Isnin

Antenatal check up + Budak demam

Assalamualaikum

Sabtu aritu pergi antenatal check up. Minggu ke-24. Phew.. Kejap je rasa kan. Kot.. Hehehe.. Yang paling bestnya adalah berat aku naik 2.5kg. Pehh.. Ni memang penangan raya korban ni.

Mana taknya. Balik rumah mak memang aku makan tak renti-renti. Sarapan pagi makan sedap, makan tengah hari sedap..makan malam pun sedap. Tu baru 4 hari kat rumah. Agak-agak kalau aku pantang 44 hari kat sana jadi apa agaknya nanti. Hehehe...

Cerita pasal budak ni pulak. Budak ni demam. Mula dengan 40 darjah. Tak tidur malam gak aku sebab nak check suhu dia. Takut tetiba suhu spike ke apa ke. Aku tak bagi pun ubat demam. Aku just monitor suhu 1-2 jam sekali. Bagi minum air active8 acerola cherry supaya dia tak dehydrate.

Alhamdulillah pagi ahad da turun suhunya. Sampai habis bateri termometer aku asyik guna je :P

Pagi ni lepas hantar aku shujin balik rumah. Tengok dia tengah peluk tudung yang aku pakai semalam sambil tersedu-sedu. Shujin tanya. Dia nak ibu.. Adehh... Bila agaknya aku boleh jadi fulltime housewife ni kan..

Daa

11 comments:

cheryna zamrinor berkata... [Reply]

:)

Naik takpe, janji sihat. Alamak...anak Rai tak sihat ke. Ini kita risau sebab awak ni kan tengah mengandung:(

Apa2pon harap semuanya ok. Yes...mesti sedih kan bila anak memanggil...mesti Rai nieh penyayang orangnya:0

Munn Jaafar berkata... [Reply]

sy salah baca td kak rai. ingat shujin yg nangis tersedu2 nak ibu! hadoiii

Cho Zila berkata... [Reply]

alamak 40 tinggitu.. tak penah lagi terjadi kat anak2 akak.. memang risau sesangatler yerk kita sebagai ibu...
rasa cepatjer yerk...

miss yatie berkata... [Reply]

alaaa...keciannya, biasalah kan, budak2 kalau sakit memang nak ibu dia..

Qhaifa Nur berkata... [Reply]

cukup risau klau demam anak 40 darjah...nasib dah ok...

Dr K berkata... [Reply]

takpa..lepas deliver nanti jadilah fulltime housewife.

kenapa tak bagi PCM, bila suhu dah 40 degree? Memang kena rehydrate, sponging tu semua, but make sure bagi PCM..at 40 degree, boleh kena permanent neuronal damage..Just standby ubat suppository PCM utk mudah masukkan ubat

Faza berkata... [Reply]

Ala trharunya tgok anak kita rindukan ibunya.. Aku pon belum apa2 si Uwais ni, rasa nak jadi full housewife je..huhu

Irfa berkata... [Reply]

SAMALAH NGAN KENIT AKU..2 HARI SABTU AHAD TU DUK JD MISI KAT DIA LA..DEMAM DAN BATUK PAKEJ.PAGI NI NAMPAK DAH OKEY SIKIT

kay_are berkata... [Reply]

sekarang musim hujan kot.. ari tu pun baru demam.. semoga cepat sembuh.. amin =)

Tanpa Nama berkata... [Reply]

siannyer, moga nak cepat sembuh ye!

sal ya berkata... [Reply]

sama la macam anak2 ni. kalau time nak abah tu nak abah je. tapi kalaut ime ibu tu ibu je la. tak boleh dah orang lain.

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com