Rabu

Tips : Cara mengeluarkan tauhu lembut dari bekasnya

Assalamualaikum

Korang suka makan tauhu lembut tu tak? Ala.. Yang ini…
Gambar berserabai :P
Ada orang panggil tauhu jepun. Tak kisah la kan.. Aku suka tauhu ni. Kalau zaman kenal tauhu ni aku suka yang sejuk letak daun bawang lepas tu tuang kicap shoyu tu je. Kalau yang panas tu goreng panggilnya agedashi toufu (揚げ出し豆腐). Tak pernah fikir nak buat sendiri. Bila balik sini, teringin nak makan. Beli nak buat sendiri la kononnya.

Nak keluarkan tu ya rabbi..Susah kemain. Tiap kali pun ada masalah nak keluarkan tu. Hancur jadinya. Nak buat Chinese recipe mabo tofu tu boleh la. Nak goreng deep fry tu memang kirim salam la.

So nak jadikan kisahnya.. Aku pun cari la tips tips nak mengeluarkannya. Tetiga tak pernah try lagi nih. Baru jumpa. Tapi kepochi kan aku nak share ngan korang. Hahaha..

Ok..kaedah pertama.. Potong je bekas isi tauhu tu ikut saiz yang dikehendaki. Ceh! Macam tak mencabar kan?

Kaedah kedua pulak… Da buang plastic atasnya tu, sendengkan bekas tofu 90darjah. Lepas tu hentak hentak sikit. Poink.. Akan terkeluar dengan jayanya.. Kalau nak tengok step by step boleh tengok gambar kat SINI

Kaedah ketiga… Buat lubang angin kecik kat belakang bekas tauhu. Lepas tu tolak keluar sikit dengan jadi. Insya allah akan terkeluar dengan cantiknya. Kata dia ni

Sekian tips memasak pada hari ini.. Maaf KA, ganti KA bagi petua pulak hari ni ya…

Serius aku teringin nak makan agedashi toufu skang ni. Heh..

Selamat mencuba & selamat hari raya aidil adha in advance.

Nota kaki : Betapa lah boringnya aku hari ni sebab tak boleh bukak blogspot nak BW.. Irfa.. Aku kata dah aku jangkit ko nih! Ngan email gmail pun tak boleh bukak..

Daa

17 comments:

MAY berkata... [Reply]

sy pulak tak penah terpikir nk beli tauhu lembut ni..taufufa tau la..haha

DrFIO berkata... [Reply]

Eh eh...blog dia berwajah baru la...nice.

By the way, mmg sedap tauhu tu...and thanks for the "kaedah" :)

NenetPenne (NP) berkata... [Reply]

i beli tauhu panjang tu...belah tengah potong bulat2..siap..buat sup..yessss...

tauhu 4 segi mcm ni belum beli lagi...byk sangat

Munn Jaafar berkata... [Reply]

eh sy suka mkn ni.lembik2 gitu.msk pernah skali je masa blaja dlu...ni klau buat msti fndi xmkn.pyh dia tu -.-*


*sy pakai kaedah ptama..potong skali bekas..hihi

Aziela berkata... [Reply]

buat stim sodap kan...

faraherda.razalan berkata... [Reply]

Argh! Stress la mcm tu! Stress oooo!

munna berkata... [Reply]

tak pernah beli yg tauhu mcm ni... selalu beli tahu yg panjang dlm plastik tu je

Kakzakie Purvit berkata... [Reply]

Ohh... email tak boleh buka ye Rai - no wonder tak call kakak. Kakak dok menanti bimbang call masa kakak tengah solat. Ada email lain tak kakak boleh contact. Email Shujin pun tak apalah. Esok dah balik kg kan..

cheryna zamrinor berkata... [Reply]

Hahaha. Dolu2 cuba jaya buat semua trick yang ada nieh Rai...sampailah Sha kadang2 kena marah sebab macam masak muntah, bak kata mak:P

Tapi sekarang dah praktis2 jadilah perfect...jadilah ok:)

Mungkin kena praktis selalu2 kot:P

*stim sedap kan?

Irfa berkata... [Reply]

aku jarang masak tauhu ni.kalau beli pun sama cam kak net..yg bulat panjang tu je,buat sup anak-anak

Dr K berkata... [Reply]

saya mmg pernah terfikir jugak bila belikan tahu ni utk wife..lembik, macam mana nak keluarkan tanpa cacat...:)

Unknown berkata... [Reply]

pernah makan..tapi jarang sgt makan...kalo terjumpa kat restoran baru makan...hehe

Tanpa Nama berkata... [Reply]

KA ok je, sama2 kongsi petua !

emarieys berkata... [Reply]

akak tak makan tauhu

ct rahani berkata... [Reply]

malangnya sy x makan tauhu.. huhu..

kay_are berkata... [Reply]

number 2 tu macam peluang berjaya agak tipis je..

sal ya berkata... [Reply]

adehhh... tak makan saya benda lembik2 gini. hehehe...

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com