Assalamualaikum
Alhamdulillah. 2-3 hari ni da takde loya atau muntah. Mungkin kebetulan. Tapi dalam masa yang sama memang aku makan B complex 2 biji pagi dan 1 biji malam. Malah yang bestnya sumpahan tak lalu nak makan nasi dah berakhir. Maklumlah. Aku kan ratu nasi. Memang tak boleh kalau tak ada nasi. Tiba tiba tak lalu pulak kan. Trauma kejap. Hehehe.
Si Aqil yang mewarisi kesukaan nasi pulak da mula tanya tanya kat ayah dia.
Pertanyaan dia
Ayah, kenapa kita tak makan nasi. Ayah takde duit ke?
Gelak je aku dengar. So semalam aku masak nasi lauk sambal sotong (untuk kami) sotong goreng kunyit (untuk anak-anak) dan jugak sayur kobis dengan tomato bening. Sekali lagi aku kelam kabut sebab asalnya shujin nak beli ayamas sebab nak belanja pekerja indon yang kerja kat satu kedai runcit ni. Aritu shujin tertinggal wallet kat kaunter bayaran diorang tolong simpankan. So nak jugak la belanja diorang sebagai tanda terima kasih.
Tapi bulan bulan puasa ni paham je la. Sampai kat kedai da pukul 630. So batch yang terpamer tinggal quarter je. Ayam black pepper pulak tu. Kalau nak kena tunggu 30 minit. So kitorang balik je masak. Cukup cukup azan baru aku siap bersilat. Pengsan kalau hari hari macam ni.
Dah la semalam (hari sebelumnya) terpaksa merempit ke pasar malam balik. FYI. Rumah aku tingkat 4 takde lift. Dan masa tu pukul 7 petang. Hazabbb...
Apa pun alhamdulillah aku da boleh telan nasi. Nikmat sungguh. Macam mana la kalau Allah tarik terus nikmat yang satu ni.
Malangnya sotong goreng kunyit takde sapa layan. Aqil lagi suka sambal sotong. Pedas sikit je kata dia (Tahan betul) Memang shujin kata tak pedas pun. Siap ulang makan sekali lagi pukul 10. Merengek rengek nak makan nasi. Haihh.. Punya la rindu dia dengan nasi.
So alkisahnya aku takde masa nak snap snap gambar juadah berbuka untuk dipertontonkan. Sila bersabar dengan entry tanpa gambar buat masa ini :D
Daa
24 comments:
selamat menikmati nikmat nasi kembali kak rai..:)
hehe.. dlu awal peknen pon sya tak lalu makan nasi... skang dah okeh dah bila dah masuk trimester ketiga ni.. taniah kak rai.. dah boleh makan nasi dengan jayanya heh heh
Dah kata ratu nasi memanglah tak boleh lama tinggalkan Rai macam kakak juga:) Aqil pun musykil agaknya kan..
Syukurlah dah back to normal.
alhamdulillah selera nasi dah dtg semula!...
Alhamdulillah nikmat tu masih ada...
Ayam blackpepper mmg xshedap sgt kan hihihi..
tak menahan btul tajuk akak kali ni tau!
aduh.. terkena sumpahan yer..
sy penah gak dulu mmg tak lalu nak makan nasi time preggy la.. mesti nak muntah..
alhamdulillah..seronok anak2 dapat makan nasi..
assalamualaikum Rai..seronoknya Aqil dpt makan nasi n sambal sotong tu...:)
Saya pun mesti cari nasi. Tapi buat masa ni makan nasi lauk kering je...kalau yg berkuah nnt loya. Macam sedap pulak sambal sotong tu...nak cari la ptg ni...hehe
Haha..Sumpahan Nasi pon ader ke Kak Rai?
Jom "follow" blog Mummy dan Join "Projek Amal EQQ" di http://elqashrinqaisara.blogspot.com/2012/08/segmen-jom-follow-blog-el-qashrin.html
Tq
same la kite..rumah tingkat 4 takde lift..smlm mc blk dr klinik ketaq2 kaki naik ats...hadei..sbb mase tu da nak muntah kat jalan..tp tahan..
*buat masa ni mkn asid folic je...b complex tak mkn pun..muntah..ari ni tak pose...beli megi cup..ok plak mkn td..selera rasa nak tmbh lg 1 cup!
oooooooooooooooo mmg ader sumpahan nasi yer?
^___^
luper nk tanyer, baper bulan dh eh?
tahniah...
aku paham kerinduan ko pd nasi.masa peknen hajar..aku 'bercerai ngan nasi' sebulan jugak la..
alhamdulillah...
hahahhaa...sadisnya soalan Aqil kepada ayahnya!
tomato bening tu macam mana ya? 1st time dengar
oh mengandung eh?? baru tau...tahniah yer...:)
bulan puasa ni mmg tak de terlintas nak amik foto pon.. ingat nak bukak pose je.. haha...
hehee..dulu aku pun pena tanya ayah aku ..napa makan nasi ngan telur je...kita dah miskin eh?hahaa...lawak betol bile ingat balik....hee
dah melepasi first trimester la tu. sama la dulu tengok nasi meloya2 rasa tekak. dulu xleh tengok nasi ngan ayam, mesti rasa berpinar2 je. hikhik.. org preggy mmg mengada2 lebihkan. ;D
alhamdulillah... dikembalikan nikmat utk makan nasi tu.
Syukur Alhamdulillah. Sian Aqil sampai boleh terfikir ayah dia tak ada duit! :)
Boleh Aqil terfikir sampai camtu ya... hihi
Catat Ulasan