Assalamualaikum
Alhamdulillah. Dah masuk tahun 2013. Bermakna masuk tiga siri dah umur aku. Semoga dengan bertambah umur ni aku semakin matang dalam membuat sebarang tindakan dan keputusan. Dimurahkan rezeki tapi muka tetap nak maintain awal 20an. Boleh gitu?? Kehkehkeh..
Alhamdulillah jugak. Syukur sangat sebab urusan nak mencari tempat berlindung kami sekeluarga selepas diberi notis oleh tuan rumah berjalan dengan lancar. Ianya bukan sesuatu yang mudah sebab terlalu banyak perkara yang aku kena consider. Terutamanya dari segi kewangan dan keselesaan anak-anak. Namun, mungkin sebab berkat doa korang semua jugak, urusan tersebut berjalan dengan lancar. Kami akan mula menginap di sana dalam bulan dua.
Harapannya.. Semoga aku tak terberanak sebelum tarikh tu T_T
Tentang rumah pulak.. Shujin ada ambik gambar rumah tu. Tapi nantilah aku share. Jujurnya, ruangnya lebih kecik dari rumah aku sekarang, tapi harga sewanya lebih sikit sekali ganda dari yg aku bayar sekarang. So, banyak la barang yang aku kena pantau agar shujin tak bawak nanti. Tau je la kan, orang lelaki ni sayang barang. Lagi lagi koleksi komik dengan CD anime Jepun yang dia collect dari zaman bujang. Ligat kepala aku pk mana nak susun nanti memandangkan ruang makin kecik kan.
So, aku harap aku cukup "larat" nak menguruskan semua tu sebelum balik pantang kat Johor nanti.
Kalau tidak memang makan hati la aku tengok kotak kotak tu bertebaran tah kat mana mana kan. :P
Apa pun. Syukur sangat sangat sebab despite of semua difficulties ni, aku dapat melihat the other side of the coin. So actually aku takde la rasa down sangat. Cuma as a mother, I just wished that I could have a little bit more money to arrange a better home for the kids. Still, aku rasa ok la buat masa sekarang. Its not the perfect house, but its our home kan...
The adventure is just began. So hopefully, tahun 2013 akan jadi lebih baik dari 2012.
Insya allah.
Daa
17 comments:
kak,semoga dipermudahkan segalanya nnt..
kalau da dua kali ganda bukan lebih sikit namanya~~lebih banyak tu~he~~apapun semoga 2013 murah rezeki~~
moge akk dpt slesai smuanya b4 brsalin.. pndah umah baru la ni ye kak.. take care kak..
azni,
insya allah..aminn..
bujal,
sekali ganda..sala tulis..hahaha.. kalau dua kali lebih harga rumah skang ni maksudnya sekali ganda la kan.. tp mmg agak "sakit" la.. nampak gayanya kena usaha lebih tahun ni..!
bert,
gitu lah nampaknya bert.. kalau tak settle sebelum bersalin susah jugak..sbb notis tuan rumah tu sebulan je..taknak la menyusahkan dia nanti.rasanya dia dah ada buyer utk rumah yg kami sewa tu.
Semoga tahun ini akan lebih terang sinarannya buat kita semua... :)
alhamdulillah..cepat jugak selesainya bab umah tu ;)
takpe..buat mana larat dulu
jgn paksa diri
Tuan rumah tu tak tahu ke Rai sedang mengandung? Kakak sewakan rumah tak pernah bagi notis keluar sedangkan yg berhutang 3-4 bulan pun ada tau Rai. Ini dapat penyewa bagus tuan pula buat hal...
Moga segalanya berjalan lancar. Jaga kesihatan terutama masa angkut/kemas barang - ingat ada baby dlm tu..
akak pindah rumah kat mana pulak? Teringat pulak time sy memindah dlu..penatnye nk tcabut kaki pinggang semua (time awal preggy)..jgn la akak terbersalin plak kan..lagi la penat..
Sy ada baca entri sebelum ni. Teringat ms minggu lepas. Ayah sy nak ambil blk rumah yg dia sewakan pd org. Tp notis yg diberi adalah - SETAHUN!
Rai cari rumah sewa kat area mana? Area umah sy pun range RM1k-RM1.5k...huuuu!
kakcik,
insya allah..amin..
irfa,
terpaksa dicepatkan irfa..lagi lama lagi sakit kepala aku dibuatnya.. hahaha..
kakzakie,
dia tak tau..sbb masa dia datang aritu tak jumpa saya..shujin kata tak payah la bagitau.nanti kesian pulak sbb susahkan dia..tuan rumah saya tu ok je sebenarnya. cuma ye lah..kitorg pun harap dia boleh bagi notis awal sikit kalau dah nak jual..rasanya diorang rushing nak menjual sbb ada kemungkinan lepas pilihanraya nanti harga rumah akan turun..
munna,
pindah dalam area kota kemuning ni jugak.kitorang dah 4-5 tahun duk kat rumah skang ni..so tak dapat nak bayangkan seksanya nak mengemas nanti..hahaha..
fara,
saya ada dengar khabar angin kata, lepas pilihanraya harga rumah akan jatuh.so, ramai jugak yg tengah sibuk jual rumah skang ni.so maybe tuan rumah pun dengar berita tu, so dia agak "kalut" nak jual rumah tu sebelum valuenya jatuh..
Tak apalah...itulah namanya dugaan. Itu yang bestnya blogging...boleh share luahan hati dengan kawan2. Semoga semuanya dipermudahkan dan semoga kediaman baru memberi lebih kebahagiaan kepada Rai sefamily.
Mudah-mudahan tahun ini lebih baik..ibu bapa kena kuat semangat hadapi cabaran
mmg mencabar ni rai..dah nak bersalin, nak pindah rumah. Moga sume lancar dan mudah ya.
dugaan datang pelbagai Rai...
moga tabah dan kekal...
orang kata home sweet home, rumahku syurgaku.. asal pandai susun atur, umah yang kecil pun boleh nampak kemas dan luas kan kak? semoga dipermudahkan..
pindah rumah, penat tu. takpe rumah kecik pun kalo pandai susun atur, nampak kemas jugak. semoga dipermudahkan segalanya
semoga segala urusan ko dipermudahkan,amin...take care zai...
Catat Ulasan