Assalamualaikum
Berita terbaru dari newsletter yang aku dapat dari Consumerlab.com adalah tentang warning yang dikeluarkan oleh FDA ke atas product multivitamin supplement brand Centrum. Health claim yang diletakkan pada botol multivitamin mengatakan bahawa ia membantu mengelak colon cancer dan breast cancer. Kalau tak silap aku ada beberapa lagi claim yang diletakkan oleh Centrum pada multivitamin keluaran syarikat tersebut. Selain dari colon dan breast cancer dikatakan bahawa mereka telah meletakkan claim mengatakan multivitamin tersebut membantu kesihatan mata dan tulang sedangkan tiada bukti yang tg jelas menunjukkan perkara tersebut. Bagaimana pun Centrum enggan mengulas tentang perkara tersebut, tetapi bersetuju memadamkan claim tersebut dari iklan dan botol multivitamin tersebut. (Claim yang mengatakan bahawa mana mana vitamin dan supplement boleh mengubati sebarang penyakit adalah salah di sisi undang undang)
Kalau nak tau, Centrum adalah one of the hot selling brand di pasaran. Kalau yang jenis gaya macam ni pun susah nak percayai apa lagi majun yang makcik duk kutip kat belakang rumah gentel gentel jadikan majun untuk dijual.
Nak beli vitamin ke apa apa supplement, sila la rajin rajin baca independent review pasal vitamin tersebut dan kalau boleh yang dapat independent certification. Biasanya independent organization ni akan review, test dan certified vitamin tersebut. Baca dari banyak source. Antara yang famous adalah seperti NSF.org, Consumerlab etc.
Banyak dietary supplement yang false claim satu hal. Yang ingredient tak macam kat label lagi satu hal. Kalau takut takut atau malas nak membaca baik amalkan makan secara sihat. Sayur dan buah at least 5 serving setiap hari. Kalau boleh dari 5 various colours.
Nota kaki : Belum dapat full access ke Consumerlab.com lagi. Tapi newsletters dapat FREE
Daa
13 comments:
takut jugak yer kalau mcm nih nak pilih multivitamin...yer la mana tau beri kesan buruk lak pada kita yg makan nih...
Kakcik adalah orang yang malas makan 'makanan tambahan'. :(
Kakak memang consume certain supplement. Kalau amway ada masalah maknanya kakak salah sorang penggunanya sekarang Rai..
Centrum? Mmmm...quite pemes gak brand tuh...
PapaMifz,
nak cakap kesan buruk tu biasanya hardly ada..tapi buang duit.. takde kesan apa2..
kakcik,
saya terajin sbb dah tertau kesan pada kesihatan..hehe
kakzakie,
so far amway punya adalah one of supplement yg paling dipercayai (kalau ikut vote kat reader digest asia dan malaysia la) lagi pun dia adalah antara yang first review, tested dan certified oleh nsf.. so far ok la..insya allah satu jenama yg boleh dipercayai..
fara,
aah..kalau tak silap memang antara top selling brand..
maknanya kena lebih berhati2lah kan.. sbb nnt kita harapkan nak dpt lebih khasiat, sudahnya lain pula yg kita dapat.. minta dijauhkan.. thanks yer atas perkongsian yg baik ini..
Brand nie kak Nurul x pernah beli lg,klu multivitamin nie biasanya kak Nurul beli CNI,Causway dan appeton je.
Centrum... Mak shima pki Aspen... Rai sendiri pakai brand apa? Mau tnya gak nih hihihi
yaya tak makan sayur..tak lalu nak telan..carrot atau bunga kubis boleh la..sayur hija tak jalan..hehe..
yaya guna shaklee.setakat ni review tak ada yg negatif lg..bimbang jugak nih.
thanks ingatkan saya... tu la, saya biasa beli xda plak nak baca beria bagai.. adehhhh
kak hanis,
betul tu kak..hari ni memang segala benda pun kena hati2..
naza,
tak kisah brand apa..tapi kalau boleh sebelum beli tu selidik dulu pasal supplement tu..apa bahannya.. dari mana datangnya.. etc..
shima,
Brand aspen saya tak perasan pulak..sbb mmg kurang familiar dgn brand yg dijual ni..saya guna brand nutrilite..tu pun sbb makcik kawan baik saya da pegi sendiri tengok ladang dan tempat diorang proses vitamin tu..so insya allah mmg saya setia pada brand ni..
yaya,
hehe..supplement tu tambahan je.. walau pun makan supplement kalau boleh kena makan jugak sayuran hijau..
intan,
dari sekarang cuba la survey dulu sebelum beli..utk kesihatan kita juga..
Catat Ulasan