Rabu

7 things you should know about kesoma rai - Versatile Blogger Award

Assalamualaikum

Lama gila dah kot tak join tag mengetag ni.. Memandangkan kawan baik aku ni dah tag, siap letak nama aku nombor satu lagi kan.. So aku mengalah gak la.. Hahaha..

Tq tag aku, Kaori~. Korang nak kenal kenal ngan Kaori ni sila sila lah terjah..

Ok. Cite pasal 7 benda yang mungkin ada yang tak berapa tau pasal aku.

(1) Aku pompuan - Ramai yang email aku nak tanya itu ini duk panggil aku bro bro. Tak sesuai tau. Walau pun bahasa aku tak berapa nak gegirl gitu, tapi aku memang feminin habis tau. Aku ada kerisauan yang sama ngan perempuan lain. Dilema pasal berat badan yang tak naik naik, cuma perut je naik.. Macam mana nak lambatkan proses penuaan bagai. Wakaka..

(2) Suka makan dan suka masak tapi tak pandai rasa - Kalau tengok entry laris kat blog ni pun tau kot. Walau pun fail gila dari segi presentation, tapi aku sangat suka memasak. Dan suka makan. Walau pun berat aku tak naik naik. Grrr.. Makanan jawa, jepun, melayu, western.. semua aku suka. Deria rasa aku boleh translate dua jenis rasa je. Sedap ngan tak sedap. Sedap aku makan. Kalau tak sedap aku makan gak, tapi tak tambah tambah sangat la..

(3) Suka duit - Come on, tak payah nak buat beliak beliak biji mata sangat la korang.. Sapa tak suka duit. Hahaha.. Honestly.. aku suka berniaga. Mungkin sebab ayah aku memang peniaga. So orang kata its in the blood. Sekarang aku perasan anak anak especially Damia ikut perangai aku tang duit. Asal jumpa duit sepah je, dia mintak nak isi dalam tabung. Aqil pun dah pandai, plan nak berjual itu ini untuk dapat duit. Aisy pun dah pantang nampak duit.

(4) Lurus bendul - Shujin panggil aku calculator. Aku memang straightforward. Tak pandai nak kona kona.. Kalau kata warna tu hitam memang aku kata hitam la. Takde aku nak kata kelabu gelap ke, kelam kelam sikit ke. 

(5) Tak pandai bergaya - Aku bercita cita tinggi nak selalu nampak muda supaya bila pergi mesyuarat PIBG anak-anak tu orang ingat aku ni kakak Aqil. Hahaha.. Tapi aku memang tak pandai nak bergaya. Pergi ofis sedia adanya tak bermekap. Minyak wangi jauh sekali. Kadang-kadang sarung selipar jepun je. Tapi aku sangat pentingkan penjagaan kulit muka. Especially bila dah masuk tiga siri ni. Aku tak nak pakai product kulit sebarangan. Pakai yang aku dah yakin je. Hihik.. Gedik..

(6) Tak suka bergambar - Aku selalu ada perasaan yang aku sengeh luas sangat nampak semua gigi bila bergambar.. Aku suka ambik gambar orang lain. Tapi sendiri malu nak bergambar. Hahaha..

(7) Tak suka pakai accessories - Barang kemas, cincin, gelang, jam memang tak lekat kat aku. Waima cincin kahwin pun tak pakai. Cincin tunang jauh sekali. Apatah lagi subang. Lubang pun takde. Hahaha.. Paling ada pun seutas rantai yang memang confirm aku tak bukak. Tapi alhamdulillah. Nampak gayanya anak dara keledek nan seorang tu sangat feminin. Pandai dan suka bergaya. Sopan santun walau pun kalau dia tantrum aku rasa macam nak runtuh bumbung rumah dan sangat mencabar kesabaran. Hahaha..

Ok dah. Cukup 7.

So sekarang ni syaratnya aku kena la tag orang lain kan.. Hehe..

Harap bersabar ye kawan-kawan yang kena tag ni
(1) Irfa
(2) CikSiti
(3) SitieZahim
(4) LyaAfrina
(5) EiraEixora
(6) MarMansor
(7) PetakBunga

Daa

14 comments:

Unknown berkata... [Reply]

Kakakaka...makcik!!! Gelak guling2 aku baca...

Kena tag 15 org la makcik!! Ni mesti x baca syarat2 ni...hahahaha

Dr K berkata... [Reply]

Yang nombor 6 tu mmg tepat! hahaha..susah nak tgk gambar awak dalam entry2 kat blog ni..lagi banyak gambar lego & makanan jepun aja...hahaha

PetakBunga berkata... [Reply]

apasal korang tag aku last?
ko sama nga koari..

ingat aku plg akhir2..
huk..hukk

Siti Sharini berkata... [Reply]

alamak lom buat lagik!

Mar Mansor berkata... [Reply]

terbuntang mataku bila kena tag..mwahahah...
syok pulak baca entri rai ni..mana yg kurasa kelakar..kusenyum2 kambing

asyifamustaffa berkata... [Reply]

Ok gak ada cmni...tau gak serba sedikit pasal rai ni...:)

Kakzakie Purvit berkata... [Reply]

Tengoklah mama kaori siap nak guling-guling pulak. Senyum sikit macam kakak ni cukuplah hihi...

Rai ni petite apa pun style jgn takut biasa yg petite ni lambat nak nampak berusia:)

Fiza Rahman berkata... [Reply]

Owh...dah tau sikit² pasal owner blog nih. Saya pon tak suka pakai accessories.

Irfa berkata... [Reply]

sengal lah ko ni tau
gelak aku baca
tapi lg sengal.. ko tag aku?
adoi.. benda ni aku dah jawab kot tahun memula berblog dulu
boleh tak aku copy paste yang dulu je
hahah*masa tu kita lom kenal kot*

HeNRieTTa JoSe berkata... [Reply]

bocor sudah rahsia....

rietta tahu sangat akak pndai masak...hehehe...

Ujie Othman berkata... [Reply]

dgn fizikal rai yg comel tu..jgn risau..mmg akan Nampak awet muda je tau. :)

Zai Zamree berkata... [Reply]

kami pong x pndai bgaya.rs dh mcm makcik2 dh plak

Syamimi Saad berkata... [Reply]

Waaa.. Menarik tu..

PetakBunga berkata... [Reply]

okey dah buat..
http://petakbunga-diari.blogspot.com/2014/09/7-auta-petakbunga.html

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com