Khamis

Operasi di mana mana - HATI HATI kepada yang memandu!!

Assalamualaikum

 

Baru sampai opis. T_T Apesal dua hari ni jem teruk gila eh, KESAS pun keluar je dari Kota Kemuning stuck macam hape. Sumber akak ipar aku kata semalam ada lori terbalik atas KESAS, hari ni tatau la. Takkan pakat terbalik sampai kat Federal Highway kot kan.. Konon da ter"kena" semalam, kitorang guna LKSA masuk terus ke Federal Highway.. Dah la kena bayar tol dua kali. Jem jugak. Lastnya aku stress gila aku SMS bos mintak half day. Berjimba ngan shujin kat digital mall. Kehkehkeh..

 

On the way nak ke ofis tadi dari Digital Mall nak ke Jalan Subang Airport tadi pun jem jugak. Ada polis buat operasi saman kenderaan yang guna laluan kecemasan atas federal. Area depan depan showroom kereta tu. Sampai kat U-Turn depan ofis ni ada polis buat roadblock pulak. Baru jap ni, shujin call kata at least ada 3 roadblock dari ofis aku sampai ke corner lepas traffic light kat Summit tu. Betul betul jalan nak turun sebelum masuk KESAS. Total at least ada 6 roadblock kat area PJ saja.

 

Gila betul!! Diorang ni nak cukupkan kuota ke apa?

 

Bagus la diorang buat kerja. Tapi kalau 2-3 roadblock dekat dekat nampak macam nak cari makan je. Mentang mentang la AES kat Selangor dah kena turunkan kan.. :P

 

Daa

4 comments:

Munn Jaafar berkata... [Reply]

eh.akak keje mana? umah kat mana? lokasi ni dkt2 je ngn sy :)

Aziela berkata... [Reply]

Rasanya cari perompak tu kot Rai...

Irfa berkata... [Reply]

nanti dikata xde keje pulak :)

Unknown berkata... [Reply]

munna,
akak tinggal kat kota kemuning.. keja kat jln subang airport.. munna dok mana?

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com