Jumaat

Tak mahu putus asa

Assalamualaikum

Baru lepas bercakap dengan mak di talian telefon. Bertanyakan feedback pasal makwe (panggilan nenek bagi sesetengah orang di Johor) Makwe sebenarnya kena penyakit kencing manis dah lama. Cuma masa bulan puasa aritu penyakitnya elevated sebab dia makan durian. Memang lama sangat dah dia mengidam. Ayahwe (panggilan bagi datuk) memang sangat sangat sayangkan makwe, so dia pun tunaikan permintaan isteri kesayangan walau pun ditegah oleh anak-anak. Sampai ayahwe marah kat makcik aku sebab larang makwe makan.

Kemudian, makwe jatuh sakit sampai terpaksa dirawat di hospital sebab meter kencing manisnya cecah belas belas (19 kalau tak silap) Mak sebagai anak perempuan sulung pun pergi jaga kat hospital 2 hari. Demam demam mak lepas tu, sebab bulan puasa, tak cukup rehat dan makan tak menentu.

Bila dah boleh balik, ayahwe tanya tanya dengan mak pasal supplement yang mak makan. So mak cerita serba sedikit. Ayahwe setuju bagi kat makwe. Tapi mak ni pulak risau sebab takut tak sesuai ke, jadi apa apa ke. Aku faham la keadaan mak sebab aku pun ada jugak perasaan macam tu pada mulanya.

Apa pun, akhirnya kitorang belikan jugak untuk makwe. So hari ni aku tanya mak kesannya. Takut ada kesan negatif ke apa ke. Alhamdulillah tak ada. Tapi biasa la orang tua. Kadang kadang lupa nak makan. Mak sendiri pun aku ada belikan supplement untuk masalah kolesterol dia. Tunggu keputusan ujian darah 19hb nanti. Harap harap ok. So far perubahan yang mak dapat rasa dia kurang letih dan makin bertenaga.

Risau jugak sebab kolesterol mak boleh tahan tingginya - 9. Normal 5.5 lebih kurang.

Bercakap dengan mak pasal perkembangan perniagaan aku. Terharu bila mak kata dia sentiasa mendoakan kejayaan aku. Aku pernah cakap dengan mak. Walau macam mana lambat dan susah sekali pun. Insya allah aku tak akan putus asa. Aku yakin. Berkat usaha dan doa mak aku akan berjaya. Setahun lebih dalam perniagaan ni banyak aku belajar. Paling aku suka, bagaimana aku berubah melalui orang orang yang aku jumpa dalam perniagaan ni.

Semoga doa mak akan dimakbulkan.

Amin..

Daa

10 comments:

missina berkata... [Reply]

Aminnn..teruskan usaha..:)

Ann Ishak berkata... [Reply]

amin, jangan mudah mengalah walau pastinya akan ada cabaran dan saingan yang menanti.

Everything's Everythings berkata... [Reply]

owh semoga makwe cpt sembuh ^^

bagus tu bidang perniagaan, Rasulullah SAW pun melibatkan diri dalam perniagaan ;D
semoga terus success ya

aizamia3 berkata... [Reply]

moga makwe cepat sembuh dan moga Rai berjaya dalam bidang yang diceburi..

Acik Erna berkata... [Reply]

Amiin..semoga berjaya

aliza berkata... [Reply]

untung kanada mak doakan.. doa mak yg paling dimakbulkan.. insyaallah asal sj usaha dan terus berusaha..

mummY daniSha berkata... [Reply]

gud luk zai...never give up =)

emarieys berkata... [Reply]

doa mak adalah segala-galanya..

IntaNBerliaN berkata... [Reply]

semoga makwe n mak rai cpt2 sembuh.. n moga bisnes rai pun maju...

L berkata... [Reply]

semoga kamu dan keluarga sihat... syafakillah to makwe..=)

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com