Khamis

Resepi kimchi

Assalamualaikum

Resepi Kimchi
Bahan 
Napa cabbage - sapu ngan garam kat seluruh batang ngan daunnya. Letak dlm mangkuk. Tindih ngan benda berat. Aku letak tutup periuk. Atasnya letak lesung batu. Biar 4 jam. Nanti keluar air semua. Lepas 4 jam tu. Buang airnya. Kobis tu bilas 3 kali. Perah macam perah kain basah. 
Bahan tambahan - lobak putih potong2 size batang mancis, daun bawang potong2 panjang seinci dua. Kalau nak letak carrot pun ok. Potong size btg mancis gak

Buat paste (sementara tunggu 4jam tu)
Potong2 & rebus cili kering sampai masak. Blender ngan sikit air.
Blender sebijik bwg besar holland yg kuning tu, sebiji pear korea buang kulit (kulit coklat) dgn sebiji apple merah buang kulit
bawang putih ditumbuk 3 sb
halia ditumbuk 1sb
Sos ikan ( tak kisah cap apa)
Agak agak sesudu dua.

Cili kering tu kalau nak pedas letak lebih. Tapi nanti da jadi takde la pedas sgt pun.

Campur semua bahan utk paste. Lepas tu sapu pada setiap permukaan kobis. Campur bahan tambahan sekali. Biar semua bercampur rata dlm paste. Masuk dlm bekas kedap udara. The best pakai bekas kaca. Simpan dlm tempat gelap 24 jam. Lepas tu da boleh makan. Masuk dlm peti sejuk. Kalau suka lagi masam, biar kat luar lama sikit.

Slamat mencuba.

Resepi kimchi yang lebih sedap

Gambar kemudian ya.

Daa

5 comments:

PCL berkata... [Reply]

tak pernah cuba kimchi, agaknya mamaD belum terbuka hati nak cuba masak...selalu dgr orang dok bercakap jer...

Irfa berkata... [Reply]

penggemar drama korea harusla tgk diorang makan kimchi ni..mcm sedap sgt je ;)

maszull berkata... [Reply]

assalamualaikum L...macam teringin juga nak mencuba ni...:)

Inlove-wanda.blogspot.com berkata... [Reply]

hai assalamualaikum , akak terima tempah ke ? sbb sy tgok ada kak ni update akak buat kimchi ni .

Unknown berkata... [Reply]

@Inlove -wanda, waalaikumsalam..saya terima tempahan kimchi.. tapi stock limited..satu batch buat dalam belas2 je.. kalau nak, weekend ni saya ada buat. boleh pre-order. so saya boleh asingkan untuk awak terus. boleh email pada kesoma.rai@gmail.com untuk buat tempahan..

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com