Assalamualaikum
Pada waktu ni 4 tahun lepas aku terkedek kedek nak ambil MC kat Pusat Bersalin UMRA dekat dengan stadium Shah Alam tu. Masa tu kononnya cherry berry. Sikit je. Gatal nak bercuti yang lebih.
Doktor Ummul masa tu jalankan prosedur biasa rawatan. Macam check up. Dua minggu sebelum tu dia dah bagi warning, air ketuban aku makin sikit. So dia ala ala bagi signal yang mungkin aku terpaksa bersalin awal dari due date.
Memandangkan dah nampak makin sikit sangat. Dan aku pun berpuasa. Doktor Ummul check bukaan (kot ada kebocoran?) Tapi yang aku ingat lepas tu dia suruh bebudak praktikal kat situ buat check jantung. Pasrah je la aku. Niat nak ambik MC je. Lain pulak jadinya.
Bebudak praktikal nak check jantung, tak jumpa pulak jantung baby. Kalut la depa tu. Bila da jumpa tetiba bacaan doppler tu drop mendadak. Lagi kalut lagi. Panggil Doktor Ummul. Lama jugak diorang tu berbincang. Sampai pukul 10 lebih pukul 11 gitu baru Doktor Ummul panggil kitorang bagitau yang kita kena admit hari tu jugak. Time tu jugak. Sama ada kat situ atau ke Hospital Klang.
Nak pitam shujin dengar. Dia pun terangkan la yang air ketuban dah terlalu kurang. Maybe menyebabkan baby tak cukup oksigen dan mungkin akan lemas. Option yang ada adalah emergency csect. Atau pun kalau nak bersalin normal jugak, diorang akan refer ke Hospital Klang.
Kitorang bincang bincang dan mintak pendapat kakak ipar aku (Kak Long shujin). Dan akhirnya kitorang pilih jalan selamat, pembedahan. Dalam masa yang sama, kakak ipar aku (isteri abang aku) tengah ditahan kat wad hospital sultanah aminah (da sebulan lebih) sebab kurang air ketuban jugak.
So aku tak berani nak ambik risiko kena tahan lama lama macam tu. Dia takpe lah. Cikgu. Kerja kerajaan. Aku ni kerja swasta. Kalau cuti lama macam tu takut company tak bagi gaji ke apa pulak.
Jadi pembedahan dijadualkan pada pukul 2. Pukul 1 lebih aku disuruh tukar baju dan diberi enema untuk membuang. Aku call mintak maaf dengan mak, ayah, mak mertua. Mintak maaf dengan shujin. Masuk operation theathre, diorang buat catheral (nasib baik tak sakit, pernah dengar orang kata sakit) Doktor Ummul masuk untuk bagi support. Operation tu akan diketuai oleh suami Doktor Ummul, Doktor Rafi. Redha je lah. Kes emergency.
Lepas dia bius tu aku sempat borak dengan Doktor Ummul. Kakak Long (Kakak shujin) datang. Rupanya Doktor Ummul kenal kak long. Sambil aku borak diorang duk menggodek perut aku. Sorang jaga bahagian bius. Doktor Ummul tolong tolak bahagian perut. Tapi tetiba aku pitam. Aku tak sedar apa.
Sedar sedar semua dah selesai. Shujin kat sebelah. Shujin kata masa Aqil keluar tu satu bangunan dengar dia nangis. Doktor Ummul dengan nurse kat situ semua panggil dia healthy sebab suara kuat dan nyaring. Tak padan ngan budak lelaki.
Aqil berjaya keluar pukul 2.40 petang. Berat 2kg. Aku tak ingat minggu ke berapa. The whole day bius tu terasa. Aku memang tak rasa sakit. Tapi ngantuknya masya allah. Kejap tido kejap tido.
Lepas tu Aqil kena stay kat hospital kejap sebab tak cukup bulan. Tapi alhamdulillah semuanya ok. Dia boleh keluar tak lama lepas tu.
Untuk abang dan kakak ipar aku, bayi diorang lahir tak cukup bulan dan mengalami jaundis yang teruk. Dan Allah lebih sayangkan dia. 15 syawal (tak silap aku 25 hari lepas lahir) dia dipanggil ilahi.
Muhammad Aqil Mubarak (sempena dilahirkan dalam bulan ramadhan)
Semoga menjadi anak yang taat pada perintah Allah, ibu, ayah dan jadi pemimpin buat adik adik bila ibu dengan ayah dah tak ada nanti.
Selamat ulangtahun ke-4.
Nota kaki : Hadiahnya cuma akan sampai 6 minggu lagi. Frust aku. Rasa bersalah dan rasa macam nak kena belikan hadiah lain dulu T_T
Daa
19 comments:
hari ke?
11 sept..sama ngan besday adik ipar aku(adik en abe)dia bangga besday dia 11 sept sama ngan kejadian 11 sept tu
apa2pun moga aqil jd anak soleh dan berjaya dunia akhirat
a'ah..birthday aqil paling senang nak ingat..
11 sept
11 ramadhan
hehehe..len kali boleh sambut sesama..
happy bday aqil..smoga mjadi anak yg soleh :)
Happy besday Aqil Mubarak. Moga jadi anak yg soleh...
(Nama anak saya Aqil Zafran, umur pun 4thn jugak :)
selamat hari lahir untuk aqil..muga jadi anak yang soleh..
hari ini sama dgn anak sedara ema...baru buat entry tadi..tarikh senang diingati...
Selamat hari ulangtahun kelahiran yang ke 4, Muhammad Aqil Mubarak. Semoga menjadi anak yang cerdik lagi soleh. :)
happy birthday aqil..!! happy & healty sokmo2...
Happy Birthday Aqil Mubaraq. Memang pasti jadi waris dlm keluarga.
Beli dulu hadiah lain yg kecik-kecik sebab lama benar nak tunggu tu Rai, kesian...
Happy birthday utk Aqil!
Juga tahniah utk ibu ayah yg membesarknnya selama ini.
Happy birthday Aqil Mubarak..semoga menjadi anak yang solleh
Selamat hari lahir ke 4 tahun Aqil Mubarak :)))
happy birthday buat Aqil Rai...
nama anak sulung kita hampir sama kan...belakang je lain. Aqil akak lahir pada raya haji
selamat hari lahir Aqil, Doa KA moga akan jadi anak terbaik di dunia & di akhirat ye
heppy besday aqil...
Rai kalau tak beli hadiah yang lain pun bawak keluar makan ke, ok kot
happy birthday AQIL! sedap namanya..
wau.. hadiah dari US ke tu? lambat benar sampainya..
selamat hari lahir dear AQIL..
hepi besday aqil.. semoga menjadi anak yg soleh dan berjaya dunia akhirat.. amin..
harap bila aqil baca ni, dia sayang mak dia tau...
eppy bzday aqil..
ooo aqil ni lahir xcukup bln yer.. tp gambar aqil 6 bulan tu tembam yer... comel je... macam org lahir cukup bln je ;)
Catat Ulasan