Khamis

Bisnes sepupu

Assalamualaikum

Orang lain masuk office pukul 9. Aku masuk pukul 10. Cayalah.. Mengalahkan manager. Seb baik manager pegi site hari ni. Tapi aku da roger dia awal awal la. 

Bangun pagi sakit pinggang. Masa berpusing pusing semalam macam tersalah urat ke tersalah pinggang. Nak pengsan jap aku. Skang ni da kurang. Tapi nak pijak kaki kat lantai pun rasa sakit kat tulang pinggul. Last week ada problem ngan system, so minggu ni kerjanya lebih sikit. Sakit pun nak kena masuk office sebab pe'el aku memang tak suka nak suruh orang lain sambung kerja dan kemudian aku nak sambung balik. Kekdah memasing lain kan.

Sampai ofis, semua orang tanya dengan muka concern. Rasa terhari + bersalah gila!

Pregnant kali ni aku rasa perutnya cam besar je. Dulu 8-9 bulan baru size ni. Ni aku baru nak masuk 7 bulan. Haishh.. Harap harap nak bersalin nanti dipermudahkan..

Eh eh.. Nak cite pasal bisnes sepupu sebenarnya. Sepupu shujin yang tinggal ngan kami tu berjinak jinak jual cheese powder kat sini. Semalam stok baru sampai.

Packaging cantik

Sticker khas
Aku memang suka nak menggalakkan orang berniaga ni. Tapi untuk permulaan ni dia ambik sikit je la dulu. Mula pelan pelan. Semoga perniagaannya berjaya dan bertambah maju.

Nota kaki : Thanks pada yang sudi singgah ya. Sorry yang aku tak sampai sampai lagi BW kat belog kamu kamu.

Daa

16 comments:

Ujie Othman berkata... [Reply]

rai tak letak rege & contact? kot ada yg berminat.

Unknown berkata... [Reply]

ujie,
eh laa..lupa..harga rm13..dia tinggal ngan kami..so kalau nak order boleh contact saya je.. hehe..

faraherda.razalan berkata... [Reply]

Adoi! Maybe sbb Rai kurus sgt tak? Perut membesar, tu yg pinggang kene tarik tu. Adehhh!

faraherda.razalan berkata... [Reply]

Adoi! Maybe sbb Rai kurus sgt tak? Perut membesar, tu yg pinggang kene tarik tu. Adehhh!

Irfa berkata... [Reply]

harap2 dipermudahkan spjg tempok peknen sampi la hari bersalin.jangan paksa buat keje nanti sendiri yg susah

okey..cheese aku ada tak?hehe

Munn Jaafar berkata... [Reply]

sedap cheese powder! bleh buat cizi wejes sendiri :D

NM03 berkata... [Reply]

boleh pos ker?

BERT berkata... [Reply]

baru saya tau ada cheese powder.. oh kunonye saya huhuhu..

Teratak Hami berkata... [Reply]

Waktu pregnant mmg segala-galanya sakit. Klu boleh sepjg masa nak bergolek. Akak le tu!!! Semoga dipermudahkan.

maszull berkata... [Reply]

assalamualaikum rai...sedap juga ni...;)

Kakzakie Purvit berkata... [Reply]

Rai kalau penat pinggang masa preggy ni jgnlah pusing-pusing. Minta Shujin urutkan belakang pelan-pelan.

Kakak dulu pun anak pertama tak besar sangat, anak kedua agak besar sikit dan anak ketiga laaagii besar. Biasa macam itu kot..

Jna marcello berkata... [Reply]

Na mcm nak order jugakkkkkkk .

Tanpa Nama berkata... [Reply]

moga semuanyer ok ye rai

Unknown berkata... [Reply]

irfa,
adaaa..kalau takde aral weekend ni aku pegi nilai..ada event mekap aritu kan..

NM03,
boleh. kalau ada permintaan saya poskan..

missina berkata... [Reply]

Oohh..ada jual lam bentuk serbuk gak ek..

Unknown berkata... [Reply]

missina,
aah..bancuh ngan air panas je..

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com