Khamis

Resepi kimchi

Assalamualaikum

Resepi Kimchi
Bahan 
Napa cabbage - sapu ngan garam kat seluruh batang ngan daunnya. Letak dlm mangkuk. Tindih ngan benda berat. Aku letak tutup periuk. Atasnya letak lesung batu. Biar 4 jam. Nanti keluar air semua. Lepas 4 jam tu. Buang airnya. Kobis tu bilas 3 kali. Perah macam perah kain basah. 
Bahan tambahan - lobak putih potong2 size batang mancis, daun bawang potong2 panjang seinci dua. Kalau nak letak carrot pun ok. Potong size btg mancis gak

Buat paste (sementara tunggu 4jam tu)
Potong2 & rebus cili kering sampai masak. Blender ngan sikit air.
Blender sebijik bwg besar holland yg kuning tu, sebiji pear korea buang kulit (kulit coklat) dgn sebiji apple merah buang kulit
bawang putih ditumbuk 3 sb
halia ditumbuk 1sb
Sos ikan ( tak kisah cap apa)
Agak agak sesudu dua.

Cili kering tu kalau nak pedas letak lebih. Tapi nanti da jadi takde la pedas sgt pun.

Campur semua bahan utk paste. Lepas tu sapu pada setiap permukaan kobis. Campur bahan tambahan sekali. Biar semua bercampur rata dlm paste. Masuk dlm bekas kedap udara. The best pakai bekas kaca. Simpan dlm tempat gelap 24 jam. Lepas tu da boleh makan. Masuk dlm peti sejuk. Kalau suka lagi masam, biar kat luar lama sikit.

Slamat mencuba.

Resepi kimchi yang lebih sedap

Gambar kemudian ya.

Daa

5 ulasan:

  1. tak pernah cuba kimchi, agaknya mamaD belum terbuka hati nak cuba masak...selalu dgr orang dok bercakap jer...

    BalasPadam
  2. penggemar drama korea harusla tgk diorang makan kimchi ni..mcm sedap sgt je ;)

    BalasPadam
  3. assalamualaikum L...macam teringin juga nak mencuba ni...:)

    BalasPadam
  4. hai assalamualaikum , akak terima tempah ke ? sbb sy tgok ada kak ni update akak buat kimchi ni .

    BalasPadam
  5. @Inlove -wanda, waalaikumsalam..saya terima tempahan kimchi.. tapi stock limited..satu batch buat dalam belas2 je.. kalau nak, weekend ni saya ada buat. boleh pre-order. so saya boleh asingkan untuk awak terus. boleh email pada kesoma.rai@gmail.com untuk buat tempahan..

    BalasPadam

Dah baca sila komen, kalau suka tolong share. Terima kasih daun keladi ^_^