Jumaat

Asam Pedas Ikan Pari Resepi Ibu

Assalamualaikum

Beberapa minggu dah aku teringin nak makan asam pedas ikan pari ni. Petang asyik hujan je kalau nak singgah beli ikan kat pasar malam. Sebagai anak bekas penjual ikan, aku memang particular sangat bab ikan pari ni. Mostly ikan pari jual di pasaraya memang out. So, the best choice kalau malas nak pergi jauh sampai ke jeti nun adalah pasar malam.

Rabu aritu aku gigih jugak beli ikan pari kat pasar Rabu. Hujan pun hujan lah. Hahaha..


Asam pedas ikan pari bersama bendi
Rupa dah ada dah. Cuma rasanya tak sekick asam pedas ibu. Orang kata walau pun resepi sama, tapi air tangan lain lain kan. Hehehe..

Aqil dengan Damia suka je asam pedas ni sebab tak pedas sangat. Shujin makan bertambah tambah walau pun tak cukup garam. Aku pulak.. Still rasa tak puas hati. Hahaha.. Apa pun ok la untuk percubaan pertama kan.

Resepi asam pedas ikan pari
Bahan
Ikan pari yang segar isi masih putih kalau dah nampak warna hitam tu memang tak sedap
Bendi
Daun kesum 
Air asam jawa semangkuk

Bahan kisar
Cili kering
Bawang besar 2 biji sederhana
Bawang putih 3 ulas
Kunyit seinci

Kaedah membuatnya
Tumis bahan kisar sampai garing. Kalau tak cukup garing memang kurang memuaskan tau. Minyak kena cukup. Baru dapat rupa asam pedas yang cantik. Kalau rasa banyak sangat, nanti buang sikit minyaknya lepas tumis tu..

Bila dah cukup garing, jangan hangus pulak.. Masukkan ikan dan bendi kalau suka. Taknak letak bendi pun okay je. Gaul gaul bagi sekata. Jangan gaul ganas sangat. Hancur ikan nanti. Lepas tu terus masukkan air asam jawa. Kacau sikit dan biarkan sampai mendidih.

Bila dah mendidih. Masukkan daun kesum dan tutup api. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.

Kalau suka boleh juga letak halba. Bagus bagi ibu menyusu. Hihi.. 

Sebenarnya aku ingat ingat lupa resepi ni.. Call mak tak dapat. Aku call makcik aku, adik mak untuk confirmkan. Hihihi...~

Selamat mencuba.

Daa

10 comments:

t.a.t.a berkata... [Reply]

Rai, itu untuk seorang makan je kan? Macam tak cukup pulak kalau kau bagi kat aku. Huhu.

Inana berkata... [Reply]

Sedapnye, nanti nak cuba

Aziela berkata... [Reply]

Akak pun tak expert asam pedas. Setakat nie, dah 3-4 kali buat, resepi mak mertua, kira oklah juga. Tapi nak kena masak selalu untuk expertkan. Setakat garam dan kepedasan tu, kira mild defect jer tu Rai...hehehehehhehe. Consider berjaya cemerlang la kalau shujin awak makan bertambah2.

Eye_nee berkata... [Reply]

akk tak pernah masak asam pedas Rai...mkn pun tak berapa suka..anak2 dan en CEO pun tak suka...legaaaa akkk..tak payah masak..nk mkn pun kalau mak akk masak akk tumpang semangkuk...

Percubaan pertama Rai..cuba lagi yer..sti lebih sdp nnt..

Mar Mansor berkata... [Reply]

sedapnya asam pedas ikan pari..tapi suami kurg gemar ikan pari

babYpose berkata... [Reply]

en somi memang suka asam pedas, saya lebih ke kari heee :)

Tie HT berkata... [Reply]

thanks share resepi ni
bubuh bendi lagi lah sedapnya :)

sal ya berkata... [Reply]

Dulu2 biass buat mcm ni jugak. Sekarang dh ddk snd byk jgk la resepi yg bertukar. Asam pedas pn msk style melaka. Br kick.

Unknown berkata... [Reply]

Yang ni utk aku sorang!! Haha

Myra Jay berkata... [Reply]

Lama tak makan asam pedas... sedapnya :)

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com