Selasa

Hari ni mak, esok MIL, lusa kakak, baby?

Assalamualaikum

Selamat hari ulang tahun kelahiran yang ke 58 buat bonda kesayangan saya hari ni. Yang jauh di mata tapi selalu dekat dan dirindui selalui.

Aku tak pandai nak bermadah berhelah sangat. Tapi, aku syukur sangat sangat sebab dikurniakan seorang ibu yang sangat sangat penyayang. Jasanya mengandung, melahirkan, mendidik dan membesarkan aku takkan dapat aku balas walau dengan apa cara sekali pun. Aku doakan semoga ibu dikurniakan kesihatan yang baik dan sejahtera sentiasa. Boleh tengok cucu cicitnya membesar pulak.
Belajar melipat kain dengan wajah serius

Esok pulak hari ulang tahun kelahiran mak mertua kesayangan aku. Sungguh pun aku ni menantu. Tapi mak mertua aku sayang dan layan aku macam anak sendiri. Kadang-kadang lebih dari anak dia (shujin) sendiri. Mak mertua aku sebaya ngan mak aku. Birthday pun sebelah menyebelah. Actually aku rasa mak dengan ma, ada banyak persamaan. Hehehe.

Dedua pun aku sayang.

Lusa, 31hb January pulak birthday kakak aku yang no 2. Aku panggil angah. Happy birthday angah. Semoga bisnes angah success. Akak aku yang paling ayu tapi paling garang dan paling pandai mengemas :D

Suka kalau angah ada kat rumah sebab dia rajin mengemas. Tapi takut gak. Sebab nanti dia garang kalau kitorang buat sepah :P

Err.. Baby bila nak keluar ya? :P

Daa

9 comments:

Kakzakie Purvit berkata... [Reply]

Selamt ulangtahun kelahiran buat mak-mak Rai dan Kak Ngah Rai. Moga terus dilimpahi keberkatan dan kebahagiaan.

Sabarlah mummy... no matter what, one a nice day baby will deliver soon:)

Munn Jaafar berkata... [Reply]

slmt hari lahir utk semua ya...

rajin damia tlg lipat bju. tu lipat bju masuk dlm beg maknye nk bwk pi spital ke?

:p

Cik Rose berkata... [Reply]

Selamat ulangtahun kelahiran buat semuanya ye :)

MOga diberikan kesihatan yg baik, dimurahkan rezeki dan bahagia menjalani kehidupan :)

Dr K berkata... [Reply]

happy birthday buat bonda awak...juga buat MIL awak..dan akak awak sekali...hihi..anak dlm perut tu tak sempat la nak share besday bulan Jan..

Qhaifa Nur berkata... [Reply]

ramai yang sambut besday bulan Jan ni Rai...

selamat hari lahir buat semua...
moga dipanjangkan umur serta dimurahkan rezeki.....

Ujie Othman berkata... [Reply]

walaupun tak bermadah2..ingatan tu yg penting. tanda kasih syg.

semoga insan2 kesayangan rai sentiasa sihat dan bahagia dunia akhirat. :)

Tanpa Nama berkata... [Reply]

selamat hari lahir tuk semua ye !

Irfa berkata... [Reply]

happy bday buat semua besday girl.

bday mak aku bulan 3-yang ke 55


Teratak Hami berkata... [Reply]

We all sekeluarga pun setiap kali bday, mesti calling calling.

Dah nak bersalin ye. Bio-oil tu sesuai utk hilang parut, stretchmarks ..

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com