Isnin

Weekend kami

Assalamualaikum

Hari Sabtu shujin sakit gigi. So kami tak ke mana mana. Anak anak ajak aku jogging kat area rumah pun tak dapat. Dah bersiap siap. Keluar rumah tengok hujan gerimis. Memerap dalam rumah je sepanjang hari.

Akhirnya hari Ahad shujin terpaksa makan sebiji pontalon untuk meredakan kesakitannya. Lepas tu nampaknya ok. Lalu kami keluar berjogging di pagi hari. Aku jogging sambil babywearing Aisy Thaqif. Ko mampu? Hahaha. Tapi takde gambar sebab policy no phone. Kikiki. Balik dari jogging, terus singgah swimming. Damia & Aqil dengan baju tidur je swimming. Kampung sangatt.. Bajet swimming kat sungai kan..Hahaha.. Aisy Thaqif pun layan je swimming. Cuaca agak redup pagi tu. Lepas berpeluh lari lari tu, layan swimming. Memang terbaik. Nak keluar tu ada anak anak korea datang nak berendam. Atiqah Damia kejelesan tengok float cap Hello Kitty diorang. Aku pulak jeles tengok baju swimming comel anak dara korea tu. Hahaha..

Naik rumah. Aku buat breakfast segera dan siapkan diorang nak keluar pulak. Shujin ajak ke Tesco dan Summit USJ. Ambitious sungguh kan. Hahaha..

Ke Tesco sekejap je. Sebab nak belek kabinet kecil untuk simpan Lego. Hihi. Sempat anak anak dapat habuan Yogurt. Oklah tu. Esok lusa je nak gaji kan..

Tujuan ke Summit USJ adalah untuk bawak gadget nak di repair. Laptop, PSP, dan tablet. Masing masing buat perangai kan hujung tahun ni. Baru baru ni kereta. Sekarang mereka pulak.. Habuan nak bonus kot? Hahaha.. redho je lah..

So singgah kedai tanya tanya. Agak mahal. Sampai satu kedai bangla? eh pakistan.. ? tatau la mana satu. Gaya macam expert gila. Tunjuk laptop, dia terus bukak masa tu jugak, test mana yang rosak. Terus dapat invoice masa tu. Harganya agak murah sampai kitorang risau. Takut dia kencing je kan. Hahaha.. Nanti cite panjang pasal ni kemudian. Petang ni nak pergi ambik tablet. Kalau ok, aku share. Tak ok pun aku share jugak. Buat panduan orang lain..

Lepas tu bawak bebudak ni tengok performance oleh minion sempena sambutan krismas 2-3 hari lagi ni.. Layankan je la..


Atiqah Damia sekarang taknak pakai skirt takde seluar. Semua dia pakai seluar. Malu katanya kaki bogel. Hehehe.. Bagus lah.. Kecik kecik da tau malu.. 

Apa aktiviti korang weekend aritu?

Daa

7 comments:

faraherda.razalan berkata... [Reply]

Oukul bape g jogging tu Rai? Bestnya aktiviti mcm ni. Sy yg tgh membuyung ni, mmg elok sgt g jenjalan pusing tasik seround dua. Bagi senang bersalin. Nak kena bt mende yg sama la Rai.

Ahad lepas, sy bikin projek menggemukkan badan je. Sehari suntuk duk rumah x ke mana sbb kemalasan. Huhuhu~

Ujie Othman berkata... [Reply]

terasa sungguh..sbb dah lama tak berjogging. bestnya boleh swimming..

wkend mmg bz..sabtu uruskan rumah baru dll. ahad ke jln masjid india beli stok jualan.

Unknown berkata... [Reply]

@faraherda.razalan, bagus jalan jalan pun fara.. kami keluar tu dalam pukul 9 lebih dah.. tapi cuaca masih agak redup.. so takde la kepanasan..

jeles ngan roti awak!! tunggu lah bila da dapat oven baru nanti..hahaha

Irfa berkata... [Reply]

haha.. panjang kisah sehari bersama Rai ni ye
apapun nak bagitau.. anak bujang aku rekues kimchi lagi,malam tadi last makan
kalau buat pos aku sebalang
sekian wasallam

aizamia3 berkata... [Reply]

akak.. sabtu ada game ping pong..
Ahad pulak keluar cari barang keperluan sekolah anak2.. hari ni half day.. esok nak bawak anak2 jalan2.. rabu ada sukaneka kat rumah.. khamis kerja macam biasa.. eeemmm..

Mell Mariann berkata... [Reply]

rajin berjoging. siap ngan berbabywearing tuh. fuhh...

Mimie berkata... [Reply]

anak2 sy kalo nmpk minion kompom suke...

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com