Isnin

Skill baru : Memanjat

Assalamualaikum

 

Aisy Thaqif kan.. Sangat suka sepahkan koleksi CD ayah dia. Memang tak boleh tengok benda tu tersusun. Mesti nak datang sepah. Lagi kalau nampak ayah dia mengemas. Dan dan time tu jugak nak pergi sepahkan. Tension je ayah. Hahaha..

 

Ni skill terbaru. Panjat pulak. Ayah dah boring kemas. Ayah letak CD tu kat atas meja. Dengan harapan Aisy tak sampai. Budak kecik ni dah level up. Dia elevate diri dia naik atas meja dengan pijak koleksi majalah Amagram ibu. Hahaha.. Yang kelakarnya. Dia stuck pada kedudukan ni. Nak naik tak boleh. Nak turun tak reti. Nangis nangis masa aku ambik gambar ni.

 

Selepas diselamatkan. Ibu gelakkan sambil ambik gambar. Hahaha..

 

Aisy Thaqif tak berapa sihat. Pukul 4 pagi tadi panas badannya. Perut pun agak kembung. Aku urut urut sikit perut. Dia menyusu je. Tak larat agaknya. Pagi tadi sebelum keluar, dia berak. Aku mandikan, nampak da okay sikit. Tapi still panas sikit badannya. Bahana kutip benda tak tentu hala masuk dalam mulut. Adehh.. Sekarang hari hari kena lap lantai sebab dia sibuk menjelajah satu rumah kan.. Hmmm..

 

Semoga cepat sembuh.

 

Daa

15 comments:

Mimie berkata... [Reply]

Aisy memg lasak ye pnjat sne pnjat sni

Acik Erna berkata... [Reply]

semoga cepat sembuh aisy comel

Unknown berkata... [Reply]

hihi..pasni ibu dia tak senang duduk..asyik kena mop lantai..haha..

sian aisy..nak demam ke? mga cepat sembuh yer..

Munn Jaafar berkata... [Reply]

ala siannn..aisy dmm ek..ahai mmg makin byk akal kan kak.. huhu

eija_sweetmama berkata... [Reply]

moga Aisy thaqif cepat sembuh..musim demam ni kan, anak sy pun br baik dr demam..

Kakzakie Purvit berkata... [Reply]

Cute aje tengok dia memanjat Rai. Bontot dia tu buat kakak gelihati.. Dah makin bulat dah sekarang. Otak pun makin ligat cari jln nak memanjat:)

Cik Rose berkata... [Reply]

alahai siannya dia. nangis-nagis, ibu boleh pulak ambil gambar. hihi

aizamia3 berkata... [Reply]

kehkehkeh.. comel je bile tengok aksi dia berjaya sekerat jalan.. pastu nangis.. patutnya amik sekali video.. ;)

moga Aisy Thaqif cepat sembuh hendakNYA..

faraherda.razalan berkata... [Reply]

Heheheh...comel betul la dak Aisy ni. Geram je tgk. Nanges2 pun, comel lagi upenye. Hehehehehe....

Demam nak beralih bulan ni Rai. Hehehehe...moga lekas kebah ya?

Cho Zila berkata... [Reply]

panjat jangan tak panjatkan.. budak2 gituler kekdahnyer..
harap dah oklertu.. jangan sakit lama2...

Qashmere berkata... [Reply]

uish ligat dah memanjang sana sini. Heheheh

nita berkata... [Reply]

Alaaa... comey jer dia, kesiannya takleh nak turun..apalah ibu ni gelakkan Aisy Thagif..
moga cepat sembuh ye, abang Asyraf pun demam juga hari ni..

HeNRieTTa JoSe berkata... [Reply]

Moga bdk comei cpat sembuh...nk pnjat pown dik...cr yg rendah dlu...tinggi sgt tu...kan dh tergantung...

LYAfrina berkata... [Reply]

hehe.. budak sdg mbesar,,smngat nk mencuba semua termasuklah ketinggian..

get well soon ye aisy thaqif

Unknown berkata... [Reply]

Haaaa kan dah stuck disitu, lebih parah bila ibu gelakkan dia hihihihihi
Alolololo cian Aisy Thaqif ni. Semoga cepat sembuh

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com