Rabu

Bergelora!

Assalamualaikum

Minggu paling stress di bulan kebelakangan ni.

Lepas bergembira lunch dengan shujin, ada satu panggilan masuk.

Setelah ditranslate ke bahasa mudah

Aku : Selamat tengah hari, saya helpdesk. Apa yang boleh saya bantu
Perempuan : Sekejap je (telefon di pass kan kepada seorang lelaki yang suaranya sayup sayup, persis pondan. Nak cakap kuat pun macam takut aku jentik adik dia..)
Lelaki : Password saya hilang
Aku : Baiklah. Boleh berikan nama penuh dan ID encik
Lelaki : $#@%@# (meracau suara perlahan nak mamps)
Aku : Ok (padahal cuma dapat pikap family name je) ID encik?
Lelaki : 00455XXXX (mampus aku. suara mengalahkan nak ajak bercinta..haram aku tak dengar)
Aku : Maaf. Suara encik perlahan sangatlah. Boleh kuat sikit tak. ID encik sekali lagi.
Lelaki : 00455500 (rasa macam nak mencarut aku dengar suara mamat ni)
Aku : Hmm.. Boleh saya tau email address encik
Lelaki : Saya takde email
Aku : Tapi ID encik ni saya tak jumpa lah. 00455500 kan
Lelaki : (Senyap) - (Setan betul..kata aku dalam hati)
Aku : Sekejap ya saya check

Seriously aku da check banyak kali dalam sistem memang takde nama mamat ni.

Aku : Tak ada lah rekod encik dalam ni. Encik call nak password untuk XYZ ke ABC.
Lelaki : ABC
Aku : Encik, sini talian untuk XYZ. Bukan untuk ABC. (Mencarut berkali kali dalam hati..serius aku hangin)
Telefon di pass balik ke perempuan yang dail tadi
Perempuan : Sini untuk XYZ? Tadi saya tekan ikut arahan untuk ABC dah.
Aku : Takpe cik, saya akan suruh pegawai ABC untuk call balik.
Perempuan : Takpe saya call. Awak nak saya cakap english ke japanese.
Aku : (Eh macam celaka kan ko pompuan..dari tadi aku membebel sampai nak kering air liur cakap jepun..ko pura pura macam aku tak reti bahasa pulak skang)
Takpe cik, kalau susah saya mintak pegawai yang call balik.
Perempuan : Announcement tu cakap 1 untuk XYZ, 2 untuk ABC. Saya tekan 2 lah. 
Aku : Eh.. sekejap ya.
Perempuan : Awak pernah dengar tak announcement tu
Aku : (ko ingat aku takde keja nak call diri sendiri..) Kejap ye cik. Saya confirm
Perempuan : Announcement tu slow sangat lah. Takpe lah. Saya call balik
Aku : (oii betina.. dari tadi pun ko dengan jantan pondan tu cakap slow nak mampus. Cair taik telinga aku) Okayyy

Seriously. Aku dah lama tak handle call yang macam ni. Rasa macam nak meletup kepala aku.

Sorry kalau ayat aku kurang sopan. Cakap dalam hati je takpe kan..

Skang baru nak istighfar. Haihh..

Nota kaki : Aku rasa si kecik dalam perut pun protes. Lenguh pinggang aku dia asyik menendang je. 

Daa

21 comments:

Irfa berkata... [Reply]

oh aku penah lalui situasi pick up phone..mcm2 karenah.sampai membawak ke dalam mimpi.so aku lega skrang keje ngadap kertas je :)

Qashmere berkata... [Reply]

Ahahahahaha
Sorry kak rai tergelak dulu. Kelakar pon ada handling call camni. Kak Rai CS ke? pakai system PABX ke?

Memanglah kalau customer service ni memang boleh tendang2 meja eh. Dulu saya kerja contact centre DHL.. aiyoo..blender nak kirim dekat anak..ada tu nak angkut macam2..pelik2 lah...paling malas nak refer buku setebal klcc tu..sebabnya salah advice mampus meletop kapal terbang tu..kena embargo plak ke negara tu..salah kita terus kena buang kerja kang..heheuheuheu

tu lagi kalau handle complain lori pickup bawak laju sampai nak langgar orang..pon kena attend..hurmm

L berkata... [Reply]

sabar2 bro.. haha. biasa la tu ragam orang. haha adoi.. mcm2. lawak pun ada.

jom singgah baca sebentar.. =)
http://lolz-l.blogspot.com/2012/11/7x-umur-dunia.html

Jna marcello berkata... [Reply]

amboiiii garang jee hihihi tapi dlm hati kan? so far mmh memacm peel manusia ni...ade yg annoying gilaaa.hiihi bersabarr ehh awk ;)

Dr K berkata... [Reply]

hahahahha...

rasanya ni 1st time saya baca entri awak yg penuh dgn bahasa 'best' ni! hahaha..

jentik aja adik bapok tu! wakakakakakak..

Tanpa Nama berkata... [Reply]

he he sabar2 byk2 rai..

Kakcik Seroja berkata... [Reply]

Kakcik pun sampai berkerut dahi baca catatan Rai ni. Nak tergelak pun ada... :)

sal ya berkata... [Reply]

sangat sabar. hehehe...

BERT berkata... [Reply]

garangnye kak rai.. sy pun pnh keje mcm akk ni.. mmg maki dlm hati jela huhu

Unknown berkata... [Reply]

pasti kerja macam nih memerlukan tahap kesabaran yang maksimum kan...

JunAina berkata... [Reply]

Hadap manusia yang bermacam rupa memang boleh membuatkan kita stress terutama yang tak berapa nak reti bahasa.

Tahniah coz masih bersabar layan kerena depa. Kalau dak ada pulak yg kena komplain nanti...ehehee...

kay_are berkata... [Reply]

so sebenarnye yang call tu bukan orang melayu r ye? memang nampak kurang ajar nye kat situ.. sabar je r..

faraherda.razalan berkata... [Reply]

Hahahahaha! Jentik adik? Tak boleh tahan sy statement yg tu!

mayangbakingmadness berkata... [Reply]

hahah... camtu le kan kalau kerja berkaitan ngan org awam ni memacam ragam

maszull berkata... [Reply]

assalamualaikum rai....kesian nyer baby tu ...:)

LYAfrina berkata... [Reply]

huhu.. kena byk bersabar lah handle kerja camni kan..mcm2 ragam org..

sitiezahim berkata... [Reply]

hehehe lawak2..tp kesian jugak kat rai. mmm keje angkat tepon ni mmg kena banyak sabar kan..huhuhu

Nieda Ramly berkata... [Reply]

sabar, sabar ...blog ni kan suci murni.

miss yatie berkata... [Reply]

uuuuu....kena banyak kesabaran ni..kan?

Yaya Azura berkata... [Reply]

tempat keje lama yaya telefon berbunyi setiap 10 minit..memang tension..tak boleh buat keje..terpaksa pesan kat front desk kata pergi toilet..kalau tak memang tak boleh fokus kerja..

Munn Jaafar berkata... [Reply]

oiii betina!

hahahahahahaha~
dah terikut lak sy...kih3


sabo byk2 kak rai!

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com