Assalamualaikum
Aku ni sebenarnya teramat jarang pergi beli barang masa SALES atau orang panggil jualan murah. Sebab macam yang diorang kata jualan murah tu aku tengok takde la murah sangat. Tulis harga tinggi sikit, lepas tu buat cengkonon ada potongan harga.
So biasanya kalau baju baju ni aku biasanya beli bila rasa nak beli. Tak tunggu jualan murah ke apa. Kalau nak yang murah, beli je baju takde jenama yang memang aku da tau harganya murah.
Tapi tetiba hari tu, Munna share pasal baby Kiko punya warehouse sales. Kebetulannya bermula Khamis (semalam) dan aku masih cuti. Kat Puchong pulak tu (kira dekat la ngan rumah). Setelah meneliti komen dari mereka yang dah pernah pergi, aku pun pakat pujuk shujin. Dengan alasan "nak cari baju baby"
Oklah kata shujin. Walau pun duk risau kat bini yang dah terboyak boyak bawak perut. Sabo je la kan.
Sales start pukul 10 ke pukul 5 petang. Pukul 10 aku gerak dari rumah. Kalau ikut jiwa aku, memang aku memberontak sambil hentak hentak kaki nak sampai sana sebelum pukul 10. Kehkehkeh. Semangattt.. First time la katakan :P
Sampai sana, aku tengok penuh gak la kereta kat tepi jalan tu. Kena jalan jauh sikit nak parking. Yang risaunya, tengok 3-4-5 orang masuk. Yang keluarnya baru sorang. Ohh.. Awal-awal aku cakap kat shujin. "Ni kalau ramai sangat orang kita balik je la"
Diorang buat kat kantin. Oloss.. Kecik je tempatnya. Penuh da manusia dalam tu. Tapi takde la sesak sampai tak boleh gerak. Ramai yang duk robek robek baju yang dilambak tu. Ada yang dah bersila kat luar, pilih semula baju yang dirembat dari dalam.
Ada barang baby. Botol susu, selimut flannel (RM10), beg isi barang baby (RM20), toys, bantal, sabun mandi (RM9), baby wipes (RM5). Baju baby dan toddler sampai umur 3-4 tahun gitu.
Further discount masa nak bayar |
Model anak anak KIKO (dan dan la :P) |
Dasar blogger kan |
Overall, baju baby newborn takde la banyak mana. Banyak baju baby yang agak besar. So tak mencapai matlamat sangat la sebab yang banyaknya beli baju Aqil ngan Damia. Hehehe. Tapi puas hati la. Sebab baju yang diorang lambak tu semua nampak baru dan cantik. Seluar baju kain denim yang tebal tu baru dalam RM18 ke RM20. Kalau baju casual tshirt ke seluar tu serendah RM8. Shujin yang banyak pilih. Aku pilih selai dua je. Masa aku beratur tu sempat lagi shujin capai beberapa helai. Tapi masa dia beratur tu dia insaf sikit, dia belek belek dan keluarkan yang mana dia rasa tak perlu. (Orang yang beratur belakang dia kutip)
Dialog paling aku tak tahan dengar adalah, couple belakang shujin tu tengah expecting baby boy. Tapi teruja bila nampak baju girl. So, diorang kata. Ambik la. Simpan bila dapat baby girl. Hellooo.. Yang baby boy dalam perut tu pun belum keluar. Takyah la membazir gitu.
Macam macam kan.
Apa pun, overall aku puas hati dengan hasil tangkapan kami. Total damage RM193 setelah ditolak dengan further discount RM40++.
3 helai baju & 5 helai seluar Aqil Mubarak,
3 set barebacks, 2 helai baju & 2 helai seluar Atiqah Damia,
2 set baju, 1 topi & 1 blanket for the coming baby.
3 set barebacks, 2 helai baju & 2 helai seluar Atiqah Damia,
2 set baju, 1 topi & 1 blanket for the coming baby.
Daa
15 comments:
semalam pi gaks...mmg rse berbaloi sgt sbb dpt cari bju basahan dini & aqeef...rse esok nak pi lagi hehehehe
Kalau nampak baju girl mmg geram..comel2! Tapi kenala rasional gak kan..:)
KC lagi la .. da lama tak beli barang baby. Hihihi.
hmm jauh.. takpat pegi huhu
KIKO ni harga di shopping mall memang tak mengalah. Terkejut jugak kalo denim products berharga RM18 je. Memang jatuh betul price nye kak. Tak rugi beli!
kat mana nih? err sampai bila? murah gak harga dia
dah habis ke sale dia..
yan,
entah entah kita berlaga bahu..kikiki..tak larat la nak pi lagi..
ujie,
ye la..bebudak cepat besar. beli banyak dapat pakai sekali sekala je buat apa..membazir pulak..
KC,
hihihi..teringin ke..?
Bert,
takpa..len kali diorang buat dekat2 boleh la pi..
akmar,
aha..tu la pasal kan..so mmg rasa murah la semalam..lg pun seluar tebal gitu yg takde brand pun da rm30-40 skang ni..
huszaini,
puchong.. sampai ahad nanti 13hb.. cepat cepat..baju girl comel..tapi tak sure la ada size ke tidak utk si kembar. utk boy tu pun bawah 4 tahun rasanya..
kak ema,
baru start semalam.sampai ahad nanti..
pembelian yang berbaloi kan...;)
hahaa..baju gegurl memang cantek2 kan....skang dah insaf gak aku..kalau x,asek terbeli baju danisha je..insaf bile tgk die x terpakai sume baju tu hehe
sakan memborong ye..mmg dh murah sangat dah tu...
betul2 shopping nih
waa best2 shopping barang baby..sy x shopping lg.hee..btw omedetou..*lambat wish huhuuuu*
seronok shopping eh?!
layari http://cenderamatadarihati.blogspot.com
hamper barangan bayi pada harga berpatutan untuk diri sendiri & dihadiahkan kpd kenalan
maaf tumpang iklan
(alat senaman untuk kempiskan perut/ kurus pun ada..kembali kurus slps besalin nti)
Catat Ulasan