Isnin

Boringnya Membayar



Balik-balik cerita sama, balik-balik ulang tayang. Ini bukan takat secondhand, dah berhand-hand dah. Sepanjang tahun, berapa kali dah keluar benda yang sama? Kadang-kadang terfikir, "Aku dah bayar dah untuk cerita ni sebelum ni, kenapa aku kena bayar lagi untuk cerita yang sama bulan ni? Patutnya percuma laa kan? Sebab dah bayar dah aritu.". Ya, diorang cakap itu siaran percuma tapi, wujud ke benda yang percuma? Asasnya yang percuma dah terkandung dalam bil yang tak percuma. 

Kalau takde kemudahan ni kat rumah, takut tak "up to date", tak "retro", kena label kedekut atau simply miskin. Sebab tu selekeh mana pun rumah, secabuk mana pun kereta, sekopak mana pun poket, berapa bersusun pun hutang, kemudahan ni wajib kena ada kat rumah. Well, itu kata-kata sesetengah pihak.

Bagi aku, ia satu pilihan. Jangan biarkan persekitaran/keadaan mempengaruhi keputusan kita. Adios~!!


::Entry By-Encik Shujin tersayang::

13 comments:

Unknown berkata... [Reply]

Saya amik pakej paling murah.. tu pon sbb signal tv biasa cam ntah apa2. Ni kes terpaksa je.

MAY berkata... [Reply]

kan.bayar sesaje..cite dari zaman brp tori tah ulang..klu keje dok umh je,komfem dah hafal cite pe nak tayangnye.

Unknown berkata... [Reply]

@Seri Selaseh Untuk yang takde signal, takpe la. Still, cakap negara maju, tapi masih ada kawasan yang tak dapat signal. Cemana tu?

Unknown berkata... [Reply]

@MAY
Kan? Kan? Tu laa masalahnya. Dah laa bayar, kena tengok pulak tu. Dah buang duit, buang masa pulak.

Fazlina Ridzwan berkata... [Reply]

bil astro saya monthly 141 start bln dpn sbb astro kan dah naik rega..sblom nie 132.50...x tertengok pon, suma men rekod jaa..masa mana nak tgk klu memasing sebok keja..tp astro kena laa bg servis yg lebey memuaskan..dolu ckp klu dah tukaq beyond, xde masalah dah bila ujan...tipuuuu!!!!!!

Unknown berkata... [Reply]

Aku setuju sangat Rai. CIter ulang-ulang je. Aku pon letak sebab terpaksa. Line kurang sini.

faraherda.razalan berkata... [Reply]

Encik Shujin ni mst bukan peminat sukan eh? Hehehehe...

Bg pendapat sy, Astro tu mmg satu pilihan klu bkn peminat sukan.

Dilema kami ni terutama suami, dia gila sukan. Klu bab sukan, sy tak nafikan Astro mmg up to date. Mmg Hypp TV (kena langgan UNIFI) pun ada sport channel tp JUGA BERBAYAR (UNIFI + channel sukan tu sendiri). Sobs...sobs....mmg takde pilihan sbb Astro mcm berpakat dgn gomen, seolah dah berpakat yg siaran lgsg (terutama utk incoming world cup event) tak akan disiarkan kt TV sedia ada (RTM, TV3, NT7 & etc.)

Pendapat sy dan apa yg kami rs....

msredcheesecake berkata... [Reply]

sy takde astro kat umah....

Unknown berkata... [Reply]

@faraherda.razalan Tin tong!! Hahaha.. Betul!! Saya bukan lagi peminat sukan. Kalau Astro, saya peminat Bloomberg dan Rai peminat Asian Food Channel. Saya tengok Bloomberg untuk dapat info dan guideline. Rai tengok rancangan memasak sebab dia suka memasak & makan. Hahahaha..
Family kitorang yang lain adalah peminat sukan. Kat TV hampir 24 jam sukan. Dari sebesar-besar bola sepak, sampai sekecil-kecil bola ping pong. Daripada bertayar-tayar, sampai takde tayar. Semua diorang layan. Best tengok. Malangnya, daripada 19 dewasa, kurang separuh yang bersukan. Dari yang kurang separuh tu, ada yang bersukan seminggu sekali, ada yang dua bulan sekali, ada yang setengah tahun sekali. Yang selebihnya, sekadar suka tengok (tak boleh kalau miss, atleast kena record) dan untuk topik perbualan atau tak ketinggalan dengan kawan-kawan.

Kakzakie Purvit berkata... [Reply]

Kakak tak kisah dikatakan tak advance. Sebab itulah dari mula dilancarkan hinggalah kini rumah kakak tak ada astro... tunggu anak-anak besar dah boleh berdikari belajar tanpa di suruh agaknya baru kakak install..

Unknown berkata... [Reply]

hehe..ni mesti kes astro ni..kitaorg pon tak pernah terpikir nak buh astro..cuma duk jeling2 njoi skarang..katanya takde baya bulan2..cuma sekali bayar utk installation..pastu kalu rasa nak tgk channel tu baru baya..mcm menarik cuma tak berkesempatan nak tanya lebih lanjut..

HeNRieTTa JoSe berkata... [Reply]

rietta pasang astro kat kampung jerr...kat rumah sndiri xsempat nak tgk pown...

QasehnyaRania berkata... [Reply]

tu la pasai nya.
sy pasang astro njoy
boleh la sbb terpaksa siaran tv tak cun.jiran atas bawah, keliling sume pakai.mcm pengaruhi channel sy.tu terpksa pasang juga.
bercinta dok pikir nk pasang sbb sy jenis pindah pindah.susah.dok cabut pasang.pasang balik kna bayar juga.adoi

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com