Jumaat

Khidmat urut bersalin

Assalamualaikum

Tempoh berpantang adalah tempoh bagi memanjakan tubuh. Selepas 9 bulan mengandung dan proses bersalin yang memcabar, tentunya tubuh memerlukan masa untuk berehat.

Anak dah ramai macam aku bukan mudah nak berpantang macam masa anak satu. Masing masing perlukan perhatian. Lagi lagi macam aku berpantang secara shujin berhad. Shujin yang uruskan semua. Hehe..

Tapi aku cari jugak makcik urut untuk betul betulkan urat yang tergeliat tu. Rezeki aku, masa bersalin kat Pusat Bersalin Barakah aritu, kenal dengan sorang makcik nurse yang sangat baik hati dan pandai mengurut. Siap bagi servis mengurut percuma masa aku kat dalam wad. Lega sungguh dia urut bahu dengan belakang masa tu. Terus aku mintak kontek makcik tu nak panggil dia datang mengurut kat rumah.

Hari ketiga makcik Su datang rumah mengurut aku. Sedap sungguh dia urut. Dua jam lebih diulit. Aku mintak makcik Su datang dua hari. Siap sengkak. Dia sengkak tak sakit. Sebab aku penah kena yang sakit sangat. Nak menangis rasanya.

Bayaran ikut ikhlas kita. Kalau ada yang nak cari khidmat mengurut bersalin ke, terseliuh ke. Insya allah makcik Su ni boleh. Kalau ada yang nak kontek numbernya email aku. Nanti aku share.

Pantang kali ni aku masih guna set bersalin Tropical Herbs. Beristiqamah pakai bengkung berparam pilis bagai. Apa yang penting. Kita enjoy~!!

Daa

6 comments:

Zai Zamree berkata... [Reply]

syoknya kena urut.igt nti lps ry aji nk urut lg skali

Aziela berkata... [Reply]

Waaa...seronoknya dapat tukang urut yang sedap urut. Akak dulu dia urut memang sakit dikkkk. Masa sengkak tu lagiiilaaa.

Fiza Rahman berkata... [Reply]

Betul tu. Bila anak dah berderet ni agak payah nak pantang secara disiplin.

Kakzakie Purvit berkata... [Reply]

Kakak tengok botol minyak tu terkenang balik tau Rai. Dulu kakak beli sampai dua set tapi set ke dua kakak tak ambik bengkungnya. Bengkungnya sampai sekarang masih elok lagi:)

Selamat berpantang.

Sya berkata... [Reply]

sengkak tu untuk apa? masa sya dulu xde sengkak tu..sbb czer agknya kot..

Unknown berkata... [Reply]

Sengkak tu urutan naikkan rahim katanya.. Dia tolak ke atas. Bersalin normal mmg kena. Tapi kalau czer takde..

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com