Isnin

Tolong di rumah : Upah atau tidak?

Assalamualaikum

Adakah perlu beri gaji atau upah sekiranya anak-anak bantu buat kerja rumah?

Ada dua pendapat dalam hal ini.
(1) Tak perlu : Adalah satu fitrah bagi anak-anak membantu ibu bapa di rumah. Jangan biasakan beri reward, takut nanti semua nak bergaji
(2) Perlu : Bagi anak belajar sistem usaha, dapat duit. Kerja lebih dapat duit lebih. Secara tak langsung bagi bagi diorang belajar yang bukan senang nak dapat duit.

Aku memilih sebagai perlu. Tetapi.. Cuma pada sesetengah tugas. Tugas yang untuk kebaikan diorang sendiri takde upah. Contohnya basuh kasut, iron baju sendiri, kemas toys sendiri, buat kerja sekolah tak ada upah. Tapi kena buat sendiri.

Yang berkaitan dengan hal umum seperti memasak, mengemas, membasuh baju orang lain tu aku plan nak bagi gaji.

Kenapa?

(1) Sebagai motivasi untuk diorang buat kerja
(2) Bagi diorang belajar cari duit sendiri (walau pun dari mak bapak sendiri) Kan anak-anak boleh belajar semuanya dari rumah.
(3) Kita tak ada masalah nak bayar kedai untuk beli makanan, bayar maid atau tukang cuci yang datang kemas rumah. Apa salahnya kalau bayar anak sendiri untuk buat kerja tu. After all, duit tu tak ke mana. Dalam masa yang sama diorang boleh simpan cita cita untuk beli guna duit yang diusahakan sendiri. Membaling 2 ekor burung dalam masa yang sama bukan..?

Yang bagusnya.. Seseorang akan lebih hargai barang yang beli dengan hasil usaha sendiri berbanding kalau kita bagi macam tu saja.

So, thats why aku rasa aku pilih untuk memberikan gaji untuk effort anak-anak buat. Dan semua ada evaluation. Lagi bagus buat, lagi tinggi upahnya. Mungkin sesekali boleh bagi bonus :)

Damia dua tahun, Aqil 4 tahun
Melentur buluh biar dari rebungnya kan..?

Daa

22 comments:

Irfa berkata... [Reply]

sama *give me 5*
yg wajib @ mmg tugas dia..kena buat
mcm basuh kasut sekolah
kemas bilik

yg tak wajib, boleh bagi insentif
hihi

Unknown berkata... [Reply]

@Irfa, gimme five.. tapi kecik2 ni upah murah2 sudah la kan..hahaha.. sementara diorang belum pandai demand lagi.. dah besar sikit maybe boleh naikkan gaji..

IntaNBerliaN berkata... [Reply]

xpernah plak sy terpikir pasal upah2 ni.. ahhaha.. tp ms saya kecik2 dulu, kalau mak bg upah, bertambah semangat nak buat.. ekkeke

Unknown berkata... [Reply]

Assalamualaikum..
upah ?.. kalau akak..upah beli baju atau buku..bagi duit terus masuk akaun...sbb tak terlintas langsung nak bg upah kat anak... tolong dengan ikhlas je..

Unknown berkata... [Reply]

@IntaNBerliaN, kan..tapi saya nak fix kan apa yg dapat upah..tolong tolong biasa takde upah la.. hehe..

Unknown berkata... [Reply]

@izan mama mia, boleh juga buat macam tu.. saya pilih nak bagi upah kat tangan supaya dia nampak yg effort dia dibayar dengan gaji tu..dan bagi dia peluang untuk decide sendiri apa barang yg dia nak beli dengan duit tersebut..

nak ukur ikhlas tak ikhlas tu susah juga..sbb bab hati kan.. macam kita kerja..kita kerja opis kena ikhlas. tapi dalam masa yg sama dapat juga gaji. ada gaji tak bermaksud tolong tak ikhlas. tujuan saya cuma diorang belajar value usaha dan hasil dari usaha tu.. masuk dalam bank dia tak nampak depan mata. so feelingnya lain..bagi saya lah.

Ann Ishak berkata... [Reply]

sangat setuju dengan cara macam tu, at least anak2 boleh tau bezakan tanggungjawab yang sepatutnya diorang buat dengan kerja yang boleh mendatangnya duit utk mereka...musim2 GTS katanya :)

Kakzakie Purvit berkata... [Reply]

Kalau masih kecik ni kakak rasa perlulah bagi upah tapi kalau dah besar macam anak kakak patutnya tak perlu tapi tetap kakak bagi juga dah biasa sebab kakak malas nak buat kerja bila anak-anak ada di rumah. Tak apalah...

PetakBunga berkata... [Reply]

@Rai Ourkizuna

make sure dia orang tak tahu nak report kat akta buruh..huhu.. mak bagi gaji murah. minimum gaji rm900.

t.a.t.a berkata... [Reply]

sep la. kita sama. setuju sangat dengan point tu semua. as one of my lecturer has said, reward in term of money as a motivation for them to do the chores.

Unknown berkata... [Reply]

@Petak Bunga,alamak...habis la kena tangkap..hahaha

Unknown berkata... [Reply]

PM dan wife pun nak mengajar Mifz agar lebih berdikari lepas nih , mungkin PM terlalu memanjakan Mifz...huhu

anumuchan berkata... [Reply]

stuju jugak bg upah tu hehee.dlu kck2 pn kalau tlg pape msti dpt upah. baru sronok.hehee

Unknown berkata... [Reply]

saya mmng x bagi upah dlm bentuk duit.tapi bagi dlm bentuk makanan favrte anak2. tapi my mum n MIL mmng bagi upah duit untk kerja yg disuruh buat

Mar Mansor berkata... [Reply]

betul tu rai..ajar diorang bukan senang nak dapat duit..huhu..

msredcheesecake berkata... [Reply]

betul tu... ada tugas yg lebih baik jgn reward... ada yg perlu... pandai2la kita atur...

Aziela berkata... [Reply]

Yang rajin upah anak, hubby akak. Akak, tak rajin upah dengan duit, tapi upah dengan benda lain. Sekadar motivasi untuk mereka.

babYpose berkata... [Reply]

Salam, saya pun dah terkata nanti bagi yogurt, bila nakk dia buar sesiatu sebab yogurt yg dia suka. Tapi baru sekali. Dulu adik saya nak upah ja bila minta buat apa2, sampai suatu
hari saya sy cakap dapat pahala dan saya akan kenang sampai bila2 baru dia ringan tulang. Rasanya kena pelbagai approach dgn budak2 ni.

aizamia3 berkata... [Reply]

sebagai reward untuk diri dorang. tapi hanya pada tugasan tertentu je.. ;)

lieyalatif berkata... [Reply]

lieya setuju jugak dgn rai...cume ken berpada2 laa takut nanti dieorg dah biase plak minta upah....lagi pun sistem reward ni bagus jugak rai...dieorg akan rajin tolong tanpa disuruh2....

mayangbakingmadness berkata... [Reply]

selalu gak umpan anak2 ngan upah kalau depa dpt tolong kita ngan keje umah...

Unknown berkata... [Reply]

bagi upah tu sebnrnya sebagai pemankin semangat utk dia lebih rajin.. deqla dedulu pun arwah mak bagi upah kalo rajin buat keje.. lps tu trs terdidik.. alhamdulillah, deqla sendiri sedar tolong ibu tu x perlukan upah.. dah jadi tanggungjawab sebnrnya...

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com