Isnin

Tolong di rumah : Upah atau tidak?

Assalamualaikum

Adakah perlu beri gaji atau upah sekiranya anak-anak bantu buat kerja rumah?

Ada dua pendapat dalam hal ini.
(1) Tak perlu : Adalah satu fitrah bagi anak-anak membantu ibu bapa di rumah. Jangan biasakan beri reward, takut nanti semua nak bergaji
(2) Perlu : Bagi anak belajar sistem usaha, dapat duit. Kerja lebih dapat duit lebih. Secara tak langsung bagi bagi diorang belajar yang bukan senang nak dapat duit.

Aku memilih sebagai perlu. Tetapi.. Cuma pada sesetengah tugas. Tugas yang untuk kebaikan diorang sendiri takde upah. Contohnya basuh kasut, iron baju sendiri, kemas toys sendiri, buat kerja sekolah tak ada upah. Tapi kena buat sendiri.

Yang berkaitan dengan hal umum seperti memasak, mengemas, membasuh baju orang lain tu aku plan nak bagi gaji.

Kenapa?

(1) Sebagai motivasi untuk diorang buat kerja
(2) Bagi diorang belajar cari duit sendiri (walau pun dari mak bapak sendiri) Kan anak-anak boleh belajar semuanya dari rumah.
(3) Kita tak ada masalah nak bayar kedai untuk beli makanan, bayar maid atau tukang cuci yang datang kemas rumah. Apa salahnya kalau bayar anak sendiri untuk buat kerja tu. After all, duit tu tak ke mana. Dalam masa yang sama diorang boleh simpan cita cita untuk beli guna duit yang diusahakan sendiri. Membaling 2 ekor burung dalam masa yang sama bukan..?

Yang bagusnya.. Seseorang akan lebih hargai barang yang beli dengan hasil usaha sendiri berbanding kalau kita bagi macam tu saja.

So, thats why aku rasa aku pilih untuk memberikan gaji untuk effort anak-anak buat. Dan semua ada evaluation. Lagi bagus buat, lagi tinggi upahnya. Mungkin sesekali boleh bagi bonus :)

Damia dua tahun, Aqil 4 tahun
Melentur buluh biar dari rebungnya kan..?

Daa

22 ulasan:

  1. sama *give me 5*
    yg wajib @ mmg tugas dia..kena buat
    mcm basuh kasut sekolah
    kemas bilik

    yg tak wajib, boleh bagi insentif
    hihi

    BalasPadam
  2. @Irfa, gimme five.. tapi kecik2 ni upah murah2 sudah la kan..hahaha.. sementara diorang belum pandai demand lagi.. dah besar sikit maybe boleh naikkan gaji..

    BalasPadam
  3. xpernah plak sy terpikir pasal upah2 ni.. ahhaha.. tp ms saya kecik2 dulu, kalau mak bg upah, bertambah semangat nak buat.. ekkeke

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum..
    upah ?.. kalau akak..upah beli baju atau buku..bagi duit terus masuk akaun...sbb tak terlintas langsung nak bg upah kat anak... tolong dengan ikhlas je..

    BalasPadam
  5. @IntaNBerliaN, kan..tapi saya nak fix kan apa yg dapat upah..tolong tolong biasa takde upah la.. hehe..

    BalasPadam
  6. @izan mama mia, boleh juga buat macam tu.. saya pilih nak bagi upah kat tangan supaya dia nampak yg effort dia dibayar dengan gaji tu..dan bagi dia peluang untuk decide sendiri apa barang yg dia nak beli dengan duit tersebut..

    nak ukur ikhlas tak ikhlas tu susah juga..sbb bab hati kan.. macam kita kerja..kita kerja opis kena ikhlas. tapi dalam masa yg sama dapat juga gaji. ada gaji tak bermaksud tolong tak ikhlas. tujuan saya cuma diorang belajar value usaha dan hasil dari usaha tu.. masuk dalam bank dia tak nampak depan mata. so feelingnya lain..bagi saya lah.

    BalasPadam
  7. sangat setuju dengan cara macam tu, at least anak2 boleh tau bezakan tanggungjawab yang sepatutnya diorang buat dengan kerja yang boleh mendatangnya duit utk mereka...musim2 GTS katanya :)

    BalasPadam
  8. Kalau masih kecik ni kakak rasa perlulah bagi upah tapi kalau dah besar macam anak kakak patutnya tak perlu tapi tetap kakak bagi juga dah biasa sebab kakak malas nak buat kerja bila anak-anak ada di rumah. Tak apalah...

    BalasPadam
  9. @Rai Ourkizuna

    make sure dia orang tak tahu nak report kat akta buruh..huhu.. mak bagi gaji murah. minimum gaji rm900.

    BalasPadam
  10. sep la. kita sama. setuju sangat dengan point tu semua. as one of my lecturer has said, reward in term of money as a motivation for them to do the chores.

    BalasPadam
  11. @Petak Bunga,alamak...habis la kena tangkap..hahaha

    BalasPadam
  12. PM dan wife pun nak mengajar Mifz agar lebih berdikari lepas nih , mungkin PM terlalu memanjakan Mifz...huhu

    BalasPadam
  13. stuju jugak bg upah tu hehee.dlu kck2 pn kalau tlg pape msti dpt upah. baru sronok.hehee

    BalasPadam
  14. saya mmng x bagi upah dlm bentuk duit.tapi bagi dlm bentuk makanan favrte anak2. tapi my mum n MIL mmng bagi upah duit untk kerja yg disuruh buat

    BalasPadam
  15. betul tu rai..ajar diorang bukan senang nak dapat duit..huhu..

    BalasPadam
  16. betul tu... ada tugas yg lebih baik jgn reward... ada yg perlu... pandai2la kita atur...

    BalasPadam
  17. Yang rajin upah anak, hubby akak. Akak, tak rajin upah dengan duit, tapi upah dengan benda lain. Sekadar motivasi untuk mereka.

    BalasPadam
  18. Salam, saya pun dah terkata nanti bagi yogurt, bila nakk dia buar sesiatu sebab yogurt yg dia suka. Tapi baru sekali. Dulu adik saya nak upah ja bila minta buat apa2, sampai suatu
    hari saya sy cakap dapat pahala dan saya akan kenang sampai bila2 baru dia ringan tulang. Rasanya kena pelbagai approach dgn budak2 ni.

    BalasPadam
  19. sebagai reward untuk diri dorang. tapi hanya pada tugasan tertentu je.. ;)

    BalasPadam
  20. lieya setuju jugak dgn rai...cume ken berpada2 laa takut nanti dieorg dah biase plak minta upah....lagi pun sistem reward ni bagus jugak rai...dieorg akan rajin tolong tanpa disuruh2....

    BalasPadam
  21. selalu gak umpan anak2 ngan upah kalau depa dpt tolong kita ngan keje umah...

    BalasPadam
  22. bagi upah tu sebnrnya sebagai pemankin semangat utk dia lebih rajin.. deqla dedulu pun arwah mak bagi upah kalo rajin buat keje.. lps tu trs terdidik.. alhamdulillah, deqla sendiri sedar tolong ibu tu x perlukan upah.. dah jadi tanggungjawab sebnrnya...

    BalasPadam

Dah baca sila komen, kalau suka tolong share. Terima kasih daun keladi ^_^