Selasa

Car boot sale~

Assalamualaikum

Mood nak mengemas memang tenggelam timbul. Semalam ajak shujin kemas barang nak bawak ke hospital, kemas sekali baju anak-anak untuk pindah. Sebab nanti diorang balik pantang dengan aku kat Johor. Balik sini da terus masuk rumah baru. So, ada baiknya kemas siap-siap terus.

Baju yang tak boleh pakai dah banyak yang aku buang je. Yang getah longgar, yang comot takde ubat. Barang-barang shujin pun habis dipunggah sekali. Datang pulak rajinnya kan :P

Aku tak sempat ambik gambar sebab sibuk semalam. Sama sibuk orang yang terboyot boyot ni walau pun dah berkali kali diberi amaran oleh tok laki dia kan.. seb baik takde ngadu sakit pinggang ke apa. Cuma sebab habuk banyak, aku bersin banyak kali. Hari ni macam nak demam selesema pulak.

Memandangkan rumah nak pindah tu saiznya lebih kecik dan takde tempat nak storage. So, banyak la barang nak kena jual atau buang. Barang shujin yang aku dok usha je, tapi tak sampai hati nak buang.. Satu kotak besar koleksi komik Dragon Ball dengan One Piece. Ok. Komik One Piece aku pun sayang. Hehehe.. 

Tertidur kepenatan lepas tolong "mengemas"
Satu kotak besar CD & DVD movie, drama, anime Jepun koleksi dari zaman bujang dia. Tak sampai hati nak suruh jual sebab rare item. Dah minat dia. Walau pun anime Jepun lama-lama tu pun kebanyakannya not my taste, tapi takpe la...Takpe...Takpe... (Dengan hati yang berat :P)

Satu kotak besar koleksi CD game PS2. Segala jenis game termasuk yang aku suka pun ada. Actually PS2 shujin da rosak pun. Dengar kata, board nya rosak. Hantar kedai pun diorang takmo betulkan sebab PS2 shujin tu antara first generation yang tebal tu. Bukan yang nipis macam yang ada sekarang ni. Tahan lama gila. So, kekdahnya.. shujin nak jugak cuba bawak pi kedai letrik untuk tanya sama ada, PS2 tu ada harapan lagi ke tidak.

Obviously.. Aku pun tak sampai hati nak suruh buang. Haihh..Dalam kepala duk ligat pikir nak sumbat mana tiga kotak besar-besar ni...

Barang yang aku nak jual je adalah macam stroller, car seat, lens kamera Canon dan beberapa barang komputer macam RAM dan sebagainya.

Aku nak jual murah murah je. Majalah lama ada jugak. Kabinet dapur tu pun aku ingat nak jual je. Bukan apa. Aku da ukur-ukur. Kabinet tu tak muat nak letak kat dapur nanti. So, baik aku lego kan je. Dari semak mata aku.

Kat mana nak buat car boot sale ni eh?

Hehehe..

Daa

22 comments:

Irfa berkata... [Reply]

emm kalau rumah bawah boleh buat jualan garaj depan rumah je.tanya la kot ada jiran2 yg berminat

faraherda.razalan berkata... [Reply]

mcm menarik je jualan tu...heheheh~

♥MAMASYAZA♥ berkata... [Reply]

sama ngan umah akak, kat atas loteng ada byk kotak, penuh ngan cd, majalah lama n brg menan. kalo ikutkan hati akak ni, mmg semua tu akak buang je, tapi en. abah tu, sikit2 sayang, sikit2 sayang...gerammmmmm

Dr K berkata... [Reply]

Koleksi komik Dragon Ball tu complete set ke Rai? Saya nak beli!!!!!!!

Dr K berkata... [Reply]

Lens canon tu lens apa? wide angle?

Kakcik Seroja berkata... [Reply]

Barang kat rumah kakcik pun dah banyak yang perlu disisihkan... :(

Fiza Rahman berkata... [Reply]

Iklan kan jer kat dlm blog ☺☺. FB ker atau mudah.my

PCL berkata... [Reply]

yes, kat mudah.my kan mudah tak pon bukak bonet @ mana2 pasar karat..hehe.

Acik Erna berkata... [Reply]

Rai pindah memang meletihkan..lagi la rai sedang macam ni kan

Cho Zila berkata... [Reply]

gituler rupanya kalau dah pindah rumah barukan.. jangan keje keras sangat banyakkan rehat....

Munn Jaafar berkata... [Reply]

kalau barang2 baby tu bleh iklan kan kat http://www.facebook.com/#!/KelabPenyusuanSiManja

amik gmbr, letak hrga brpa nk let go.

klau komik dragon ball tu...sy pun mau! hahahahaha

Ujie Othman berkata... [Reply]

Ahad lps ada car boot sale dkt2 rmh saya ni..kat Bdr Seri Putra. Tapi saya tak penah smpt pegi. dia buat pun kdg2 je. Kalo ada nnti saya bgtau rai. kot smpt join.

JunAina berkata... [Reply]

Car seat tu baby punya ke? Cam best tapi rasa macam awal sgt nak beli tapi memang kena beli jugak kalau dak mana nak letak si kenit bila mama bawak kereta.

sitiezahim berkata... [Reply]

iklan je kat sini..hehehe..bukan baby nak kuar ke? napa nak jual stroller?

Unknown berkata... [Reply]

salam kenal...n done follow sini jugak. Pernah jugak mengalami situasi yg sama, mengemas brg2 utk berpindah. Yg paling lucu bila barang2 yang selama ni sy cari @ tak ingat simpan kat mana...akhirnya masa mengemas tu jumpa blaka lah, kdg2 dah lupa pun pasal barang tu.
Jemput folow sy jugak yer.tq

azieazah berkata... [Reply]

Jika tak larat nak buat car boot sale, buat jer online.

Rakan blogger saya dulu, ambil gambar cantik cantik barang yang hendak dijual (sebab dia pun pindah juga), masukkan dalam blog dan maklumat barang.

Memang dapat sambutan! Saya beli set meja makan dari dia. Tapi kena angkut sendiri la..

BERT berkata... [Reply]

jual kt fb kak.. msuk kat page penyusuan si mnja.. situ blh let go hihi

Aziela berkata... [Reply]

Letak kat Mudah.my biasanya laju sikit sambutan dia, Rai. Kalau nak car boot juga, kadang2 hypermarket sediakan tapak untuk car boot every weekend kan. Free jer. Atau di Stadium Shah Alam every weekend morning? Akak mcm pernah baca dalam paper.

Tanpa Nama berkata... [Reply]

cer tepak gambar kat blog ni RAi mana tau ada yng bekenan!

LiYa HaNiF :: berkata... [Reply]

tu le liya pun tgh dok mengemas barang2 nk pindah... aduhaiii letih tgk barang banyak2 nie... nak buang sayang..

rai pindah ke mana lak pas nie... liya pindah subang bestari..

Unknown berkata... [Reply]

Liya,
pindah kat shah alam ni jugak.. tak jauh pun dari rumah sekarang ..hehehe..

Unknown berkata... [Reply]

salam kak, klu akak nak join car boot sale, cuba akak bukak goodscycle.org, daftar kat situ. next week 10 feb ada buat kat bangi, leh la join klu x kemana..just wanna share info..tq..

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com