Selasa

Resepi Apple crumble pie paling sedap

Assalamualaikum

Aku memang peminat apple crumble pie. Cuma ada sikit malas nak membuatnya tu. Walhal bukan susah sangat pun.

Apple crumble pie ni aku buat kononnya sempena hari bapa, hari Ahad yang lepas. Memang terbaik! Mudah je pulak tu. Meh tengok resepinya

Resepi Apple crumble pie (Masa menyediakan 40minit (tak termasuk waiting time bahan kulit), masa memasak sejam)
Bahan bahan kulit
1 1/4 cawan tepung gandum
1 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
6 sudu besar butter/marjerin (aku guna butter)
4-6 sudu besar air sejuk
Campurkan semua hingga sebati. Sejukkan dalam peti sejuk selama 30minit hingga sejam
Nota : Aku rasa hasilnya macam sikit sangat. Nak selamat baik buat double sukatan ni

Bahan inti
6 biji apple granny smith (aku buat 2 biji apple fuji, 1 biji apple granny smith hijau)
1 1/2 sudu besar tepung
1/2 sudu kecil serbuk kayu manis
1/4 sudu kecil mixed spice
1/4 sudu kecil garam
1/2 cawan gula perang
Sikit tepung jagung
Gaul semua. Letak tepi

Bahan crumble topping
2/3 cawan tepung
1/2 cawan rolled oat (aku rasa letak lebih pun sedap)
1/2 cawan gula perang
1/2 sudu kecil garam
3 sudu besar butter
Campur semua kecuali rolled oat. Gaul dan gentel sampai teksturnya jadi macam serbuk roti. Baru masuk rolled oat.

Cara buatnya
Keluarkan doh kulit dan lenyek dengan rolling pin sampai agak agak setengah inci tebal (aku main agak je) lepas tu letak pada pan pie (aku tak guna pun pan pie sebab tak ada..hehe) Kemudian, masukkan bahan inti apple tu. Kalau ada air kat bawah mangkuk tu jangan pulak masukkan. Da masuk semua letak pulak crumble kat atasnya. Masuk dalam oven yang dah dipanaskan pada suhu 220 darjah celcius selama 20 minit. Lepas tu turunkan suhu ke 180 darjah selama 30-40 minit bergantung pada oven. Aku bubuh je 40 minit.

Enak dimakan begitu saja atau dengan ais krim vanilla (?) Aqil suka gila dan request lagi. Apple dah habis. Nanti la weekend pegi cari lagi.

Daa

11 comments:

Irfa berkata... [Reply]

emm tak rajin mana aku ni ;)

faraherda.razalan berkata... [Reply]

Peh! Sedap ni. Tp kat umah tu, sy jelah yg makan. Nizam? Sekali tu jelah. Aydin? Mmmm...tak boleh hrp nak mkn mende2 ni.

emarieys berkata... [Reply]

boleh lah try nanti...tgk kerajinan..hehehe

Deq's Qienz berkata... [Reply]

ermmnmpk best..tp xbrapa rajin la nk buat..hehee

Tanpa Nama berkata... [Reply]

tq share resepi ye rai !

aizamia3 berkata... [Reply]

psstt: nanti time kami datang, buatkanlah untuk kami ek.. hehehe.. ;)

LiYa HaNiF :: berkata... [Reply]

rajinnya .... nak jugak..bila nk buatkan tuk kami lak ni hikhik

Munn Jaafar berkata... [Reply]

terasa mcm nak jd anak akak plak..hahahaha

Unknown berkata... [Reply]

err..tunggu cheq artz belikan oven dulu la..haha..

HeNRieTTa JoSe berkata... [Reply]

yummy....tapi rietta xde larr rajin nar ke dapur...tunggu bulan puasa jerr rajinnye...ekekeke...

MulutPayau berkata... [Reply]

kalau rajin, boleh jugak buat nanti...

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com