Selasa

Demam, sawan dan kerosakan otak

Assalamualaikum

Sori dan terima kasih pada yang bagi komen. Aku bukan tak sudi nak reply komen. Tapi kekangan masa dan limited internet access melimitkan masa aku nak reply komen.

Berkaitan dengan demam. Aku yakin despite of the assurance masih ramai yang hesitate nak biarkan demam tu take it course and leave it untreated.

Aku tak nafikan. Banyak kes berkaitan demam panas dengan sawan (epilepsy) dan kerosakan otak. So, the right diagnosis adalah penting.

Aku yakin. Ramai je yang heran kenapa aku beria ria sangat taknak makan ubat walau pun demam. Tu lah.. Aku pun heran.. Tapi.. Aku percaya.. The best adalah biarkan nature take it course.

Banyak yang aku baca. Kes kes demam panas yang menyebabkan sawan (epilepsy bukan febrile seizure) adalah biasanya disebabkan oleh jangkitan meningitis. Iaitu jangkitan virus atau bakteria pada meningitis. Bukan disebabkan oleh peningkatan suhu badan.

Sebab tu penting untuk tengok symptom lain yang datang bersama suhu meningkat. Suhu badan meningkat adalah satu signal yang menunjukkan berlaku serangan dalam tubuh. Yang perlu dibimbangkan bukan peningkatan suhu itu sahaja. Tetapi adalah simptom bersama.

Apa contoh yang diberikan adalah.. indicator minyak kat kereta. Bayangkan kalau indicator tu kita padamkan. Macam mana kita nak tau bila minyak nak habis. Tanpa indicator. Minyak tiba tiba habis. So indicator tu ibarat peningkatan suhu ketika demam la kot.

Macam kes demam. Kita bagi ubat demam with the aim nak turunkan suhu badan tanpa mengenal pasti punca yang menyebabkan suhu badan meningkat. Ia mungkin membahayakan dan melambatkan proses penyembuhan badan. Malah mungkin interfere diagnosis untuk dapat tau jangkitan yang berlaku. Ramai orang failed to recognize other symptom sebab terlalu risau dengan peningkatan suhu badan.

Banyak kajian menunjukkan bahawa suhu badan meningkat tu sendiri takkan menyebabkan brain damage. Hypothalamus akan kawal peningkatan suhu. Unless dalam kes yang sangat jarang berlaku atau disebabkan oleh faktor persekitaran. Fenomena yang dipanggil hyperthermia.

Yang perlu diambil kira bukan peningkatan suhu. Tapi simptom bersamanya. Contohnya.. antara simptom jangkitan meningitis adalah seperti leher sakit, loya, muntah dan sebagainya.Simptom lain yang perlu diambil kira masa suhu badan meningkat adalah seperti sesak nafas/susah nak bernafas, badan terlalu lemah sampai tak mampu nak respond bila dipanggil.

Actually.. Aqil pernah kena febrile seizure masa dia setahun lebih. Masa tu aku tak realize puncanya. Sekarang baru aku ingat. Dia tak demam atau apa pun. Tiba tiba suhu badan dia panas. Lepas tu terus kena sawan tarik (seizure bukan epilepsy). Aku atas highway masa tu. Apa kitorg buat adalah.. basahkan kepala dia dengan air dan bukak aircond kuat kuat. Suhu dia turun dan tarik hilang sebelum sampai klinik. Masa tu pukul 2 pagi.

Actually lama aku fobia nak travel malam. Travel pun dengan penuh bekalan ubat. Malah tiap kali anak anak demam sampai sekarang pun aku akan monitor suhu sekerap mungkin dan berjaga malam. Tapi alhamdulillah. Perkembangan Aqil ok buat masa ni. Dan so far tak berulang.

Lepas aku banyak baca dan tanya dengan doktor baru aku agak faham pasal ni.

Again.. Aku tak encourage orang lain buat mcm ni. Tapi.. ada baiknya kalau ada pengetahuan pasal ni. Pada aku it is easier untuk bagi ubat bila suhu anak meningkat. Tapi.. sebagai ibu.. Aku rasa aku perlu ambik tau semua ni.

Sama macam ambik hal ambik antibiotik. Senang je. Dah prescribe ambik je la kan. Baca tak kat paper pasal ramai orang immune terhadap antibiotik. Ada kes. antibiotik menyebabkan bakteria mutate dan menyebabkan kematian.

Dah takdir.. kes satu dalam seribu atau sejuta.. maybe ramai boleh cakap macam tu.. hakikatnya.. asal bukan kena pada kita.. :)

Study tentang ubat demam Acetaminophen mungkin meningkatkan risiko asma 
Blog tentang link antara acetaminophen dan peningkatan kes asma

Kesimpulannya.. setiap ubat juga datang dengan side effect.. Tindakan aku mungkin berisiko. Tapi bukan bermaksud bagi ubat tak ada risiko.

Sori. Aku bukan medical practitioner. So, pendapat aku bukan untuk menggantikan pendapat mana mana doktor. Aku just share apa yang aku baca dan hasil dari bertanya tanya.

Nota kaki : Epilepsy pun sawan jugak kan maksudnya dalam melayu..?

Daa

14 comments:

mshazadoes berkata... [Reply]

dya pn klu sakit x pena mkan ubt..bese dya tidur ckup n minum air suam..bummm tido...tkut mkn byk sgt ubt ni..kn??

Acik Erna berkata... [Reply]

assalam rai..asalkan baik dan tidak memudaratkan ikut cara masing2kan..asalkan baik..alhamdulillah

faraherda.razalan berkata... [Reply]

Yup, Rai. Epilepsi adalah sawan.

Jujur, sy tak kuat mcm awak. Sy sukar kuat, meringankan demam anak dgn alternatif lain selain paracetamol. Aydin boleh kata, kerap juga demam. Perkara pertama sy bt, togelkan dia dan sentiasa dgn towel basah. Kedua bila dah terlalu pns dan melepek, sy kalah dgn paracetamol. Klu tak, hati sy tak senang. Tapi so far, Aydin belum pnh kene sumbat ubat dlm bontot. Untungnya sy, Aydin msh byk minum air ketika demam. Malah, lebih byk dr biasa. Antibiotik? Frankly speaking, ada juga bg tp bila ade kes2 tertentu. MEans, sgt jarang. Tapi tetap bagi!

cheryna zamrinor berkata... [Reply]

Kalau ikut pembacaan:

Seizures itu sawan
Epilepsy tu penyakit saraf yang macam sawan.

Tp in both cases, org sebut dua2 nieh sawan.

Yup...kita tak tau kita ni allergic apa. Contoh, panadol menstrual kalo salah org makan, period berenti cepat. Inikan pula ubatan yg lain:)

wahida berkata... [Reply]

baru je kawan aku punya anak warded demam panas sampai kena sawan...huhu...kesian kat budak tu...

Tanpa Nama berkata... [Reply]

tq berkongsi info mcm ni rai ! sgt2 berguna

Unknown berkata... [Reply]

nice info kak..tp sy jenis tak berani amik risiko sebab takut terjadi kes sawan la..
kalau anak demam sy check dulu berapa suhu dia klu mild2 gitu just bukak pakaian dorang dan jerlum dgn air je..
klu tinggi suhu mmg terus bagi makan ubat..takutt..tp alhamdulillah 2 beradik tu jarang demam..
izzul je on off eczema..hurmm..

Ujie Othman berkata... [Reply]

bagus jugak rai bg pendapat rai. at least boleh bg idea pd yg lain..

*terkenang sorang kwn, masa kat U kena demam panas..lps tu kaki dia jd mcm pendek sblh. :(

Kakzakie Purvit berkata... [Reply]

Jujur kakak memang rely banyak pada ubat bila anak demam sebab takut dan tak banyak pengetahuan. Apa yg doktor bagi itulah juga yg kakak beri.

Epilepsy kalau org kita ada kaitan macam sawan babi Rai. Lain banyak tu...

mummY daniSha berkata... [Reply]

alhamdulillah danisha jarang2 sakit...masa mule skool dulu kerap gak...tp aku try bg madu,scott emulsion.. pastu nampak dah ok balik..cegah tu lebih baik dr mengubati kan...kalau boleh kite elak bg ubat2 ni...

Qhaifa Nur berkata... [Reply]

kena sawan paling takut..pengalaman teman sklh kena sawan menakutkan...
elak dgn lebih cepat, jln terbaik...

Yaya Azura berkata... [Reply]

anak yaya jarang sangat jatuh sakit.. macam ibu dia juga..hehe
bila demam je..wafiq macam berusha sendiri nak baik, dia minum air banyak-banyak,pagi demam tengah hari dah kebah. disebabkan jarang sakit mulut dia tak berhenti-henti sebut'ibu..wafiq kena pergi jumpa doktor nie..' hihi..

sal ya berkata... [Reply]

kadang2 tak bagi jugak budak2 ni ubat. monitor je dulu. bila rasa macam memang terpaksa la baru bg.

Unknown berkata... [Reply]

baru td badan anak sya panas sgt..bwk g klinik 40 darjah calcius..daoktor masukkn ubt kat buntut..hrp2 esk ok lh..demam gara2 kena hujan..ank mmg jarang demam.. singgah lh kwn2.. http://kasihmamaaqil4.blogspot.com/

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com