Jumaat

Ebi furai

Assalamualaikum

Ebi furai ni dah lama dah aku buat. Malas malas gedik aku nak mengupload gambar. Ebi tu udang. Furai tu Fry dalam sebutan jepun :P

Udang besar besar ni adik ipar (adik shujin) belikan masa dia outstation kat Sabah. Dapat la 10 ekor dalam sekotak tu.

tu jari aku tu. Besar kan

Lepas dibuang kulit. Tinggalkan kulit kat ekor sikit je. Jangan lupa buang usus dia.
Yang belakang udang tu usus dia. Dalam usus tu ada ehem..korang pepaham la ye. Udang besar besar ni besar la ususnya. Agak yek kalau tak dibuang. Nak buang tu hiris sikit tulang belakangnya tu lepas tu korek keluar. Kalau udang kecik boleh guna pencungkil gigi je. Tak payah hiris belakang.

Konon nak bagi lurus (taknak cucuk guna lidi). So ikut tips just slice kat bahagian perut dia sikit lepas tu bengkokkan ke belakang supaya badannya lurus.

Nak goreng tu gaul dengan tepung gandum, lepas tu telur yang dipukul sikit. Akhir sekali golek dalam breadcrumb.
Tetap membengkok. Nasi tu guna beras jepun cap Nishiki
Aku rasa udang ni bengkok jugak sebab shujin goreng lama. Kalau goreng kejap takut tak masak kata dia. Takpe lah. Bengkok ke lurus ke boleh makan. Rasa sama je kan :P

Tartar sauce buat sendiri
Last minute baru aku terpikir nak buat tartar sauce. Bahan pun bidan terjun je. Patutnya ada telur rebus. Tapi aku skip. So bahan yang aku guna. Mayonis, bawang cincang, carrot yang sagat halus tu, cuka sikit, garam sikit, gula sikit. Shujin kata sedap.

kobis dan carrot yang diparut
Ada orang rasa cam lekat kat tekak sebab tak berkuah kan. Tapi aku suka je. Especially bila makan panas panas. Haih.. lapor...

Daa

20 comments:

anumuchan berkata... [Reply]

oishisou.tabetai..meh hulur ckett..heee

Qashmere berkata... [Reply]

Aduh Kak Rai.. Sedapnye nampak.. Nak sikit.......

Tanpa Nama berkata... [Reply]

mmg sedap makan mc ni RAi!

Kakzakie Purvit berkata... [Reply]

Nampak sangat Rai comel jari kecik je. Kakak dah nampak Rai kat N3 Acik Erna. Cuba udang banding dgn jari Shujin mesti besa tak sebesar jari Rai..

Udang memang bengkok bila masak melainkan cucuk dgn lidi.

Acik Erna berkata... [Reply]

assalam Rai..acik kalau dapat udang besar macam ni..masak lomak tempoyak le jadinya he he

Irfa berkata... [Reply]

besar gile..
sedap tu makan ngan nasi panas

Azian Elias berkata... [Reply]

aduii..sedapnyaaa...rangup sudah passti..

Munn Jaafar berkata... [Reply]

usus udang? yg hitam2 kat blkg tu ke? lorrr tak pnh buang la selama ni kak rai oiiiiiiiii~~~

NenetPenne (NP) berkata... [Reply]

besaqnya udang..
kat kuala selangor, sebesar tu lebih kurang rega dia RM48.00 sekilo... tapi tak taulah berapa ekoq boleh dapat... entah2 2 ekoq jer...

sitiezahim berkata... [Reply]

salam kenal dr deutschland...bes udang goreng...lama dah tak dapat makan yg fresh huhuhu

LiYa HaNiF :: berkata... [Reply]

feveret qalesya "udang" hehehe


salam kenal yer... ^_~

Cik Puan Izan❤ berkata... [Reply]

sedapnyaa...terliur...udang besar2 pulak tuu...

yatie chomeyl berkata... [Reply]

oishii sou

Asmara berkata... [Reply]

nihonjin makan wajib ada miso shiro harus tak melekat. hehe.. baru sat tenghari td mkn ebidon. sedap giler! :D

HeNRieTTa JoSe berkata... [Reply]

yummy....sangat sedap kelihatan....rietta klu xde kuah..kicap pown dh kira ok...

Unknown berkata... [Reply]

lihat gambar nasi, ayu tau keBESARan udang itu

aizamia3 berkata... [Reply]

jauhnya Udang tu mai..

psstt: kat sini, kalau nak makan udang chef hubby rajin g mancing..

emarieys berkata... [Reply]

udang dr sana memang segar bugar... nak bawa balik udang dari sarawak pasni..

IntaNBerliaN berkata... [Reply]

mmg sedap kali mkn udang besar2 camgini.. puas makan.. br dpt rs isi.. hihi

ct rahani berkata... [Reply]

menarik.. one day, leh try resepi rai nih.. :)

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com