Isnin

Teh hijau untuk mengempiskan perut

Assalamualaikum

Jom minum teh.
Teh hijau organic
Best sebab tak kelat.. Tak payah tambah gula untuk kebaikan paling optimum
Teh hijau organic ni memula aku belikan kat akak aku. Mula mula dia beli dua kotak. Lepas tu dia order 5 kotak. Da habis 5 kotak dia buat bisnes terus kat bebudak opis dia. Hahahaha. Katanya sangat lawas. Bebudak ofis dia pun, dia promote bagi cuba satu uncang pun ramai yang terus order. Kemain lagi akak aku bisnes lawan tokey. Lepas 7 kotak (lebih kurang 7 bulan) dia minum ni, shujin kata akak aku nampak makin slim dan jeragat makin kurang. Yang bagusnya akak aku ni rajin bab-bab ni. Setiap hari kat opis, dia guna satu uncang untuk minum sepanjang hari. Aku minum jugak. Tapi aku ni takde la istiqamah sangat. Perasan kononnya perut da cukup kempis :P

Teh hijau memang terkenal sebagai minuman yang kaya dengan khasiat. Sebagai anti oksidan semulajadi yang kuat. Ada kajian yang mengatakan bahawa ianya membantu mengurangkan risiko kanser. Walau pun mungkin tak ramai suka minum teh hijau ni sebab rasanya yang agak kelat dan tak dicampur gula, sebenarnya teh hijau juga membantu dalam menguruskan berat badan. Tengok perubahan kat akak aku, aku rasa convince sikit kot. Tapi, teh hijau ada jugak kafein. So bagi yang sensitive dengan kafein kena la hati-hati sebab teh hijau mengandungi kafein jugak.

Bagi yang kurang lawas atau nak turunkan kadar kolesterol dan kempiskan perut. Mungkin boleh cuba. Just gunakan satu uncang teh, refill air berkali kali.

Jangan lupa baca tentang Kebaikan teh hijau

Rasanya dalam pantang nanti kena istiqamah minum nak bagi elak sembelit..Hihihi..



Daaa

13 comments:

Nieda Ramly berkata... [Reply]

teh cina atau teh vietnam boleh ?
sama tapi tak serupa ?

Unknown berkata... [Reply]

nieda,
tak serupa. teh hijau ni prosesnya lain dari teh cina atau vietnam. sebab teh hijau ni adalah daun teh yg tak melalui proses penapaian. sbb tu warnanya hijau.

Ujie Othman berkata... [Reply]

Pernah dgr..tapi tak penah try.
Baca citer rai ni rasa semangat lak nk try..dah mula roi..

anumuchan berkata... [Reply]

saya suka jgk teh hijau ni.huhu..time preggy boleh je minum ehh..sbb hb sy rendah aritu bca minum teh boleh menghalang penyerapan iron.tah laa..hahaa..tgh kurangkan minum teh..

Irfa berkata... [Reply]

aku tahu kebaikkannya tp tak boleh nak telan.huhu

Cikgu Ma berkata... [Reply]

saya ni jenis kena telan2 ni memang susah sket...tak tau la kalo tua2 besok, sakit2 nak telan ubat yg mcm2....haish...

Unknown berkata... [Reply]

pernah try tapi den tak suka...huhu

Kakcik Seroja berkata... [Reply]

Dah lama kakcik berhenti mium teh hijau. Kena mula balik ni... :)

HeNRieTTa JoSe berkata... [Reply]

Dlu mnum...abiskan stok adik...dia bli, tp xde org nk mnum...rietta cmpur gula btu....

Cho Zila berkata... [Reply]

dulu pernah minum mmg rasa tak sedap tu yang kuran nak minum... mungkin kena minum balikni... jualker???

Deq's Qienz berkata... [Reply]

xsdap la..smoy skg ada kt umah bli masa 2008 kat CH dulu.

Tanpa Nama berkata... [Reply]

mmg suka sgt teh hijau ni

faraherda.razalan berkata... [Reply]

Dulu sy mmg amalkan minum green tea. Tapi lelama, tak ley go on lagi. Sejak minum teh hijau, perut sy kembung. Senak. Nak muntah. Pedih ulu hati. Mmg teruk gak keadaan sy ms tu. Then, sy stop. Terus angin ansur2 hilang. Walhal, green tea adalah fav! Minum suam2. Wahhh!

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com