Memaparkan catatan dengan label Dessert. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Dessert. Papar semua catatan

Selasa

Resepi Apple crumble pie paling sedap

Assalamualaikum

Aku memang peminat apple crumble pie. Cuma ada sikit malas nak membuatnya tu. Walhal bukan susah sangat pun.

Apple crumble pie ni aku buat kononnya sempena hari bapa, hari Ahad yang lepas. Memang terbaik! Mudah je pulak tu. Meh tengok resepinya

Resepi Apple crumble pie (Masa menyediakan 40minit (tak termasuk waiting time bahan kulit), masa memasak sejam)
Bahan bahan kulit
1 1/4 cawan tepung gandum
1 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
6 sudu besar butter/marjerin (aku guna butter)
4-6 sudu besar air sejuk
Campurkan semua hingga sebati. Sejukkan dalam peti sejuk selama 30minit hingga sejam
Nota : Aku rasa hasilnya macam sikit sangat. Nak selamat baik buat double sukatan ni

Bahan inti
6 biji apple granny smith (aku buat 2 biji apple fuji, 1 biji apple granny smith hijau)
1 1/2 sudu besar tepung
1/2 sudu kecil serbuk kayu manis
1/4 sudu kecil mixed spice
1/4 sudu kecil garam
1/2 cawan gula perang
Sikit tepung jagung
Gaul semua. Letak tepi

Bahan crumble topping
2/3 cawan tepung
1/2 cawan rolled oat (aku rasa letak lebih pun sedap)
1/2 cawan gula perang
1/2 sudu kecil garam
3 sudu besar butter
Campur semua kecuali rolled oat. Gaul dan gentel sampai teksturnya jadi macam serbuk roti. Baru masuk rolled oat.

Cara buatnya
Keluarkan doh kulit dan lenyek dengan rolling pin sampai agak agak setengah inci tebal (aku main agak je) lepas tu letak pada pan pie (aku tak guna pun pan pie sebab tak ada..hehe) Kemudian, masukkan bahan inti apple tu. Kalau ada air kat bawah mangkuk tu jangan pulak masukkan. Da masuk semua letak pulak crumble kat atasnya. Masuk dalam oven yang dah dipanaskan pada suhu 220 darjah celcius selama 20 minit. Lepas tu turunkan suhu ke 180 darjah selama 30-40 minit bergantung pada oven. Aku bubuh je 40 minit.

Enak dimakan begitu saja atau dengan ais krim vanilla (?) Aqil suka gila dan request lagi. Apple dah habis. Nanti la weekend pegi cari lagi.

Daa

Jumaat

Resepi scone yang mudah tapi sedap terlampau

Assalamualaikum

Aku dah lama terliur dengan scone cik ina yang menggoda gila tu. Tapi barang tak cukup. Aqil pulak merengek nak kek nak kek. Memandangkan aku malas dah nak buat kek sebab buat pun sudahnya shujin dengan aku yang tolong perabih. Budak-budak tu makan sikit lepas tu berterabur je lebih. Nyampah aku nak kemas. Mak dia dah la pemalas.

So, oleh kerana nak buat scone macam cik ina tu tak cukup barang aku pun search la resepi yang ringkas-ringkas je. Ni yang paling simple yang aku jumpa. Tapi hasilnya memang menggalakkan. Aku buat satu adunan. Dapat satu tray sebab aku terap kecik-kecik. Biar senang anak-anak nak makan.

Shujin rajin susun-susun scone dalam pinggan.
Okeh. resepinya ambik kat SINI

Bahan-bahan A
2 cawan all purpose flour
1/4 cawan gula (aku tersalah tengok resepi..aku letak setengah cawan..manis gila..)
1 sudu kecil baking powder
sedikit garam
1/3 cawan butter sejuk(aku guna unsalted)

Bahan B
1/2 cawan susu/cream (aku guna susu dutch lady full cream)
1 biji telur
** dipukul sedikit

Kekdahnya
Gaul rata tepung, gula, garam, baking powder. Kemudian gentel butter ke dalam tepung sampai jadi macam serbuk roti. Masukkan bahan B sedikit demi sedikit. Gaul je jangan uli. Sampai jadi doh. Jangan melekit sangat. Lepas tu canai setebal 1inci dan terap ikut bentuk yang disukai. Sapu baki susu dan telur atas scone tu. Bakar dengan suhu 190 darjah celcius selama 40 minit. Dah siap boleh makan dengan jem.

Kalau nak tengok resepi yang cik ina buat tengok resepi scone cameron highland dia..kehkehkeh..

Aku rasa scone aku tak berapa menjadik dari segi rupanya sebab aku pegi uli adunan tu. Bila tengok balik resepi cik ina baru aku perasan. Tapi shujin dengan anak-anak puji. 2-3 kali puji sedap. Kembang idong mak dia. Lain kali boleh buat lagi.


Nota kaki : Sampai lambat pagi ni sebab kereta habis bateri. Haih!!

Daa

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com