Isnin

Kenduri Aqiqah dak Nuha

Assalamualaikum

 

Hari Ahad aritu aku telah berjaya memujuk encik Shujin memecah tradisi berjalan jalan pada hari Ahad (biasanya kami lebih suka duduk di rumah menghabiskan masa berguling guling kemalasan)

 

Jauh perjalanan kami ke Kapar. Gatal sangat nak ikut gugel map, sudahnya sejam baru sampai ke jalan yang dimaksudkan oleh Kak Aizamia yang menjemput kami menghadiri majlis Aqiqah budak gebu yang bernama Nur Nuha Husna. Comel kan nama tu. Meh tengok orangnya pulak.

Geram ko tengok pipi dia.. Rasa macam nak gigit aje

Sebenarnya majlis bermula pukul 12. Biasa lah hegeh hegeh kami anak beranak (Bapak dengan anak-anak..time tu la nak memburas la apa la..tensi je aku kan) Lepas habis rancangan JJCM yang Iqram Dinzly tu baru bertolak. Sampai ke majlis lebih kurang pukul 2. Masa tu dah agak reda. Sampai sampai je disambut oleh Kak Aiza dan suaminya yang berpakaian serba pink. Ramah betul encik suami Kak Aiza ni. Awal awal sampai tu dia terus kata, "haa..makan dulu makan dulu. Nanti sembang blog sampai petang tak habis" Hahhaa.. Gelak besar aku (sebenarnya aku sengih je..aku kan pemalu.. :P )

 

Aku attend anak-anak. Shujin pulak ambik kan nasi, oleh kerana nampak macam poyo sangat kat nak berdiri kat tempat buffet tu sambil ambik gambar. Dasar blogger gediks. Aku pun ambik gambar dalam pinggan aku je.

Nasi minyak, kari daging kambing rasanya (tapi takde bau kambing..so aku memang tak reti nak beza..haha..), acar. Ada jugak nasi putih dengan ikan masak merah. Tapi shujin ambikkan aku yang ini. Sedappp.. Aqil pun suka ayam masak merah tu.

Ni masa baru sampai..da sedia nak bersantap. Hihi..

Da lepas makan baru aku masuk tengok dak Nuha yang diraikan tu.

Masa da nak balik tu bagi diorang posing sikit dengan dak Nuha. Aku henjut henjut sikit terus tidur. Baik betul. Cukup susu terus tidur ye Nuha. Si Damia muka macam tak puas ati je kan. Dia baru lepas melalak sebab kena tinggal kat depan pagar. Buat malu ibu je Damia ni. Hehe..

 

Terima kasih pada kak Aizamia dan suami atas layanan mesra yang diberikan sungguhpun sibuk dengan tetamu lain. Sempat jugak aku berborak agak panjang dengan Kak Aiza (padahal masa tu aku serba salah nak panggil kak ke tidak. Hampeh je aku kan. Sori kak..hehe) Best tengok komuniti yang bekerjasama membuat persiapan untuk kenduri ni. Actually menurut kata Kak Aiza, makanan tu semua dimasak oleh penduduk kat taman tu. Diorang siap tak bagi tuan rumah memasak lagi. Best kan. Meriah je tengok budak budak kecik pun tolong kutip cawan, cuci pinggan bagai.

Balik dengan senang hati.. Aqil dok pimpin adik dia

 

Nota kaki : Officially, Kak Aizamia adalah blogger ketiga yang aku jumpa live lepas Irfa dan Kak Cik. Shujin kata, kawan kawan blogger aku friendly friendly belaka. Tanda positif yang aku boleh pi gather gather dengan blogger lepas raya nanti. Yeyy~

 

Daa

19 comments:

Tanpa Nama berkata... [Reply]

kau bila lagi nak buat kenduri makan-makan? aku syorkan kau buat nasi ambeng.

Irfa berkata... [Reply]

hahaha..
ada harapan nak join blogger gathering tu..

aku tak ingat la ko blogger yg ke berapa aku jumpa..rasanya dah lebih 10 org kot

emm boleh buat n3 pasal ni.wachaa

faraherda.razalan berkata... [Reply]

Seronoknye dpt berjumpe2. Tak dpt pegi. Org tua dtg dr kmpg.

Mulan berkata... [Reply]

kita pon pemalu tapi ada hati jgk nak jumpa blogger lain.. hehee...

Unknown berkata... [Reply]

Wahhh shujin dah kasik lampu hijau.

Naper tgok Aqil ngan Damia mcm sama besar aje.. Memula tgok gambo aqil yg 1st tu, ingatkan budak perempuan hihihi.. Rupanya Aqil la.. Sama rambut penuh dahi mcm aQiL Johari ni jugak hihihi

^_^

Tanpa Nama berkata... [Reply]

wei.. bestnyer! msti seronok dpt jumpa kan !

Kakzakie Purvit berkata... [Reply]

Bersua muka teman blogger sambil tu dapat makan lagi mesti best Rai..

Montel betul Nuha tu. Cepat membesar berkat breastfeeding..

Nia berkata... [Reply]

memang montel anaknya tu,..cute! :)

+ e.z + berkata... [Reply]

sejok hati tgk drg jln berpimpin g2 :)

Kakcik Seroja berkata... [Reply]

Entah bilalah Aiza nak datang ambil mangga! Semalam sempat turunkan 30 biji. Sebab kakcik tak suka makan, semuanya diborong oleh adik2 kakcik. :)

Misz-ella berkata... [Reply]

sedapnya nasi kenduri. lama do ..kc tak gi kenduri.

Unknown berkata... [Reply]

SM,
hadeh..nasi ambeng renyah gilaaa.. aku buat nasinya..lauknya ko buat boleh? haha

irfa,
ada harapan belum tentu dapat lagi.. tapi aku harap dapat la kan..

fara,
kebetulan minggu ni takde aktiviti ahad..lagi pun da lama tak makan nasik kenduri..hihi..

Unknown berkata... [Reply]

kak mulan,
aah kak..saya nak jumpa tu takde hal..nak gambar2 memang segan.. hihi

shima,
aah..damia tu kuat makan.. nak dekat sama besar dengan abangnya.. tapi dedua tu petit je..

kesuma,
best..kepoh je kami berdua..haha

Unknown berkata... [Reply]

Nia,
penangan susu ibu tu..hehe

eB,
kan..suka tengok..

kakcik,
aduh..30 biji kakcik..murah rezeki mangga kakcik..tak berenti2 berbuah..

Unknown berkata... [Reply]

KC,
tu la..saya pun pujuk2 husband pegi dengan alasan lama tak makan nasik kenduri..haha..

emarieys berkata... [Reply]

wow, nak join sekakli gathering tu boleh tak?..

aizamia3 berkata... [Reply]

t.kasih sudi datang Rai.. ;)

psstt: belum sempat lagi nak upload cite bagai sebab belum habis kemas lagi.. nak rehat dulu.. ;)

last psstt: tak puas borak..

missina berkata... [Reply]

wahh bestnyer jumpa geng blogger,,;)

ct rahani berkata... [Reply]

sonokkan sis dpt jpe blogger.. :)

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com