Rabu

Kelebihan kad kredit Citibank Reward Platinum dan Business Platinum

Assalamualaikum

Dalam rumahtangga, wajib ada salah sorang yang jenis "genggam tak tiris". Maksudnya kalau pegang duit susah nak lepas. Ya. Dalam bahasa pasarnya kita panggil mereka ni kedekut. Hehehe..

Dalam family aku, aku la yang kedekut dan berkira tu. Aku memang monitor perjalanan duit keluar dan masuk. Even transaksi kad kredit shujin pun aku monitor. Just monitor la. Bukan aku control. Just nak make sure dia tak pergi clubbing tanpa pengetahuan aku :P

Nak pi clubbing kena ajak bini okeh.

Dah dah. Melalut. Okay. Actually, kebetulan je aku dapat offer dari Citibank untuk apply kad kredit ni. Shujin da pegang Visa dan AMEX dari Maybank. Memang almost takde outstanding. Aku akan make sure payment clear dalam interest FREE period.

So, bukan aku nak menambah hutang dengan Citibank ni. Tapi offer nya adalah sangat tempting tau.

Citibank Reward Platinum VISA
Annual Fee : FREE for life, tapi reward kategori tu kena bayar RM100 bagi setiap kategori. Kenapa nak ambik reward kategori? Sebab kalau shopping kat tempat yang subscribe tu boleh dapat 5x point setiap RM1 yang kita spent.
Promosi : Kalau spend RM500 dalam masa 60 hari lepas kad tu approved, boleh dapat FREE point 20,000 point. Ohsem!
Plan aku : Kad ni aku nak keep untuk shopping barang dapur je. This year aku dapat subscribe 2 kategori secara percuma. Next year aku nak subscribe satu kategori je. Nak guna untuk beli barang dapur je. 


Citibank Business Platinum VISA
Masalah ngan bank kan.. Bila kita apply kad kredit, dia mesti nak bagi banyak banyak kad dengan satu kredit limit. Bengong kan. So aku terpaksa ambik kad ni..
Annual Fee : RM200 per annum
Promosi : Tapi sebab promosinya best, so aku keep dulu kad ni.. Antaranya.. 3x swipe dalam masa 60 hari dapat hard case trolley bag, dapat AEON voucher RM50, dan kalau spend RM500 dalam masa 90 hari lepas approve dapat rebate RM200. Tapi, wajib keep kad ni at least 3 bulan lepas habis tempoh promosi.
Plan aku : Aku dah hampir clear kan syarat nak dapatkan promosi rebate RM200 tu. Caranya? Aku kan meniaga. Semua barang niaga tu aku beli guna kad. Hehehe. Gigih jual set bersalin dengan vitamin bulan ni. Hahaha.. Tapi lepas cukup spending untuk promosi tu, aku clearkan semua outstanding amount dan biarkan kad tu tak guna. Cukup 6 bulan aku potong.

So total benefit aku dapat dari dua kad ni, 20,000 point, AEON voucher RM50, rebate RM200 dan trolley bag.

Pada aku tak guna aku keep dua kad ni sebab aku bukan selalu nak travel ke apa. Aku just nak guna untuk shopping groceries je. 

Nak lebih info pasal kad citi platinum reward klik sini. Untuk kad Citi Business Platinum Card klik sini.

Zaman sekarang berjimat je tak guna. Kena berbelanja secara bijak jugak. 

Daa

13 comments:

Ujie Othman berkata... [Reply]

Saya mmg pening kalau baca twrn gini..sbb nak calculate. Tapi suami mmg calculate betul2..mcm rai..aritu sibuk swipe 3x nak dptkn rebet menda ntah.

Skrg ni bank beri mcm2 twrn utk kita amik cc dia. Tak pakai pun xpelah..katanya. Annual fee waive.

nita berkata... [Reply]

betul2.. kita berbelanja dengan bijak..

buat masa sekarang saya ada 1 card credit, gunapun untuk bayar utility bills.. malas nak beratur.. :P

Irfa berkata... [Reply]

KO DAH LAYAK JADI PROMOTER KAT KREDIT NIH.HIHI

asyifamustaffa berkata... [Reply]

x ada cc ni...asben je ada...tu pun 1 bank je...x nak 2 3 katanya...pening kang nak bayar...masa geseknya mmg best jerrrrrr....hehe...

BERT berkata... [Reply]

pningg jgk nk phm haha sbb x pki kad krdit... hihi

Unknown berkata... [Reply]

haha..aku pening baca tawaran tu..
biasanya en hubby yang baca dan fahamkan..aku? malas nak pikir..haha..

dia baca dan analyzed..aku yang buat keputusan..boleh gitu?

azian berkata... [Reply]

rai...
both of us takdak kad kredit....
tu yg susah kl nak beli tiket flight atau booking online...dulu ade....nk cari laa satu tp ni mcm ok gak ek...

aizamia3 berkata... [Reply]

kuasa memilih di tangan kita.. ;)

Kakzakie Purvit berkata... [Reply]

Bijak Rai!! Kakak guna satu kad aje. Guna bila shopping tak dgn abang kalau dgn abang guna dia punya - senang.

Kalau ikut bank selalu call nak suruh kita apply itu-ini tapi malas dah nak layan bukan gaji ribu-riban...

Dr K berkata... [Reply]

Absolutely,kena bijak, waima bila guna kad kredit. Kita pulun gunakan all the offers/collect point..

Dan yg paling penting, make sure patuh syariah punya CC tau...ie Islamic...sebab even kita bayar on time ( tak kena interest) guna conventional card, itu tetap tak sah/dosa...ni yg saya faham..:)

Mimie berkata... [Reply]

Sy dr dulu memg xkn mik kad kredit walaupun dh byk.kali di offer

Mimie berkata... [Reply]

Sy xkn guna kad kredit walaupun di offer byk kali

duniaanita74.blogspot.com berkata... [Reply]

kak ita tak pandai sangat kad kredit ne....so beli cash aje..bila ada duit baru beli...he..he..

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com