni.
contoh IUCD yang biasa digunakan

Bukan sikit yang menakutkan aku pasal dah masuk IUCD mengandung, nanti IUCD tu lekat kat baby. Baby jadi cacat. Ada yang cerita kes mak sedara kawan nenek dia yang IUCD tu tercucuk kat buah pinggang.

Still.. In the end.. Meneliti pro dan kontranya.. Aku tetap memilih IUCD. Dan aku mengandung. Hahaha..

Ok. First of all.. 

IUCD sebenarnya adalah alat perancangan keluarga paling selamat.. Hoh!!! benarkah~!

Iya.. dengan beberapa syarat. Iaitu pemakai takde penyakit active pelvic inflammatory disease masa pakai tu.

Sebenarnya kebanyakan doktor yang aku kenal sendiri pakai IUCD sebab diorang tak caya nak makan pil pil hormon atau suntik suntik ni. Especially doktor yang veteran la.
IUCD menghalang perempuan dari mengandung dengan dua cara
(1) Bentuknya menghalang ovum dan sperma yang disenyawakan daripada melekat pada rahim
(2) Pengguna copper pada batang IUCD menghasilkan environment yang kurang sesuai untuk persenyawaan boleh berlaku.

Sebab tu kes kalau terjadi persenyawaan pun, banyak jadi mengandung luar rahim. Tapi agak rare sebenarnya kes begini.

Dan kes aku mengandung adalah sebab IUCD tu dah tak dapat dikesan dari dalam rahim.

Pergi mana..? Wallahualam. Kena tunggu lepas bersalin baru boleh x-ray.

Doakan semoga aku tabah menghadapi ujian kali ni. Menghadapi manusia sekeliling yang tak memahami, paling aku takut adalah kebersediaan aku sendiri. Aku serah semuanya pada Allah.. Aku dah usaha pakai IUCD. Allah nak bagi. Tentu ada hikmahnya tersendiri.

Selamat berpuasa.

Daa

Isnin

Misteri kehilangan

Assalamualaikum

Phewww.. Susahnya nak update blog kan sekarang.

Sebenarnya aku sibuk dilanda misteri sejak minggu lepas.

Alkisahnya.. Lebih kurang enam bulan lepas, aku pergi ke LPPKN untuk pasang satu compartment yang dipanggil IUCD.

Last week, aku check up. Doktor scan dan tengok dari pelbagai sudut, "natang" tu tak dapat dikesan. Doktor suspect, kesilapan mungkin berlaku ketika pemasangan dan menyebabkan alat tersebut ke "tempat lain". Memandangkan aku mengalami kesakitan yang teramat ketika proses pemasangan dibuat dan ianya berlarutan selama hampir seminggu di samping pendarahan yang agak banyak selepas ianya dipasang. Iya. Horror jugak..

Sebelum tu, dua minggu lepas aku sakit kat abdomen bahagian kiri sampai tak boleh nak angkat kaki. Susah nak diterangkan sakitnya. Tapi macam sengal menyucuk macam tu. Takde pendarahan ke apa. Just sakit. Lepas tu, kedua belah kaki macam susah nak angkat sebab sakit. Terbongkok jugak la aku berjalan. Tapi 2-3 hari, sakit tu hilang. So, aku pun tak pergi check doktor.

Kesan daripada kecuaian aku yang tak pergi jumpa doktor terus masa tu adalah.. Now that IUCD tu tak dijumpai. Hati aku kuat kata benda tu belum keluar. Sebab sedangkan benda lain keluar pun aku rasa. Takkan seketul benda keluar aku boleh tak sedar. The only solution nak tau benda tu masih dalam badan ke tidak adalah dengan buat x-ray.

Tapiii...

Period aku dah tak datang. Dan Aqil nak dapat adik sorang lagi. So, aku kena tunggu another 9month untuk tau benda tu masih ada atau dah terkeluar.

Bermacam-macam feeling aku alami sekarang. 

Shujin sangat susah hati. Tuan punya badan lagi la kan. Honestly... Aku far from happy. Kesian yang kat dalam.

Doakan yang baik-baik buat kami.

1 dalam 100.. Dan failure tu berlaku pada kami. Allah pilih aku dari 100 perempuan lain. Tentu ada sebabnya.

Hati... Redhalah kamu..

Daa

Khamis

Pengalaman bersalin normal kali ketiga

Assalamualaikum

Pengalaman bersalin secara normal untuk kali ketiga. Ada orang kata, lagi banyak bersalin lagi mudah. Lagi mudah bukan makin kurang sakit tau.

Kali pertama bersalin normal, aku kena induce. Dua kali induce, sakitnya dari pukul 12tengah hari sampai pukul 2:35pagi. Kali kedua, aku start sakit bila masuk labour room dalam pukul 5 lebih dan bersalin pada pukul 6:35.

Kali ni.. Aku da start sakit contraction dari pukul 1:40pagi. Pada mulanya, aku bajet pagi baru nak ke hospital sebab sejam sekali contractionnya.. Tapi pukul 3 lebih, contraction makin kerap. Aku pun ajak shujin bersiap. Aku mandi siap siap sekali. Anak anak kami tumpangkan kat rumah adik ipar yang tinggal kat tingkat lima.

Sampai di Pusat Bersalin Barakah lebih kurang pukul 4:15. Masa sampai bukaan dah 7cm. Nurse bagi enema. Sementara tunggu doktor sampai aku dah rasa macam nak meneran. Tapi ketuban belum dipecahkan lagi.

Masa tu aku dah nak menangis sebab tak tahan nak meneran. Macam orang dah nak berak sangat disuruh tahan dulu. Sejurus sebelum doktor sampai, nurse pecahkan ketuban. Sampai je doktor, aku terus push. Agak 3-4 kali jugak aku putus nafas masa tu.

Akhirnya. Dengan sepenuh tenaga, keluar jugak si baby girl yang ditunggu tunggu kami semua pada pukul 4:45pagi. Doktor letak atas perut aku sementara nurse sedut cecair dari hidung dan mulut baby. Lepas agak beberapa minit barulah tali pusat dipotong.

Alhamdulillah. Walau pun sakitnya cuma Allah yang tahu, tapi prosesnya dipermudahkan. Aku cuma sakit menahan kontraksi selama 3jam. Itu pun bukan berterusan. Sejam terakhir baru kontraksi 10-5minit sekali. Alhamdulillah juga, kali ni buat kali kedua aku bersalin normal takde koyak, jadi tak perlukan sebarang jahitan.

Aku mengaku, aku memang tak berapa tahan sakit. Masa dah nak cukup bukaan tu aku genggam tangan shujin kuat kuat. Sempat lagi shujin melawak yang aku genggam tak cukup kuat. Kalau aku kena bersalin sorang sorang shujin tak teman mesti aku dah nangis dah. Huhu.

Still.. Proses mengandung dan bersalin adalah sangat consume tenaga. So, jangan la ada yang komen doa doa untuk nombor lima ke apa ya. Doa bagi aku rehat pulak lah.

Daa

Selasa

Kenapa perempuan mengandung perlu guna tandas cangkung

Assalamualaikum

Haa.. Korang yang pernah memgandung mesti rasa lagi mudah guna tandas duduk kan.. Punya la seksa dengan perut terboyak boyak. Berat lagi satu hal. Sakit pinggang jangan cakap. Buatnya tergeliat dalam tandas, sapa nak tolong..

Ya.. Aku paham.. Walau pun perut aku takde la besar mana banding ngan perut orang mengandung yang lain. Tapi aku still sangat terasa, sebab badan aku kecik dan nipis je. Bagi orang lain kecik la. Tapi bagi aku dah jenuh bawak dah.
Kaedah senaman cangkung (squat bagi wanita mengandung)
Ok.. Berbalik pada topik asal. Kenapa kena guna tandas cangkung ya?

(1) Memudahkan proses buang air besar dan elak dari buasir. Dalam keadaan mencangkung, proses penyahtinjaan akan menjadi lebih lancar sebab kedudukan usus besar tu menegak berbanding ketika duduk, ianya jadi berlipat sikit. Bahkan, usus akan dapat dikosongkan dengan lebih efektif lagi sebab graviti buat kerja dia kan. Tak payah nak push sangat. Ini bukan saja beri kebaikan bagi wanita mengandung, malah semua individu. Dikatakan bahawa, buang air dengan mencangkung adalah kembali kepada fitrah manusia dan ia dapat mengelak pelbagai jenis penyakit termasuk kanser usus, irritable bowel disease, buasir dan banyak lagi.

(2) Melawaskan kencing. Yang ni memang sangat obvious tau. Bila dah hujung trimester ketiga macam aku ni memang la rasa asyik nak ke tandas je. Buang air sambil mencangkung lebih melawaskan kencing berbanding ketika duduk.

(3) Yang paling utama...Ianya adalah sebagai senaman bagi menyediakan badan bagi proses melahirkan anak. Ia membantu memberikan fleksibiliti bagi bukaan faraj bagi proses kelahiran. Bukan saja memendekkan masa proses kelahiran (masa dah start contraction nak bersalin tu buat cangkung ni untuk percepatkan bukaan) Malah mengurangkan risiko berlaku koyak pada perinum. Dalam keadaan mencangkung, tekanan pada uterus dapat dikurangkan dan oksigen akan dapat disalurkan dengan lebih baik pada bayi dalam kandungan. Terutamanya ketika trimester terakhir.

So sekarang, orang barat dah mula paham kebaikan mencangkung ketika buang air. Bagi ibu ibu mengandung, cuba amalkan mencangkung setiap hari 3-4minit beberapa kali. Kalau boleh guna tandas cangkung lebih baik lagi.

Selepas bersalin pun elok sangat terus diamalkan. Untuk mengetatkan apa yang longgar..

So ibu ibu mengandung.. Jangan tunggu lagi.. Mulakan senaman mencangkung secepat mungkin. Semoga proses kelahiran akan lebih mudah lagi.

Aminn..

Info berguna? Share lah pada kenalan atau kawan kawan yang sedang mengandung juga..

Daa

Khamis

Penggunaan ubatan semasa mengandung

Assalamualaikum

Zaman sekarang ramai yang dah tau tentang penggunaan ubat ubatan masa mengandung. Malah, kalau ubat atau herba yang dijual pun ada ditulis kalau ianya tak sesuai digunakan oleh wanita mengandung dan menyusukan anak.

Kalau ada yang tak pasti tentang penggunaan ubat ubatan ni boleh rujuk doktor. Secara umumnya, baik elakkan dari ambil ubat melainkan atas nasihat doktor atau ubat yang kita ada penyakit dah lama. Itu pun kena tanya doktor jugak.

Apa yang aku baru tau dan agak terkezut hari ni adalah tentang penggunaan ubat ubat sapuan ni. Macam minyak angin, vicks dan sebagainya. Biasanya kita tak tanya doktor pun kan pasal ni.

Nak jadikan cerita.. Hari ni aku sakit pinggang, bos ku yang baik hati da letakkan yokoyoko kat atas meja. Sebelum aku pakai, ada sorang team mate tegur, katanya jangan pakai. Aku pun heran. So aku check ingredients nya dan google sikit (kata moden kan :P)

Methyl Salicylate : rub-on products containing methyl salicylate may possibly cause problems for the foetus
Camphor : Camphor crosses the placenta and has been implicated in fetal and neonatal death. It has been used to induce abortions.

Bahan ni biasanya ada dalam minyak angin. Aku check, dalam vicks pun ada.

Tak sure la limited untuk pakai kat area perut dan belakang je ke apa. Tapi bila ditulis macam tu, ngeri la pulak rasanya. 

So buat ibu ibu yang mengandung, hati hati ya.


Daa

Selasa

Menu sahur ibu mengandung dan menyusukan anak

Assalamualaikum

Ceh..Poyo je kan. Harap tak cepat sangat share pasal menu sahur ibu ibu ni..Hehehe. Actually menu ni aku da amalkan sejak dari berpuasa masa tandem nursing budak berdua tu. Insya allah ramadhan kali ni pun aku teruskan jugak. Menu bersahur yang mudah dan mengenyangkan.

Shake kurma almond
Bahan-bahan
Kurma (buang biji)
Buah badam / serbuk badam
Susu / serbuk protein+secawan air
Oat secukupnya
Sedikit madu kalau suka yang lebih manis

Kaedah membuatnya
Masukkan susu, kurma dan badam ke dalam blender. Blend sampai hancur. Letak oat. Tambah madu. Dan minum masa sahur.

Resepi asal aku pernah share kat SINI

Aku tak suka sangat susu so aku ganti dengan satu scoop protein powder nutrilite(soya) + air. Bagi aku rasanya lebih sedap la sebab aku tak suka susu. Dan yang penting. Lambat rasa lapar dan rasa bertenaga sampai petang. Takde la tengah hari tu aku rasa mengantuk, lembik bagai. Production susu pun Alhamdulillah takde masalah walau pun berpuasa. So far Cuma masa aku breastfeed aqil + pregnant Damia je susu drop. Selain dari tu puasa ke, bendera jepun berkibar ke. Alhamdulillah cukup dan tak perlu top up dengan susu formula.

Kalau yang tak pregnant tak breastfeed yang tak berapa rajin nak memasak masa sahur pun boleh amalkan. Lebih sihat. Resepi ni sangat flexible. Boleh ubah suai ikut suka hati.
Sambil tu aku nak pomot sikit. Sempena ramadhan ni aku ada bekalkan dua jenis kurma Arabian dates. Kurma ni dari jenis khidry. Satu kurma biasa. Yang satu lagi ada isi badam panggang. Kurma ni teksturnya halus dan tak berapa manis. Kalau ada yang berminat boleh email kat aku. Kalau area Shah Alam/Puchong/Klang/Subang/Sunway ni insya allah aku boleh hantarkan. Kalau luar kawasan aku tengok dulu sebab ada pembekal lain kat kawasan Kedah dan Pahang. Tapi aku kena notify dulu la.

Selamat berpuasa.

Sempena ramadhan ni, nak promote set supplement untuk ibu mengandung dan menyusukan anak yang sangat berkesan.. Insya allah kurang rasa lapar dan bertenaga sepanjang hari. Boleh whatsapp ke nombor 0126894617 untuk pesanan.



Daa

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com