Assalamualaikum
Alhamdulillah. Selesai sudah majlis menyambut menantu di Kelantan, hari Sabtu lepas. Bukan menantu aku tapi mak mertua. Shujin especially kepenatan membantu persiapan dan mengemas selepas majlis. Lepas tu drive balik ke Shah Alam pulak. Hari ni kena jadi pengasuh budak bertiga pulak tu sebab pengasuh aka makcik shujin masih di Kampung. Petang ni baru balik dengan kakak ipar.
Aku? Susah dah nak cuti sebab banyak sangat cuti dah sepanjang bulan May lalu. Huhu.
Apa pun.. Meh layan gambar juadah.. Suasana majlis tak sempat nak dirakam sebab tak pegang henset langsung.
Khemahnya guna satu je. Kemudian nanti aku ceritakan sebabnya
Ini satu set lagi.. kat porch mak mertua. Buat dua tempat supaya mudah dan tak trafik jem bagi yang nak ambik lauk. Shujin tengah susun juadah
Ayam goreng rempah terbaik
Gulai umbut kelapa.. (Daddy Ziyyad jangan risau sebab umbut kelapa tak berbau macam rebung)..Cuma tangan bau daging sebab guna daging baru..
Tak silap aku namanya teresek. Dibuat dari kerisik, jantung pisang yang diracik dan jugak ayam. Mabeles!
Acar pisang gala.. Mak aku kata pisang kapas. Tak pasti jenis yang sama ke tidak. Tapi sedap. Krup krup rangup. Aku suka ratah bawang merah tu. Haha.
Acar telur masin. Laku sungguh
Patutnya acar timun. Tapi sebab makcik tukang masak tu terlebih masuk gula, dan tak rasa masam sangat. Diorang adjust jadi jelatah. Tapi aku still tak suka sebab manis.
Sambal ni super pedas dan best gila..haha..
Bubur kacang kakak ipar.. Antara yang terawal sold out
Tembikai sebagai pencuci mulut.
Banyak juga juadahnya. Hampir semuanya kecuali acar pisang dan telur dimasak pada pagi kejadian. Nasib baik adik shujin ada sorang je. Kalau ramai ramai lagi pengsan aku tiap kali kenduri. Hahaha..
Actually kenapa khemahnya satu je adalah sebab culture kat Kelantan ni lain sikit. Diorang takde peak hours. Kalau tengok dalam satu satu masa tu memang tak ramai sangat orang sampai tak cukup meja, tapi ada orang. Sampai lebih pukul 6 pun still ada yang datang. Maybe sebab tu lah orang tak prefer guna catering kat sana .
Kebulor tengok balik gambar gambar makanan ni. Hahaha..
Still.. Aku jeles tengok gambar blogger gathering kat Bangi pada tarikh yang sama. Uwaaa..
Daa
16 comments:
Terisek? Macam sedappp jer Rai... Acar telur masin? Konpem sedap kan.. Aduhai...kecur dah nie.
mcm pelik je bentuk acar pisang tuh hihihi... dulu kawen biras shima pun gitu.. 2khemah aje. Mcm kenduri tahlil je tak mcm kenduri kawen hihihi.. biras dok kelate gok... kat bachok
mmg lain juadahnya..teresek, acar pisang, telur masin tu mmg tak penah jumpalah.
Kalau kat Perlis pun sama sampai petang masih ada tetamu, kadang2 malam pun masih ada yg datang.
juadah buat tetamu sememang istimewa...sedapnya
meriahhh laaa..alhamdulillah smuanya selesai kan,,lega rasa :)
HAHA..KENDURI DI SANA 10PG SMPAI 10 MALAM YE..KALAU 10 MALAM DTG,MASIH DITERIMA..JAMU JE NASI NGAN TELOR MATA ;)
AKU X PENAH TGK ACAR PISANG TU
IGT TELUR IKAN TADI
SAMBAL KENDURI WAJIB MAK AKU SIMPAN SBB KEGEMARAN AKU DAN ADIK2.MAKAN NGAN KARI PERGHHHHHHHHH MMG NGAM
serius aku jakun tgk menu2 ko ni nok...teringin aku nak try semua ni...tapi umbut kelapa tu mmg feveret aku lah...
acar pisang gala? wow!! mcm mana rasa dia?
pisang gala my favvv! alaaa...rugi tak pegi...ekekee... biasa la rai..kenduri di kelate kadang membawak ke mlm tau!
Yg jelas kalau tempat kita memang tak jumpalah teresek dan pisang gala itu Rai. Untung juga menikah org sana dapat merasa. Kakak tak pernah jumpa lagi...
yummy...byknye makanan yang rietta xpernah taw dan xpernah makan...acar telur asin? terliur la plak...hehehe...
pss....rietta pown masih dalam proses belajar lagi...tpi rietta mnat dalam kraf kraf nie...
pergh.. semua ada? masakan kg plak tu.. lama x rasa, acar tu.
acar pisang tu mmg x pnh jumpa....sedap je menu2 kampung ni
yela kat sana anytime boleh datang..kekadang tengok macam bukan kenduri je hehe
menu2 yg sedap2 belaka... :P
acar pisang..tak pernah rasa lagi...mesti sedapkann...
Catat Ulasan