Assalamualaikum
Jujurnya. Masa zaman belajar dulu tak pernah aku terfikir nak meniaga ke apa. Ada degree khenn.. Apa kelas nak meniaga ni. Walau pun ayah aku sendiri meniaga.
Bila da ada anak. Baru kena batang hidung aku. Hati meronta ronta nak duk rumah. Tapi duit tetap mahu kan.. Duk "bandar", mana mampu sorang je kerja. Bukan laki aku tu pemilik syarikat balak. Makanya. Terpaksa la aku berkorban masa dengan anak-anak nak kerja jugak.
Time tu lah aku start menanam minat nak berniaga.
Bila ada member tunjuk peluang dalam bisnes MLM, terus aku cakap dengan shujin. Sama-sama dengar dan teliti. Kitorang cuba.
Belum berjaya. Tapi insya allah aku akan cuba tanpa putus asa.
Bila dah ada anak ni kan. Macam-macam jenis kebimbangan menghantui diri aku. Aku tatau la orang lain. Kebimbangan aku
(1) In case of kalau apa apa jadi kat aku. Macam mana nasib anak-anak. Kalau aku dengan shujin ditakdirkan sehidup semati ke kan. Adik beradik pun ada komitmen masing masing. Kalau takde reta nak tinggalkan, siapa nak sara. Silap silap duk kat rumah anak yatim
(2) Diorang besar nanti nak masuk university ke kolej bagai. Aku tak suka meminjam dan kalau boleh taknak meminjam. Aku dengan shujin sama sama takde pinjaman pelajaran, dan tengok fenomena PTPTN ni ngeri aku. Taknak nanti bebankan anak-anak. Baru nak start hidup, da kena meminjam pulak..
(3) Nak spend sebanyak masa dengan anak-anak. Kerja aku memang tak berat. Tapi travel pergi dan balik memang sangat memenatkan. Balik rumah pun kadang-kadang aku da terlalu penat nak spend masa yang sikit dengan diorang tu nak main ke ajar diorang. Ya, aku bukan ibu yang baik. Kerap jadi monster instead of mother. T_T
(4) Nak jaga sendiri, nak hantar ambik sendiri, nak masak sendiri anak-anak. Maklumlah, macam macam kes kita dengar sekarang ni. Kalau boleh aku nak sentiasa ada dekat dengan diorang. Paling dekat yang aku nak jadi orang pertama yang tolong diorang dalam apa-apa hal.
Lain padang lain belalang. Lain orang lain caranya.
So far buat benda ni aku takde terfikir nak berhandbag mahal atau nak baju designer yang harga 5-6ratus sepasang. Tak tau la masa depan kan. Tapi so far dalam bisnes ni, aku tengok kakak, makcik makcik yang da berjaya tu takde pulak diorang tayang handbag macam sesetengah MLM tu. Yang bestnya memasing low profile je. Bukan sebab income sikit atau tak mampu. Tapi ntah eh. Bukan budaya kat company yang ini kot..
Pikir pikir balik.. Betul jugak cakap mamat mata sepet ni. Memula tu memang tujuannya sebab duit, tapi in time aku faham yang bukan semata mata pasal duit..Bagi aku duit sepuluh ribu sekali pun takde makna dan takde nilai kalau kita spend kat sportrim keta. Tapi sepuluh hengget pun sangat besar maknanya kalau dapat spend untuk anak-anak atau pun untuk orang yang kita sayang.
Cam Kak NenetPenne kata, takat Audi tu apa la sangat. Takat ni takde yang aku tengok tayang takat audi. Takat tayang handbag LV ke Coach ke.. Yang jenis nak tayang tu, dia tertayang naik private jet ke heli ke ada la.. Dah kata alang alang nak tayang kan..
Nota kaki : Alhamdulillah. Terlibat dalam perniagaan ni aku tak perlu labur atau pinjam duit beribu ribu. Aku tak ajak orang lain buat begitu. Tak pernah berhajat dan takkan buat..
Cam Kak NenetPenne kata, takat Audi tu apa la sangat. Takat ni takde yang aku tengok tayang takat audi. Takat tayang handbag LV ke Coach ke.. Yang jenis nak tayang tu, dia tertayang naik private jet ke heli ke ada la.. Dah kata alang alang nak tayang kan..
Nota kaki : Alhamdulillah. Terlibat dalam perniagaan ni aku tak perlu labur atau pinjam duit beribu ribu. Aku tak ajak orang lain buat begitu. Tak pernah berhajat dan takkan buat..
18 comments:
eheeeemmmm..akak join ape tu?? share skettttt
semoga berjaya dlm business ni
" Belum berjaya. Tapi insya allah aku akan cuba tanpa putus asa."
- kata kata pakar motivasi, kita ubah kata kata 'belum berjaya' tu dengan ' kejayaan itu dalam proses ', atau ' kejayaan di post poned sebentar'. :)
Betul..
Wang tiada nilai sebenarnya.
Masa itu lah yg bernilai sebenarnya.
Dengan masa kita boleh happy dgn anak isteri, dgn kawan kawan...Audi, Coach, jet ..tu semua boleh dibeli...Wajah happy anak2 & hang out dgn kawan2--priceless :)
nilai duit itu hanya atas kertas kak. tapi, untuk kehidupan, duit itu perlu ada. all tyhe dalam bisnes kak.
Kakcik pesan pada menantu, duit yang didapati tu simpan atau jadikan 'harta'. Jangan fikir tentang enjoy atau bermewah2 kerana 'hidup kamu baru bermula'...
masuk MLM ni kena rajin buat marketing..
tapi kadang kalau kita beria2 sangat ajak orang, kena yang okay,okay lah kan..kena yang tak hokay mcm akak, nasiblah orang tu.. :)
eeh bukan ke kalau buat MLM kena tayang cek pendapatan bulanan kat blog? kena tayang pi jalan sana sini obersea kat blog? kena tayang kereta BMW baru dapat kat blog? kena tayang beli prada, gucci, LV, dah byk lagi kat blog? bukan ke kena citer yang best2 kat blog? yagn tak best pasal MLM sorok2 gituh..
ni i tak cakap kat semua orang tapi kat orang2 yang sebegitu.. kita faham tu taktik dan strategi diaorang tapi tak semua yang masuk MLM tu berjaya kalau setakat hangat2 T**I ayam jer...
kita boleh berjaya dalam apa sahaja yang kita buat asalkan kita rajin dan berusaha..ada jugak orang yang masuk MLM tapi kalau dok harap downline yang buat kerja, memang tak dapek laaa....
for you rai, all the best.
semuanya atas kita jugak. antara nak dgn tidak je.
akak biz mlm yang mane satu ni kak? amway ke? saya baru je reg amway kali kedua setelah espayet hihihi... tu pun sbb nak beli barangnya la..
saya yg dah jadi surirumah ni pun gigih jugak nak cari peluang biz.. tujuan pun same semua macam kak rai..
ALL THE BEST FOR YOU.
tapi tu laa "DUIT BUKAN SEGALA2NYA TAPI SEGALANYA MEMERLUKAN DUIT..
betul tu akak.. duit banyak tu cume betul bernilai kalau disalurkan kat tempat yang betul kan =) semoga rezeki akak dimurahkan.. amin
Sy bg ms utk diri sy sebelum Aydin sekolah nanti utk bebas dr makan gaji. Juga belum berjaya tapi masih berusaha.
BAGI BUI,CUKUP MAKAN DAN MINUM JADILAH..X KAYA PUN TAKPER,ASAL X MEREMPAT..^_^
all the best dear...!!!
moga berjaya :)
semua senarai kebimbangan yg ko tulis tu sama macam aku juga dan mgkin sama mcm ibubapa yg lain..
tp hdup mesti diteruskan..nak taknak kena lalui
Akak pun tgh pikir nak buat bisnes semula. Time "muda2" dulu rajin, now nak start semula, malasnya!!
semoga apa yang rai inginkan tercapai, bak kata orang tua2...andai ada kemahuan, di situ pasti ada jalannya
insyaAllah..niat baik pasti Allah tolong...semoga berjaya Rai..
tu la, hubby sy pun kalau blh, ank2 belajar ipt nanti xnk pinjam2.. tu yg kitaorg dah kumpul duit utk pembelajaran dorg dari skrg..
Catat Ulasan