Isnin

Menuba tasik Kota Kemuning

Assalamualaikum

 

Pagey~ Tak berapa nak hyper lagi pepagi ni. Hehehe.. Weekend kali ni aku membusykan diri ke Nilai untuk support program Facial & Make Up yang member buat. Lepas tu singgah rumah kawan sekolej dulu. Cengkonon nak bagi seprais aku pregnant rupa rupanya dia pun nak bagi seprais sebab dia pregnant jugak. Hahaha.

 

Borak pun tak lama sebab habis program da petang. Singgah kejap lepas maghrib. Tuan rumah tengah tengok Master Chef kat Astro. Habis secawan milo, dan borak borak update perkembangan masing-masing dan kekawan, aku pun mintak diri. Lepas tu shujin lepak berborak dengan kawan lama yang join jugak program tu. Lama tak jumpa, akhirnya tak sedar malam dah makin larut. Dekat pukul 1 pagi baru sampai rumah. Aqil dengan Damia tak larat buat apa dah. Masing masing memitam dari dalam kereta lagi. Maaf la anak-anak. Untuk masa depan kamu juga nanti.

 

Oh..lupa. Check up minggu ke 28, tekanan darah turun sikit 90/60. Bising da doktor aku :P Tapi boleh senyum lebar sebab berat naik 2kg kali ni. Bulan lepas naik 2.5kg dah. Hehehe. So berat sekarang ni da sama dengan berat masa aku hamper nak bersalin Damia dulu. Berat baby pulak 1.1kg. Jantina dot dot dot. :P

 

Ahad, sesi belajar dan mengajar. So sepagian tu kat rumah je. Dah agak lewat petang baru kami ke Tasik Kota Kemuning yang agak agak sejengkal dari rumah. Rezeki budak berdua tu, ada sekeluarga bangsa cina tengah bagi reja roti kat ikan. Seplastik hitam besar tu dia bawak. Katanya dia beli dengan harga RM2 je. Bebudak ni pun apa lagi. Melepaskan gian dah lama tak campak roti dalam tasik tu. Sebab banyak gila roti tu, instead of bagi makan, nampak macam tengah buang sampah or menuba ikan. Puas baling roti, diorang bersenam pulak. Hehehe..

Sempat menimbang berat kat klinik Aqil 12kg, Damia 10kg

 

Abang tak kuat makan macam adik

Chinese yang dok kat belakang tu yang sponsor roti untuk menuba tasik. Hehehe..

 

Lepas maghrib, sepupu shujin pergi meniaga cheese powder depan bank. Belum apa-apa da kena sound dengan sorang mamat jual wiper silicon kat situ. Hehehe.. :P Typical peniaga melayu. Bukan kita meniaga benda yang sama dengan dia pun.

 

Weekend ni takde aktiviti masak masak.

 

Nota kaki : Kaching$$ da ada pemenang. Kalau tak sempat umum hari ni aku umum kemudian. Maaf ya. Masalah line internet tak habis habis T_T

 

Daa

7 comments:

Kakcik Seroja berkata... [Reply]

Semoga segala usaha Rai suami isteri membuahkan hasil yang sangat baik. :)

Ujie Othman berkata... [Reply]

padat aktiviti wkend Rai sekeluarga. :)

Qhaifa Nur berkata... [Reply]

rezeki buat anak2 dpt roti hari tuh...

faraherda.razalan berkata... [Reply]

Alahai...abang aqil ringan. Damia pun ringan. Aydin tu, 2 thn da 23.3kg....adehhh!

Ayu Ayunie berkata... [Reply]

campak-campak roti bg ikan makan yer.. anak-anak sy sgl benda sume dia nak campak kalau jumpa kolam ada ikan.. hihi

mayangbakingmadness berkata... [Reply]

sonok nyer.. semoga berjaya yer rai..

Unknown berkata... [Reply]

PM tasik tuh tak pernah jejak walaupun dekat jer kan, biaso tengok dari jalan jer...huhu

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com