Jumaat

Gaduh

Assalamualaikum

Petang petang ni kelaparan pulak kan. Sejak pregnant ni tak boleh nak makan banyak. Kalau biasa beli makan kat kedai tu selamba je aku habiskan. Skang ni terpaksa ambik separuh je. Takut tak habis. Cepat je sengkak rasa perut.

So, bila makan sikit ni kena makan kerap lah kan. Petang petang ni buat milo kat pantry untuk cicah biskut.
Masukkan biskut dalam bekas gaya pemalas.

Nak keluarkan tak boleh..tarik tarik tak boleh. Koyak je.

Patah dua sebelum dicicah.
Comel jari jemari aku. Kikikiki.

Bukan gaduh dengan sapa sapa pun. Kesnya aku gaduh ngan bekas biskut tu je.

Ngantuk lah. Semalam Damia meragam masa tidur. Rupanya hari ni baru baby sitter bagitau, mulut dia macam ada ulcer. Belah dalam pipi tu dedua belah. Kesian anak ibu T_T Dah la hari ni aku balik lewat. Ada kelas. Ponteng leh tak? Heh..

Shujin lari balik jap tadi bagi madu. Dengan suruh minum air banyak. Perut pun macam ada kembung. Maybe sebab 2-3 hari ni hujan malam ke pagi. Bebudak ni tidur bukan nak berselimut. 

Harap esok dapat jumpa seseorang blogger itu. 

Terima kasih Abah Amrafahan yang pomote Ourkizuna di blognya. Jom tengok Amrafahan si abang dengan adik kembar tiganya yang comel bangattt.. amrafahan.blogspot.com/

Daa

14 comments:

Kakzakie Purvit berkata... [Reply]

Rai ada glister tak? Spraykan glister sehari dah boleh baik tau.. cubalah kesian Damia tu mesti nak makan/menyusu pedih..

RamRamCute berkata... [Reply]

sekarang ni memang musim tak sihat lah rai..anak2 akak pun baru baik dari demam. Cuaca tak menentu.

At least awak buleh kontrol makan tu..macam akak ni pulak..keep on eating tak henti2 lepas tu tegang perut nak kentut dan sendawa pun tak boleh..bila tak makan rasa lapar ajelah pulak. hihihi...

Tanpa Nama berkata... [Reply]

anak2 KA pown baru je baik demam... ! biskut ni mmg sedap ceah milo panas ptg2 sejuk mcm ni

Irfa berkata... [Reply]

aku yg tua pun sakit naik ulser
sian dia..jgn culas letak ubat
cepat baik ye

QA's ~ mamapapa berkata... [Reply]

ouch!!sedap plak biskut jagung ngan milo kn..ngan the o pn sedap gak,ehheh!!

Aziela berkata... [Reply]

Akak kan, sejak umur dah meningkat nie, biskut mcm tu cicah milo atau nescafe pun rasa sedap jer. Masa remaja dulu, pandang pun x lalu. Ishh... kufur nikmat sungguh kan..

Unknown berkata... [Reply]

kakzakie,
ada..tapi macam tak sampai hati nak sembur.takut pedih sangat..kitorang sapu madu manuka tu je.harap ok la. kalau tak ok jugak saya ingat nak cairkan glister yg buat kumur tu..

Dr K berkata... [Reply]

makan sikit & kerap...yeayyyy..

gaduh dgn biskot pun jadi..:P

Cikgu Ma berkata... [Reply]

makan biskut cecah kopi pun best...hehe

Anamarza berkata... [Reply]

lama tak layan makan biskut tu..kat rumah ni tiada yg berminat ngan biskut camtu :(

Niza Romli berkata... [Reply]

sekut ni cicah dengan ayaq kopi pun sodap!

sal ya berkata... [Reply]

anak kalau ada ulser mmg meragam sikit. sama macam Azfar masa dia kena ulser hari tu.

IntaNBerliaN berkata... [Reply]

saya ni pulak mkn xhbs2... nak control mkn tp tu la... tgk makanan semua sedap.. adehhh

Nia berkata... [Reply]

Masa pregnant tak boleh makan banyak, tapi kena makan kerap kan :)

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com